promosi percuma di fb

Blogger Malaysia Ini Memang Best

35 Komen
Semua Blogger Malaysia memang best ke? Aku kata ya, selagi mereka wujudkan suasana harmoni di dalam dunia blogging. Lagipun macam selalu aku dengar, Malaysia ini kecil sahaja, pusing-pusing jumpa dekat situ juga. "Best" yang aku maksudkan adalah mereka blogger yang 'sporting'.


Dalam contest SEO "Malaysia Best blog 2015". Ada 86 penyertaan rasmi contest ini semuanya yang menyenaraikan paling kurang 10 nama blog best yang menjadi pilihan. Sudah pasti semua blog yang rakan-rakan blogger senaraikan itu memang best, dan sentiasa mendapat perhatian daripada ramai pembaca setia.

Daripada 86 peserta ada 7 peserta yang masukkan blog aku dalam senarai. Ini yang buatkan aku sedikit terkejut dan tak disangka-sangka. Nama blog aku juga terselit di celahan berpuluh-puluh nama blog hebat yang lain. Sebabnya, pada pendapat aku untuk tersenarai dalam Malaysia best blog 2015 itu tak padan dengan blog aku yang cuma blog biasa-biasa, blog aku cuma blog kecil.

Blogger Malaysia Memang Best

Blogger Malaysia Ini Memang Best

Tapi takkanlah aku nak marah pula rakan-rakan blogger lain yang senaraikan blog aku. Jadi aku gelarkan mereka ini semua sebagai "Blogger Malaysia Yang Memang Best", mereka blogger yang 'sporting'. Aku anggap ini adalah tanda sokongan mereka terhadap blog aku yang tak seberapa, terima kasih banyak kepada rakan blogger yang best ini.

Baiklah tiba juga masanya untuk aku rasa syok sendiri, badan rasa ringan macam rasa terbang diawangan, buat diir aku tak mampu menahan kembang kempis lubang hidung aku. Mari kita baca apa pandangan rakan-rakan blogger ini terhadap blog aku. Ada ayat yang boleh aku tersenyum sorang-sorang.

Corak penulisan yang bersahaja oleh Blog Blogger Lelaki ini turut mendapat perhatian saya,beliau menggunakan Template Mesra SEO Dan sudah pasti ia sangat ringan dan mudah untuk di buka dan membaca setiap artikel yang di siarkan ,di tambah dengan gaya penulisan bersahaja dengan isu isu yang kena pada jiwa,maka selayaknya Blogger Lelaki ini turut tersenarai antara "Malaysia Best Blog 2015". - Oh Pilihanku

Cukup tertarik dengan pengalaman beliau yang banyak dikongsi dengan pembaca dan banyak juga teknik SEO yang dapat saya pelajari. - BelajarBlogging.com

Ini lagi blog yang saya rasa layak untuk masuk dalam Malaysia Best Blog 2015. Saya dapat lihat bagaimana rajinnya beliau sepanjang mengenalinya melalui blog mahupun laman sosial.

Beliau bukan sekadar sahabat alam maya, tetapi menjadi contoh juga kepada orang lain melalui usaha yang beliau tunjukkan. Sangat rajin. Tidak salah juga saya gelarkan beliau sebagai The Awesome One. - Mohd-Ridzwan.com (Abam Misai)

beliau sedang top duk kejar page pertama juga sedang buat eksperimen dengan contest best blog. - AbdFatah.com

HB suka blog ini kerana theme dan kelajuan yang gila-gila.Bahkan penulisannya berkisar kepada info semasa yang boleh membuka minda pembaca untuk terus membaca dan membaca.Sudah tentu HB suka membaca blog ini.Kalian pun sukakan! - HeroBorneo.com

Sebenarnya, aku pun baru tahu tentang blog ini. Teringin nak tahu siapa ownernya. Kenapa? sebab blog aku, BloggerWanita.com.. Kami KEMBAR TIDAK SEIRAS..hehehe.. Salam perkenalan dari Aya.. Blog berkaitan informasi dan tentang lelaki . Blogku lebih kepada wanita dan kesihatan. - BloggerWanita.com

Blog ini lebih terarah kepada perkembangan semasa. Blog yang menyampaikan maklumat secara ringkas dan bersahaja. Buat sesiapa sahaja yang membaca tak perlu pening pening untuk memahami apa yang diperkatakan. - Kanvas Dakwat

 Terima kasih sekali kepada sahabat blogger ini semua, doa aku buat mereka ini semu agar terus maju dan berjaya di dalam apa juga pekara yang mereka usahakan di dalam hidup mereka dan teruskan usaha untuk buat blog jadi 'best'.
promosi percuma di fb

35 Komen untuk "Blogger Malaysia Ini Memang Best"

avatar

hehe macam kenal je yang atas tu along,.tapi memang benar pun,blog along selayaknya mendapat penghargaan dari saya,kerana "ada jiwa " di sini,.jadi bila blog yang saya temukan ada jiwa maka saya akan letakkan di dalam bloglist agar senang untuk datang kembali,dan juga sebagai favourite blog :)

avatar

"Jika kita ikhlas menulis pasti orang akan nampak bro" - itu komen mu pada RM dan ianya juga bertepatan buat blog ini. :)

avatar

Tahniah BL.. memang baca blog ini banyak informasi.. teruskan menulis dan rajin BW..

avatar

rajin hang kan. hehe..

jaga elok-elok. jangan kena tendang eh. hehe..

avatar

waa temasuk dalam carta ye..tahniah...

avatar

Kelakar juga bila tengok ada blog nama bloggerwanita yang kata kembar tak seiras tu... Semakin ramai orang join dunia blogging. Alhamdulillah.

avatar

Ada BW Ada BL. Kembar tak seiras. Semoga terus memeriahkan dunia blogging

avatar

Hahaha, tahniah blogger lelaki. Mmg layak tu :-)

avatar

Selalu nampak jejak blogger lelaki di mana2. Ingatkan blog ni cerita pasal lekaki je.

Salam kenal BL

avatar

Alhamdulillah tahniah bro BL.. mmg saya akui kebenaran semua statement tu. Semoga terus maju dan sukses dlm berblogging & juga kehidupan ye... aamiin.. :)

avatar

Okay dah boleh komen. ;)

avatar

Tahniah antara blog yang di iktiraf best..

avatar

Tahniah tuan! Saya sebenarnya baru juga "berkenalan" dgn blog ni..tak rugi. Setiap entrinya "ada isi". Keep it up dan saya doakan terus maju jaya.. :)

avatar

terima kasih..bro kerana memberi penghargaan backlink kepada HB..tersentuh hati HB

avatar

kalau dah dapat banyak pilihan
dah sah la blog ni memang best

avatar

Tahniah kerana blog anda antra blog yang menjadi rujukan. Juga menjadi rujukan buat saya :)

avatar

Hebat ko ni bro... aku tak sempat nak join contest tu, kebizian melanda la... huhuhu

avatar

blog BL juga ada jiwa..

avatar

MJ pun suka blog ni dan memang jadi pilihan utntuk bw setiap hari melainkan ada urusan yang tidak membolehkan bw haritu..cuma mj tak join contest je hehe

avatar

tahniah HB..saya pun slalu singgah blog nie. banyak entry menarik n santai. hehe

avatar

Insyallah BL boleh..mana tahu tahun depan boleh masuk tep ten pulak ...Anyway Bloggerlelaki.com memang mantap ..

avatar

Tak adil nie...blog cik akak tak tersenarai pula dah.kikiki..jangan marah ye...cik akak gurau je...tahniah ye bl

avatar

ada potensi menang ni,good luck beb

avatar

T.Q bro BL sbb buat link blog saya selain blog rakan lain.....good link relationship....

avatar

lama lagi ker contest ni? ke sepanjang tahun 2015 ni? kalau gitu nanti lagi banyaklah undian akan masuk tu...

avatar

ada banyak blog lagi ni kalau korek mesti satu hari tak habis nak jejakkan.

avatar

Tahniah BL, tulis dari hati memnang best! Terbaik :D

avatar

Satu pengiktirafan yang terbaik. :) Memang patut masuk senarai pun ... tak syak lagi.

avatar

tahniah BL...kerap juga menyinggah sbb content yang santai serta mudah difahami

avatar

Bkog ni memang sepatutnya masuk dalam senarai best blog tu sebab blog ni memang ada keunikannya yang tersendiri berbanding blog blog yang lain.

avatar

Tahniah, kiranya usaha selama hari ini ada juga yang menghargai. Kena teruskan usaha lagi :)

avatar

Wah blog mereka memang best, jadi kawan kena usaha lagi supaya blog kawan jadi best hehehe

avatar

Rasanya blog ini memang dah best... terus maju bro, insyaallah!

avatar

nice info nya
mampir di blog saya
http://situsmovies.blogspot.com
Blog download drama korea terbaik dengan size kecil tapi kualitas gambar HDTV

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.