Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

JBT Sebagai Pakej Pelancongan Pilihan Ke Jepun

Sebelum ini aku pernah menulis pasal Jepun sebagi destinasi pelancongan utama. Jepun, negara matahari terbit  adalah antara destinasi pilihan aku. Tetapi apabila sebut Jepun pasti ramai fikir tentang kos yang tinggi untuk bercuti disana.

Pada orang yang berpendapatan sederhana seperti aku pastinya fikir 22 kali untuk pergi ke Jepun, soal kos sudah tentu boleh buat orang pening kepala. Tapi Dengan Japan Budget Trip (JBT) ada jalan penyelesaian, kerana mereka ada sediakan pakej bajet untuk pergi bercuti ke Jepun dengan harga yang berpatutan.

JBT Sebagai Pakej Pelancongan Pilihan Ke Jepun

Mengapa anda perlu memilih JBT sebagai Pakej Pelancongan pilihan ke Jepun? Sedangkan kita tahu memang ada banyak agensi pelancongan yang lain kita boleh pilih. Meh aku nak cerita sikit.

Pengalaman JBT Sejak 2010

Aku tak pernah pergi ke Jepun dan tak pernah mengikut rombongan bersama JBT. Jadi aku korek balik entri lama di blog AyahArif. Rupanya sebelum JBT diwujudkan, Tuan Rafidi sudah pergi ke Jepun sejak tahun 2010, dan tahun-tahun berikutnya 2011, 2012 dan 2013.

JBT buat trip pertama berkunjung ke Jepun pada penghujung Januari 2014. Jadi dengan pengalaman sudah banyak kali beliau pergi ke Jepun, sudah pasti tuan Rafidi sudah arif dan tahu mana tempat yang menarik untuk dilawati.

Lagi satu, sebab kita tahu Jepun bukan negara Islam, bagi kita orang Islam antara cabran utama melancong adalah untuk mencari restoran makanan halal. Apabila kita pergi dengan orang yang sudah biasa pergi ke sana, soal mencari makanan halal sudah tentu tiada banyak masalah.

Servis JBT yang Tip Top

Ini bukan aku buat reka cerita, atau cerekarama. Tapi ini fakta hasil pembacaan aku terhadap review yang diberikan oleh mereka yang telah mengikuti trip ke Jepun bersama JBT. Referen pertama ini juga adalah seorang blogger, dengan nama manjanya Imaa penulis di blog TheRafim.com .

Antara review yang diberikan oleh Imaa adalah :-

  • Tour Guide yang turut serta bersama rombongan amat fasih berbahasa jepun, jadi faham-fahamlah kalau kaki shopping tu nak tawar menawar harga memang tak ada masalah. Perempuan suka la tue.
  • Harga yang berpatutan, memang agak murah berbanding pakej yang ditawarkan oleh trip yang lain ke Jepun.
  • Servis yang pantas dan berkesan, siap ada sesi briefing day -  dimana kita akan diberi penerangan terperinci berkenaan dari hari pertamam trip sehinggan ke hari yang terakhir. Ini semua supaya rombongan cik kiah berjalan lancar dan mendapat gambaran awal keadaan disana nanti.
  • Toleransi, menurut Imaa semasa dia dekat Karuizawa. Biasalah perempuan bila shopping, tak ingat dunia. Namum JBT berikan masa tambahan untuk Imaa dan rakan rombongan terus shopping. Kiranya trip ini agak fleksibel -mudah dibawa berbincang.

JBT Sebagai Pakej Pelancongan Pilihan Ke Jepun


Ada satu lagi review baik punya di Facebook JBT dari Syahrul Nadwani, juga salah seorang yang pernah menyertai rombongan JBT. Mari kita baca apa yang dia cakap tentang trip JBT :-

  • Pengalaman yang berbeza sepanjang 6D5N di Jepun, dapat merasai sendiri kehidupan masyarakat jepun. Boleh merasa naik bullet train, bas dan teksi.
  • Sekali lagi dia berikan review, Tour Guide JBT memang fasih berbahasa Jepun, sebab Tuor Guide pernah tinggal di Jepun lebih kurang 4 atau 5 tahun.

Penutup

Jadi apa tunggu lagi, pengalaman JBT memang tiptop, review servis mereka juga tiptop. Aku rasa inilah antara pakej pelancongan ke Jepun dengan harga bajet yang terbaik.


Penaja Utama : Japan Budget Trip

Penaja Bulanan/Saguhati

Travelog.my
Azeni Ahmad
Hawwa Firdaus
Sitizan
eXplorasa
Travel And Foods Blog
Kisahtatie


Hadiah Utama: 1 Package ke Jepun bersama JBT

Hadiah Bulanan :-

Tempat pertama : Hadiah saguhati bernilai RM200
Tempat kedua : Hadiah saguhati bernilai RM150
Tempat ketiga : Hadiah saguhati bernilai RM100
Tempat keempat : Hadiah saguhati bernilai RM50
Tempat kelima : Hadiah saguhati bernilai RM30

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail