blogger lelaki logo

40 Faktor Penting SEO Ranking Tinggi Di SERP (Part 2)

13 Komen
Ini adalah sambungan 40 Faktor Penting SEO Ranking Tinggi Di SERP bahagian 1 yang aku tulis sebelum ini. Kali ini ini kita bincangkan 10 lagi faktor. Diharap ada otai-otai blogger akan berikan pendapat mereka, boleh kita betukar-tukar pendapat untuk berkongsi ilmu.

40 Faktor Penting SEO Ranking Tinggi Di SERP (Part 2)

Aku sengaja pecahkan daripada 40 senarai ini hasil kesinambungan 200 faktor SEO sebelum ini, supaya senang korang faham dan hadam. Ada orang tak suak baca panjang-panjang kan. Lagi satu untunglah aku sebab tajuk sama dengan 4 entri..hahaha..baiklah kita sambung perbincangan kita. Jom layan.

Faktor Penting SEO Ranking Tinggi Di SERP

11. Auto-generated content

Auto-generated content dulu mungkin asyik, sebab tanpa perlu bersusah payah dapat sedut feed blog dan dapat menghasilkan entri blog secara automatik. Kebiasaannya ia popular dikalangan pemain adsense. Tapi kini cara ini perlu berhati-hati dengan hukuman Googel Panda.


12. Duplicate content

Duplicate konten ini sebenarnya boleh merosakkan blog kita, apatah lagi jika ada dibuat entri copy & paste. Berkemungkinan Google Bots akan mengindeks entri kita dan ada isi kandungan yang sama telah di"index", entri kita boleh dianggap SPAM. Jika mahu menyiarkan satu petikan ayat, yang tak sesuai diubah boleh menggunaka rel=canonical.


13. Kelajuan Loading Blog

Bukan sahaja Bots Google yang tak suka blog loading perlahan, aku lagilah tak suka juga. Bukan main lama nak tunggu blog dia loading. Akhirnya bosan punya pasal, aku terus klik butang hikmat "X". Zaman sekarang semua orang pentingkan kepantasan, jadi kita kena setting blog kita jadi laju berdesup. Biar pembaca rasa selesa dan lancar mengelintar blog kita.


14. Jumlah Komen per Post

Google juga mahu melihat bagaimana isi kandungan blog kita engaged dengan pembaca. Berapa banyak dan kerap setiap entri blog kita mendapat komen. Aku tak pasti akan kebenarannya, ada yang cakap entri yang ada banyak komen mendapat ranking yang lebih banyak.


15. Backlinks loss

Membina backlink memang memenatkan, terutama jika kita lakukan secara manual. Memakan masa yang panjang lebih-lebih lagi jika kita lakukan secara blogwalking. Namum hasilnya blog kita akan mendapat kredibiliti daripada Google. Namum sebenarnya backlinks juga boleh menyusut dan hilang. Jadi apabila ini berlaku ia satu perkara yang negatif kepada ranking blog kita di SERP.


16. Lokasi IP dan TLD Backlinks

Salah satu faktor yang perlu kita ambil berat. Darimana datang backlinks kita? Kalau boleh biarlah majoriti backlink yang kita dapat itu adalah daripada negara kita sendiri. Agak janggal apabila blog beroperasi di Malaysia mendapat banyak backlink daripada Zimbabwe. Pasal TLD pula tak banya info aku dapat cari, mungkin ada yang tahu boleh kongsikan di ruangan komen nanti.


17. Most Linked Pages

Kita boleh semak di Google Webmaster Tools untuk tahu halaman mana pada blog kita di "linked".  Selalunya homepage kita yang akan mendapat paling banyak backlink. Kita perlu perbanyakkan juga internal link di halaman lain di blog kita.


18. Title Tag

Title adalah antara faktor penting untuk on-page SEO. Ia berfungsi memberitahu kepada Google artikel kita berkaitan tentang apa. Title Tag perlu bermula dengan "keyword" yang kita mahukan.


19. Meta Description

Meta Description juga penting untuk masukkna dalam on-page SEO. Ia bertujuan unutk memberikan penerangan ringkas berkaitan artikel kita tulis. Perlu dimasukkan "keyword", dan olah ayat yang menarik sebab ia akan muncul juga di SERP nanti.

20. Jumlah Halaman/Entri Blog

Ia bukan sahaja soal sudah berapa banyak entri yang kita publish di blog kita. Lebih penting adalah berapa jumlah entri blog kita yang sudah di"index" oleh Google.


Sekian dahulu, untuk sesi kali ini. Tunggu entri seterusnya untuk 40 Faktor Penting SEO Ranking Tinggi Di SERP - bahagian 3 pula, jika ada kesempatan dilain waktu. Semoga kita semua mendapat manfaat daripada penulisan ini.

Ikuti siri entri ini yang seterusnya:

13 Komen untuk "40 Faktor Penting SEO Ranking Tinggi Di SERP (Part 2)"

avatar

dapat ilmu lagi..terima kasih..sangat bagus entri nie

avatar

Yang nombor 14 tu benda baru bagi saya. Dan lagi satu nampak gaya Google sekarang gigih nak ranked website yang mobile friendly and ada security (https).

avatar

sesungguhnya banyak benda yang kena hadam... terima kasih entry yang sangat berguna ini.

avatar

masih banyak benda yang saya nak belajar ini

avatar

MJ suka sangat tips terakhir, bukan berapa bnyk entry yg dibuat tp berapa banyak yang diindex! informative!

avatar

perghhh.. satu-satu aku baca, sbb penulisnya bukan calang2.

avatar

Wah.... semakin byk belajar semakin banyak lagi kena belajar dan tahu gunakannya. Semuanya sangat penting untuk SERP maupun SEO.

avatar

Sebab tu aku tak seberapa berkenan blog copy paste, kecuali ada olahan ayatnya tersendiri.. jangan copy paste bulat2..

avatar

Sememangnya ilmu yg perlu kita semua sbg blogger perhatikan bersama. T kasih..

avatar

Part duplicate content tu, kalau artikel kita publish dulu, pastu kena copy paste, yang original pun akan kena teruk jugak ke?

avatar

Macammana nak tahu entry kita telah di index?

avatar

boleh tengok terus di enjin carian google...kalau diindex dgn baik....selepas publish dan ping entri akan muncul di SERP

avatar

Salam...hebat bro sekarang. dari part pertama hingga ke part 4 sarat dengan informasi tentang SEO. Tahniah dan terima kasih.

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.