blogger lelaki logo

Fikir Dahulu Sebelum Benci

6 Komen
Sebagai manusia, sememangnya kita semua diberikan rasa sifat benci. Adakah sifat ini adalah satu sifat yang buruk? ya ia akan jadi sifat buruk apabila kita benci benda yang salah tanpa berfikir guna otak.

benci

Sifat benci ini bukan untuk kita saling membenci sesama manusia, lebih-lebih saudara seagama kita, jiran tertangga kita, ahli keluarga terdekat kita. Jangan ada sifat benci negatif ini sebab ia akan merosakkan dan buatkan kita hilang kualiti sebagai manusia yang baik.

al-Hassan al-Basri berkata:
" Bersederhanalah dalam mencintai, dan tidak melampaui dalam membenci. Sungguh ramai orang yang binasa kerana berlebihan dalam mencintai. Dan sungguh ramai orang yang binasa kerana berlebihan dalam membenci.
(riwayat al-Baihaqi)

Tetapi adanya sifat benci ini adalah untuk kebaikkan juga. Ia akan jadi baik apabila kita benci kepada perbuatan munkar, kita benci melihat perbuatan dosa. Namum kita perlu berhati-hati juga dalam melahirkan rasa benci terhadap perkara munkar ini, kita bukanya benci kepada si pelaku.

Bukannya apa, jika kita timbulkan rasa benci kepada si pelaku, risau kita tidak dapat menerima diri sipelaku dosa walaupun dia sudah berubah. Disebabkan kebencian kita yang terlampau-lampau. Takut juga kita benci terlalu berlebihan sehingga melemparkan kata-kata kesat dan maki hamum. Sedangkan si pelaku yang berdosa masih terbuka pintu taubah disisi ALLAH S.W.T.

Jadi ingatlah fikir dahulu sebelum bencikan sesuatu. Jangan kita ikut emosi. Bukan hak kita unutk menghukum. Cara Islam, sudah tetapkan siapa yang berhak menghukum, dan tidak perlu kita membenci si pelaku kesalahan sehingga melampaui batas.

Tak baik membenci, penuhkan ruang yang ada selagi kita hidup untuk mencari cinta dan berkasih sayang sesama makhluk ciptaan tuhan.

6 Komen untuk "Fikir Dahulu Sebelum Benci"

avatar

kena banyak berlapang dada dari berasa sakit hati ya tak bro

avatar

hidup penuh kebencian maka hati tak akan pernah tenteram

avatar

Benci ni satu perasaan yg syaitan sgt suka. Semoga kita semua dijauhkanlah dari sifat benci membenci ni. Sifat berprasangka selalunya yg melahirkan perasaan benci ni. Usahlah kita berprasangka kan.. setiap yg org lain lakukan pasti ada sbb yg membuatkan dia lakukan sesuatu yg ada kalanya boleh mengundang kebencian.. wallahualam..

avatar

itulah orang kata nak membenci jangan melampau, nak sayang pun jangan melampau juga, bimbang yang dibenci menjadi sayang ehhehehe, tapi tak perlu kot nak benci, tak suka jangan tengok atau jangan amik peduli

avatar

bagus entri ni. selalu saya ingat benci ni satu sifat yang negatif tetapi ada juga positif nya ye macam benci pada perkara mungkar. Pape pun benci tu perlu ada batasnya. Tak boleh terlalu benci pada seseorang sampai memutuskan hubungan silaturrahim.

avatar

Kebencian pun buat kita lagi sakit. Jiwa dan fizikal.
Lagipun mungkin orang yang kita benci tu sekarang ni dah berubah jadi lebih baik, kita pulak yang terus dalam arus kebencian yang tak habis-habis

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.