blogger lelaki logo

Apa Yang Patut Dan Tak Patut Dibuat oleh Blogger

39 Komen
Kalau sudah dinamakan blogger, memang tak boleh lari daripada cerita pasal entri. Tak kira samaada dalam bentuk teks, gambar dan video. Itu semua content yang akan blogger perah idea untuk di 'publish' di blog kepada pembaca mereka.

patut dan tak patut


Namum blogger biasanya lebih cenderung kepada content dalam bentuk teks, penulisan. Itulah kerja seorang blogger mereka akan menulis-menulis, tak lekang jari menekan papan kekunci 'ctrl + C' dan ctrl + V..hehehe

Sebagai blogger kita ini juga manusia. Apabila jadi manusi kita ada tanggungjawab. Apa tanggungjawab seorang blogger. Besar sangat ke blogger ini sampai kena pikul tanggungjawab?

Aku jawab ya, kita memang pikul tanggungjawab yang besar sebab kita menulis untuk orang ramai baca. Kecuali kalau tulis blog dan simpan untuk bacaan sendiri, tak ada orang lain nak baca.

Apabila kita menulis sesuatu yang tidak elok, kita kena fikirkan apa kesannya kepada pembaca, kepada masyarakat dan juga kepada diri kita sendiri. Kena fikir halal dan haram serta dosa dan pahala.

Apa bila kita hanya fikirkan hak kita, kita bebas menulis apa sahaja, sebab ini blog kita. Itu silapnya. Sebab hak kebebasan kita sebagai orang beragama Islam ada batasannya. Kita boleh buat apa sahaja selagi tidak melompat melepasi pagar batasan itu.

Sebagai seorang blogger kita sepatutnya menyebarkan cerita, kisah, berita yang bermafaat. Elakkan menulis berita palsu, apatah lagi jika kita menulis untuk mengadu domba serta berita berunsurkan fitnah.

Apa pula pandangan anda tentang apa yang patut dan tak patutu dilakukan oleh seorang blogger?

39 Komen untuk "Apa Yang Patut Dan Tak Patut Dibuat oleh Blogger"

avatar

perkara utama adalah sebarkan info salah dan fitnah..

avatar

Saya setuju tu BL.. Satu lagi tak patutlah klu copy paste sesama blogger semata nak keuntungan dan kejar rating.. Klu nak copypaste utk kegunaan peribadi atau rujukan ilmu, tak apa.. baguslah. Cuma klu nak buat entry buatlah ayat sendiri.. Ambil info tak pe cuma tulislah balik ayat sendiri. Kesian kat blogger asal perah otak nak menyusun ayat lepas tu kena salin bulat2 kan... Tak patutlah copypaste tu...

avatar

Artikel macam tu biasanya ditulis untuk dapat traffik tinggi. Tetapi kesannya boleh jatuhkan seseorang. Sebagai orang Islam, berdosa pula tu.

avatar

Ohh susah juga ye nak jadi blogger ni ...

avatar

Bila sebut blogger nampak senangkan BL Sometime mereka kata..WOW...tapi mereka tak tahu yang kita hari2 berfikir artikel apa yang menarik untuk di kongsikan..memang agak mencabar juga tapi sebagai blogger sejati,semua halangan atau dugaan tu akan kita tepis bagi memberi yang terbaik,pernah satu ketika kepala rasa berdenyut ..apa yg nk di tulis?jalan penyelesaiannya..memandangkan pembaca blog saya ramai yang ada di wechat official blog saya tu saya cuba bertanya pada mereka apa yang mereka mahu..hasilnya saya hanya menyiarkan apa yang mereka mahu :)

avatar

sama macam fb gak, ada yang kata ikut sukalah sebab wall sendiri.
sedangkan tulisan kita dibaca ramai orang.
Bahaya kalau tulis sesuatu yang tidak benar

avatar

Memang kena hati-hati dalam menulis, kadang kala tulisan boleh jadi lebih tajam dari mata pedang.

avatar

Blogger boleh dikatakan mempunyai tanggungjawab yang besar kerasa setiap post yang dibuat semua akan baca. Salah info maka buruk padahnya. Blogger perlu bersikap integriti untuk menyebarkan info kepada dunia maya juga menjaga perkataan yang baik.

avatar

Saya suka blog yang menyampaikan info secara santai yang lebih difahami oleh 'orang biasa'. Contoh blog yang berbicara tentang gadget walaupun ada web yang formal. Sebabnya blogger akan cuba sampaikan mengikut gaya bahasa yang biasa yang mudah difahami.

Dan janganlah sebarkan berita tidak sahih atau palsu

avatar

tanggungjawab blogger memberi perkara manfaat kepada pembaca..jangan sia-siakan masa mereka..

avatar

Kongsikan perkara yang memberi manfaat kepadà pembaca bukan sekadar nak naikkan rating semata-mata.

avatar

Saya suka membaca blog yang memberikan ilmu yang secara tidak langsung boleh digunakan untuk kehidupan seharian, tak perlu buat blog hanya nak taburkan fitnah

avatar

emmang sepatutunya blog juga untuk membawa kebaikan kepada pembacanya jangan malah membawa keburukan menyebarkan aib atau fitnah

avatar

Blogger di platform Blogspot patut tambah Name/URL di ruangan Ulas sebagai.. mereka.

avatar

Yang tak patut dibuat oleh blogger ialah tidak mengemaskinikan blognya. Mcm kawe lah selalu.. asyik lepak2 jer selalu :D

This comment has been removed by the author. - Delete
avatar

Sebab tu lah ada pepatah mengatakan, "mata pena lebih tajam dari mata pedang". Apa yang kita tulis tu boleh mempengaruhi pembaca di luar sana. Jadi tulislah benda benda yang memberi manfaat bukannya yang mendatangkan musibat:-D

avatar

blogger ni patutnya kongsi rahsia2 tersembunyi terutama cara buat duit online, baru boleh tiru tuan.

avatar

setuju.. dan seharusnya kita menaip pekara yang baik-baik

avatar

Pertama sekali nak cakap ribuan terima kasih sebab sudi singgah, baca dan komen blog kecil saya. Kehadiran blogger besar macam bro memang saya hargai.

Berbalik kepada entri ni, ya sebagai blogger kita kena jaga batasan batasan yang ditetapkan seperti undang undang negara, budaya, agama, kaum dan sebagainya. Kalau kita langgar, siap sedialah kena bahananya.

avatar

yang penting jangan menulis benda yang memberhayakan diri sendiri..

avatar

Uuh.. kebanyakkan blogger bijak mengenal baik dan buruk.. tapi.. ada juga yang amek benda buruk dijadikan etika dalam berblogging..

avatar

Setiap apa yang kita tulis akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti. Sama seperti apa yang kita cakapkan.

avatar

Jadi blogger ni besar tanggungjawabnya.. Nak jadi penghuni neraka boleh... penghuni syurga pun boleh..

avatar

Tak patut buat entri gosip, lucah dan memecahbelahkan silatur rahmi

avatar

Patut di buat sharing info bermanfaat dan tulis dari hati (dari tulisan boleh tahu orangnya bagaimanakan? ~ngee :D ) tak patut bila kita sharing benda yang salah dan bahasa yang tak sedap didengar apatah lagi untuk di baca. Tak Sesuai gitu

avatar

Saya harap semua entri saya ada manfaat didalamnya walaupun sedikit..
Ttg ketepatan info, saya akan usahakan yg terbaik..silap sikit2 tu mungkin termissed...manusia..
Part paling tak best bila entri dicopypaste..salah satunya entri hot air balloon saya..sgt2 kantoi sorg blogger tu

avatar

tulis saja yang terlintas diingatan
pastikan tak terima surat saman

avatar

kalau tulis untuk menjatuhkan orang lain maka bersedia pula untuk menerima balasannya

avatar

ada blogger yang tak kisah pun betul ke tak betul..asalkan perkara tu jadi viral dan dapat share dan view bratus ribu sehari..dan cukup bulan dapat earning..dan juga like pada pagenya meningkat.betul ke tak betul itu belakang kira...kalau tak, takkan la ada blogger senang-senang je buat info-info lucah, isu yang buruk-buruk supaya orang tertarik nak baca..:D

avatar

Pada pandangan mata kasar aku la kan, bilangan blogger yang tak bertanggunjawab makin lama makin banyak, tak kira cerita berkaitan agama atau bukan, fitnah merata-rata.

avatar

Setiap orang ada sebab untuk menulis. Sebaiknya tulis sesuatu yang benar dan bermanfaat sahaja.

avatar

Ehh..susah lah jadi penulis blog..haha..
Apa pun jangan pernah mengaibkan siapa2..
Sebab mata pena ini lebih tajam dari mata pisau.....macam keyboard jugam..pilih huruf dah menjadi...kiki

avatar

saya x setuju kalo blog2 tulis pasal fitnah2. senang2 je menambah pekara sia2.

avatar

sebarkan perkara yang betul untuk kebaikan semua pihak....

avatar

jangan sebar cerita tak betul, tapi sebar cerita yg kita kompem tahu dan bermanfaat..

avatar

kena bertanggungjawab apa yang kita tulis.. kalau salah kita akui kesalahan tersebut, edit betulkan, atau delete... kena buat ruangan disclaimer dekat setiap blog untuk lebih jelas..

avatar

betul tu, lebih-lebih lagi bila dah ada ramai yang kenal... tak eloklah kalau buat perangai

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.