blogger lelaki logo

Ikhlas, Ikhlaskanlah Hatimu

18 Komen
Aku suka baca perumpamaan tentang ikhlas yang berbunyi "Umpama semut hitam diatas batu hitam ketika pada waktu malam yang gelap pekat". Kiranya susah dilihat tapi ia ada dan dapat dirasai. Jika berbuat sesuatu dengan penuh keikhlasan, amalan kita itu amat mulia di sisi-NYA. Jadi ikhlas, ikhlaskanlah hatimu.

Ikhlas

Orang yang buat sesuatu dengan ikhlas tak minta dipuji dan tka melatah apabila dikeji. Sebab dia tahu apa yang dia buat bukan untuk di nilai oleh manusia, tapi kerana tak lainnya kerana ALLAH S.W.T. semata-mata.

Ikhlas juga boleh diibaratkan seperti roh kepada amal ibadah. Kita ambil contoh mudah, badan kita ada roh atau nyawa, barulah kita dapat hidup. Begitu juga dengan ibadah tadi, jika tiada ikhlas makan ibadah tadi seumpama badan yang tak bernyawa. Apa yang akai berlaku apabila badan tiada nyawa? Ya, kita akan mati.

Apabila kita buat sesuatu dengan penuh rasa ikhlas, kita ada kekuatan dalaman yang begitu hebat. Tak kisahlah jika perkara itu terlalu berat atau susah untuk dilakukan. Tetapi kita sanggup lakukannya, kerana apa? Kerana kita sebenarnya bekerja dengan bersandar pada ALLAH S.W.T.

Orang buat kerja dengan ikhlas juga akan melakukan sesuatu itu dengan tekun dan tanpa rasa jemu. Mereka boleh lakukan secara berterusan, orang sebut istiqamah.

Dari rasa ikhlas tadi akan lahir pula ihsan. Apa itu ihsan?

Apabila ditanya tentang ihsan Rasulullah SAW menjawab mafhumnya:

“ Sesungguhnya kamu beribadah kepada Allah seolah-olah kamu melihatNya, walaupun kamu tidak melihatNya, akan tetapi Allah melihat kamu.” - (Riwayat Bukhari)

Dengan sifat ihsan akan lebih mendisiplinkan lagi manusia. Mereka takkan berbuat perkara yang salah, melanggari undang-undang dan peraturan. Jadi kita boleh lihat bertapa pentingnya "Ikhlas" ini. Manusia akan jadi lebih berkualiti apabila hadir rasa ikhlas di dalam hati mereka apabila berbuat sesuatu perkara.

Jadi burulah ikhlas, rasa ikhlas itu tak datang dengan sendiri, tapi kita yang perlu hadirkan rasa itu. Bunyinya macam senang tapi susah nak dilakukan dengan istiqamah. Tapi ingat ikhlas kita ikhla kerana siapa?

18 Komen untuk "Ikhlas, Ikhlaskanlah Hatimu"

avatar

ya..mesti ingat..ikhlas kerana Allah SWT

avatar

saya lebih berfikir yang permumpamaan ikhlas tu merujuk kepada... tiada siapa yang tau ikhlas atau tidak kecuali Allah kerana ikhlas sukar sekali dilihat dan dikesan seperi semut hitam atas batu hitam di dalam gua yang gelap di malam yang gelap gelita... hanya Allah yang tahu...

avatar

kita berusaha agar setiap perbuatan kita adalah ibadah dan ikhlas dilakukan karena mengharap ridha Allah

avatar

Sukar sebenarnya menghadirkan ikhlas itu, membuangnya pula amat senang..

avatar

niat dah ikhlas tapi kalau mengungkit tak ada maknanya ikhlas macam tu.

avatar

Ada yang kata ikhlas ni, bila diungkapkan macam 'aku ikhlas tolong kau' maka hilanglah ikhlasnya

avatar

tangan kanan memberi, sorokkan tangan kiri - herman tino.

avatar

Sebelum dapat keihklasan, akan ada ujiannya terlebih dahulu. Sebab itu apabila kita rasa nak buat sesuatu kebaikan, jangan tangguh-tangguhkan, segerakan.

avatar

buat baik dalam diam tak perlu kata apa itu lebih baikkan..

avatar

Tanpa Keihklasan,maka tidak berbahagialah kita,.InshaAllah saya akan sentiasa ikhlas bukan hanya pada diri dan perbuatan tetapi untuk insan di sekeliling juga :)

avatar

Setiap yang kita lakukan dengan ikhlas..,pasti hasilnya indah

avatar

Ikhlas tak nampak tapi keikhlasan akan datang dengan niat yang tulus

avatar

Tak susah sebenarnya kalau hati kita benar-benar bersih. Insyaa Allah.

avatar

buat sesuatu dengan ikhlas kit apun tak rasa stress sebab kalau tak ikhlas pasti rasa nakkan balasan..

avatar

Dgn keikhlasan bukan shj berganda2 pahala, malah jiwa pun tenteram, sihat.. hidup pun berkat.. subhanallah...

avatar

Ikhlas kerana Allah :)

avatar

Kita boleh rasakan orang itu ikhlas dengan kita ataupun tidak :)

avatar

Kita hendaklah sentiasa ikhlas dengan apa yang kita lakukan.

http://supernifzvitamin.com/category/video-testimoni/muhasabah-diri/

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.