blogger lelaki logo

Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora

33 Komen
Assalamualaikum, Aku tertarik dengan contest Petua dan herba Kongsibersamanora. Jadi aku pun nak berkongsi juga herba yang aku suka dan yang memang selalu aku makan. Herba yang aku suka ini memang selalu ada di dalam rumah atau lebih tepat memang wajib ada di dapur rumah aku.

Petua dan Herba Kongsibersamanora
Halia - Petua dan Herba Kongsibersamanora.

Herba yang aku maksudkan adalah halia. Ya, cuba pergi tengok dekat dapur anda semua, ada halia tak? Orang kita kalau masak memang banyak guna halia. Tak sedap tekak kita, tak lengkap hidangan masakan Melayu kalau tidak ada halia, betul tak?. Antara menu yang selalu dimasukkan halia adalah seperti sup, kari, rendang, tom yum dan banyak lagi.

Halia ( nama botani: Zingiber officinale Roscoe) adalah tumbuhan tripoka berasal daripada negeri China. Ada catatan penggunaan halia di China sudah bermula sejak 2000 tahun yang lalu.

Isteri aku pun memang selalu masak guna halia, jikalau habis halia dekat dapur memang aku kena kejar pergi kedai semata-mata nak beli halia. Nampak tak, bertapa pentingnya herba ini di dalam kehangatan romatika rumahtangga aku. Antara resepi berasaskan halia masakan isteri yang sangat aku suka adalah acar halia muda dan ayam masak halia. Memang sedap! kena tambah nasi dua kali.

Emak aku pula dia lebih suka makan halia muda dengan nasi, halia itu diracip halus untuk dijadikan ulam dan dimakan bersama nasi. Mula-mula aku tak suka, selepas aku cuba tiru cara emak aku makan halia sebegitu. Aku rasa sedap pula makan nasi macam emak aku buat, jika rasa kurang berselera, aku racip halia muda dan makan dengan nasi.


Jangan lupa untuk baca entri terbaru :

Khasiat Herba Halia

Memang aku suka makan halia. Halia dan kehidupan aku tak dapat dipisahkan lagi. Inilah herba yang paling rapat dengan aku dan keluarga. Apabila kita bercerita pasal herba, sudah pastinya herba tersebut ada khasiat yang bagus untuk kesihatan kita. Berikut adalah antara khasiat atau kebaikkan herba halia ini kepada tubuh badan kita:-


  • Ia mengurangkan kesakitan dan keradangan, sakit kepala, dan senggugut.
  • Ia mempunyai kesan pemanasan dan merangsang peredaran darah.
  • Ia menghalang rhinovirus, yang boleh menyebabkan selesema biasa.
  • Ia menghalang bakteria seperti Salmonella, yang menyebabkan cirit-birit, dan protozoa seperti Trichomonas.
  • Dalam saluran usus, ia mengurangkan angin/gas dan kekejangan yang menyakitkan.
  • Ia boleh mencegah ulser perut yang disebabkan oleh ubat anti-radang, seperti aspirin dan ibuprofen.

Petua Halia dalam Perubatan Tradisional

Seperti aku sebut di awal tadi, orang Melayu suka guna halia di dalam masakan. Selain itu ada juga petua orang dulu-dulu yang menggunakan halia sebagai ubat tradisional. Cara lama biasanya halia akan dihiris atau ditumbuk. Ada juga yang merebus halia tadi untuk dapatkan air halia.

Mengubati Selsema dan Asma

Petuanya adalah samaada dengan kunyah halia segar (pastikan sudah dibuang kulitnya) atau minum teh halia, atau boleh juga minum perahan jus akar halia bersama satu camca madu.

Mengubati Batuk

Petuanya ialah dengan menghisap hirisan halis untuk melegakan batuk dan gatal-gatal kahak. Boleh juga amalkan minum air halia yang dicampur madu.

Menghilangkan Bau Mulut

Ada masalah bau mulut, cuba petua ini. Halia dihiris dan direbus sehingga  mendidih. Tunggu sehingga sejuk dan minum. Cara lainnya, halia ditumbuk lumat, campurkan dengan air yang sudah di masak, tapis. Amalkan minum air halia pagi dan petang.


Herba Halia dalam Perubatan Moden

Berikut pula adalah beberapa kajian penggunaan halia dalam merawat beberapa masalah kesihatan oleh universiti-unversiti terkemuka di Amerika. Kesemuanya memberikan laporan kajian yan positif terhadap penggunaan halia dalam perubatan.

Merawat Radang usus

Didalam satu kajian oleh University of Michigan Medical School telah menjaya merumuskan Suplemen Akar Halia boleh menurangkan randang usus. Menurut pakar, radang usus boleh menyebabkan Kanser Usus. Suzanna M.Zick, ND, MPH menyatakan dengan mengurangkan radang usus maka dapatlah juga mengurangkan risiko Kanser Usus.

Melegakan Sakit Otot Akibat Bersenam

Ini pula kajian yang dijalankan di University of Georgia. Hasil daripada kajiselidik yang melibatkan 74 responden, mereka merumuskan suplemen harian halia mampu mengurang sakit otot disebabkan senaman sebanyak 25%.

Mengurangkan Loya yang Disebabkan oleh Kimoterapi

University of Rochester Medical Center mendapati suplemen halia yang diberikan bersama ubat anti-vomiting kimoterapi mampu mengurangkan rasa loya sebanyak 40%.

Merawat Kanser Ovari

University of Michigan Comprehensive Cancer Center telah menjalankan kajian dan mendapati halia juga mampu menghalang sel kanser daripada membina rintangan untuk rawatan kanser. Kajian ini telah dibentangkan di mesyuarat tahunan Persatuan Penyelidikan Kanser Amerika di Washington DC, 2006.

Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora

Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora


Sepertimana yang aku sebutkan diawal bicara tadi, ini adalah entri untuk contest "Petua dan Herba Kongsibersamanora". Di blog beliau juga sebenar ada beberapa petua yang berkaitan dengan herba halia. Berikut adalah beberapa entri daripada blog Kongsibersamanora yang sempat aku gali.


"Bumi Malaysia kaya dengan alam semulajadi tumbuh-tumbuhan dan herba yang tersembunyi sejuta rahsia dan mampu merawat pelbagai jenis penyakit termasuk KANSER"

Contest Petua dan Herba KongsiBersamaNora yang dianjurkan oleh KongsiBersamaNora bersama penaja InspireMagazine | MazlindaShop | AdamJTanOfficial | ByPuji | BeeVenomMalaysia | AlphaLipidMalaysia | ByHawaOrked | BabyZoomersShoppe | NadiaSecret | ZieFauzi | NorfaNil | KhairulZamri | Annisabiz

33 Komen untuk "Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora"

avatar

Assalam. terima kasih diucapkan kerana menghantar penyertaan contest petya herboa kongsibersamanora.. banyak manfaat halia yang kita boleh amalkan.

All d best n good luck...

avatar

Halia memang ada dalam kebanyakkan masakan melayu.. memang stok kena sentiasa ada kat rumah. Memang banyak khasiat

avatar

Halia memang terkenal dengan kebolehan merawat pelbagai jenis penyakit, terutama sakit kepala, angin dan sebagainya lagi.. apapun ena ucapkan semoga berjaya

avatar

terima kasih..semoga saya menang hadiah..hahaa

avatar

kalau xde nak masak apa pun tak boleh

avatar

betul tu...lagipun sekarang banyak produk berasaskab hali baik untuk kesihatan dan kecantikkan

avatar

Sebut jer halia, mesti teringat khasiat buang anginnya...
Hampir terlupa pasal contest ni... Nasib baik dah dilanjutkan tarikh tutupnya. Good luck bro!

avatar

halia ni antara yg wajib simpan kt rumah..1001 kegunaan..ramuan semulajadi terbaik utk kesihatan

avatar

Buat teh halia untuk buang angin. Lebih baik daripada minum teh tarik.

avatar

Time perut tak sedap je, memang mencari halia la nak dibuat minuman herba..memang menakjubkan herba ni :)

avatar

halia ni kalau masa berpantang memang jadi makanan wajib, wat cicah dengan nasik..

avatar

Aku tak berapa dengan bau halia tapi banyak manfaat.

avatar

Halia ni memang dapat buang angin.

Semoga berjaya ye

Memang menarik Contest Petua Dan Herba Kongsi Bersama Nora ni

avatar

Saya memang tidak minat dengan halia... kalau tergigit terus keluarkan balik.. tapi bila dah tahu kebaikan halia ni nampaknya kena cuba lah.. kalau tidak rasa macam melepas lak.. penawar dah ada di rumah tetapi tidak digunakan..

avatar

Halia... minta jauhkan, tak sedap rasanya. Adehh camne nak buat jadi ubat nih.

avatar

Wow hebat review contestnya..

avatar

tak sangka bestnya manfaat halia untuk kesihatan kita..

avatar

Halia.. sedap minum teh halia.. best. Semoga berjaya bro BL.. :)

avatar

Banyak khasiat lain rupanya, yang saya tau buang angin aje.

avatar

ayam halia salah satu masakan kegemaran anak-anak MJ juga..dah lama juga tak buat, asyik-asyik sup je hehe

avatar

Orang tua saya beritahu saya... halia akan membuang angin dalam badan yang selalu menyebabkan badan rasa sakit2 sengal urat sendi dan otot... tapi kajian terbaru oleh saintis... sebenarnya hampir semua tumbuhan ada apa yang kita panggil 'angin' tu... untuk orang yang selalu sendawa atau terkena gastrik... membuang angin dalam sayuran semacam wajib lebih2 lagi dalam sayuran tradisional seperti nangka atau ubi (termasuk pucuk ubi)... jadi kalau kata lah menggoreng sayur, masukkanlah sehirisan halia atau merebus ubi... dia akan membuang angin dalam tumbuhan tersebut... saya selalu mengamalkannya...

avatar

Suka sangat dengan halia.
Sedap.
Walaupun agak pedas bila diletakkan berlebihan tapi memang bagus sangat untuk badan kita.

avatar

Memang banyak kegunaan halia ni. Tapi tak lalu nak makan begitu sahaja, mesti nak letak dalam masakan. Paling sedap ayam goreng halia.

avatar

halia mudah di dapat dan banyak manfaatnya selamat berkontes semoga berjaya blogger lelaki

avatar

Amin. Semoga menang hadiah ya tuan blogger lelaki

avatar

nampaknya kena join juga ni..cambest je kan

avatar

Ada tak jual pil halia macam pil garlic tu? Saya jarang ada halia kat dapur

avatar

suka minum teh halia.
aromanya rasa macam mint2 macam tu....lega kepala..

avatar

Saya suka sangat halia. Kadangkala tumbuk halia, belacan dengan ikan bilis pastu makan dengan nasi panas. Sedapnya..
Kalau masa pantang pula halia, lada hitam dan ikan bilis disangai juga makan dengan nasi panas...
fuh..

avatar

wow menarik sekali informasi khasiat jahenya, jahe memang enak diminum hangat-hangat untuk mengobati masuk angin dan capek-capek, terima kasih sudah berbagi informasi kesehatan yang bagus ini

avatar

Bagus, halia memang amat berkhasiat. Masak apa pun, saya suka letak halia. Dan, rasanya amat menyegarkan.

avatar

Bagus, halia memang amat berkhasiat. Masak apa pun, saya suka letak halia. Dan, rasanya amat menyegarkan.

avatar

Ingat halia, ingat buang angin...

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.