blogger lelaki logo

Harga Barang Di Pasar Kuala Lumpur Tahun 1897

21 Komen
Sejak dua menjak ini, kita sebagai pengguna begitu risau dengan soal harga barang. Paling utama adalah dengan ketidak tentuan harga minyak petrol, sebabnya seringkali harga barangan di negara kita dinaikkan dengan alasan harga minyak naik.

Aku ada selak balik cerita lama-lama, jauh menerjah terowong masa singgah di tahun 1897. Mari kita tengok kadar harga barangan di Pasar Kuala Lumpur pada tahun 1897. Jangan terkejut, jika kita pergi pasal dan bawa sekeping duit 10 ringgit, sudah bermacam-macam barang yang boleh kita beli.

Apa kata lihat pula senarai harga yang ditetapkan di Pasar Kuala Lumpur. Jangan terkejut sebab dari zaman itu sudah ada Beras Siam dengan harga $4.10/sepikul, kiranya ini beras memang gred tinggi yang orang kita suka beli.

Harga Barang Di Pasar Kuala Lumpur Tahun 1897

Pada tahun 1897, aku tak dapat cari info pasal matawang yang digunakan oleh Kuala Lumpur yang baru sahaja menjadi Ibu negara Negeri-negeri- Melayu Bersekutu. Jika Negeri-negeri Selat pada tahun 1897, matawang mereka baru sahaja mengalami peralihan daripada Rupee India (pada tahun 1837 kepada Dolar Selat. Nilai Dolar Selat pada waktu itu adalah bersamaan dengan Dolar Sepanyol atau Peso Mexico, 100 cent=1 Dolar.

Aku korek balik kisah harga zaman dulu-dulu ini bukannya apa, sekadar acara selingan semperna harga minyak yang kembali naik semula bermula 1 mac 2015 ini, sempat sebulan kita menikmati harga minyak yang lebih murah. Tapi aku harap sangat jangan ada tindakan menaikkan harga barang pula dengan alasan harga minyak naik, masa minyak turun tak nak pula kau turunkan harga barang.

Kredit Gambar: TerowongInformasi.com

21 Komen untuk "Harga Barang Di Pasar Kuala Lumpur Tahun 1897"

avatar

Ketika itu barang mmg murah..tapi tak ramai yg mampu beli kerana ramai yg susah..Tp org dulu2 beruntung kerana ada alternatif makanan lain..byk yg boleh ditanam sendiri..zaman skrg pulak berbeza, rata2 kita ada kerja & duit..Tp tak mencukupi kerana kenaikkan harga barang yg tak terkawal..nak tanam sendiri xder tanah pulak..mmg pening..

avatar

Ayam 25 - 35 sen tu.Kira nilai dia lebih kurang mcm harga sekarang juga tu kan.. Rasa murah je bila tengok harga dulu2 waktu sekarang.. :D

avatar

rasa nak melompat tengok senarai harga dulu2..Yang paling best tu udang 15 sen je..heheh...tapi tu la..dulu tak ramai yang mampu..mungkin udang dan susu pekat tu makanan orang kaya2 je..

avatar

April ni pula gst. Lagi mencekik. Huu

avatar

bestnya ada barang yang boleh dibeli dengan duit 1 sen..

avatar

aih uang sebegitu pun waktu itu juga tinggi nilainya mungkin pula harga kereta cuma 100 ringgit waktu itu

avatar

seronok pula tengok harga zaman dulu. kalau sekarang rm10 untuk lunch je dah rm7 lebih kurang macam tu.

avatar

Hahaha...jauh beza kan.
Isu minyak ni memang tak leh nak kata apa.
CUma memang tak puas hati pada peniaga-peniaga jerk.

avatar

nampak kan nilai wang tunai ni makin lama makin susut. kalau dulu 10k tu amat besar, sekarang 10k celah gigi.

avatar

Nampak macam murah.. tp hakikatnya macam lebih kurang jak kali tu dengan sekarang.. hehe

avatar

Nilaiannya mungkin sesuai pada waktu tersebut. Sekarang ni angka RM walaupun tinggi namun nilai sangat rendah. Kalau bawa RM5 dapat lepas beli air tepi jalan je. Berjimat, beli keperluan utama sahaja dan masak sendiri adalah cara terbaik.

avatar

berbeda sangat harga masa dulu dengan sekarang... Salam kenal ditunggu komentar nya juga di bisnis borneo

avatar

tahun 60an hingga lewat 70an di johor bahru dan singapura rasanya harga masih seperti ini,

avatar

Hahaha, masa ni belum lahir lagi. alahai murahnya. agaknya masa ni kalau ada RM10 tu dah macam RM100 sekarang. Hehehe

avatar

sebab tu agaknya perniagaan terbaik adalah dalam matawang emas dan perak... kata orang kalau dari dulu harga seekor ayam itu 10 perak, sampai bila2 pun dia akan 10 perak sebab yang naik tu nilaian perak dan bukan nilaian ayam... tapi dunia terlalu bijak pandai kan... jadi lah apa yang jadi sekarang...

avatar

1 sen dulu bernilai. 1 sen sekarang guna bila nak bayar bil tapi bil pun dah bayar online. Susahnya masuk Tabung je la

avatar

murahnya rasa nak lompat bintang je..

avatar

Orang dulu hidup berkat dan tak banyak keperluan. Keinginan pun sikit. MasyaAllah sen sen je tu...

avatar

fuhh memang jauh amat harga barang tahun itu kan

avatar

Agaknya masa tu kalau bawak rm10, penuh dah bonet kereta kot.... kalau zaman sekarang ni bakul motor pon tak penuh lagi dengan nilai sebanyak tu... tapi yelah... tu 118 tahun dulu punya cerita... orang yang hidup zaman tu pon tak boleh dah nak cerita matawang apa yang digunakan masa tu kan?

avatar

wah, memang sangat ni beda harga dengan masa dulu... Salam kenal ditunggu komentar nya juga di bisnis borneo

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.