blogger lelaki logo

40 Faktor Penting SEO Ranking Tinggi di SERP (Part 1)

21 Komen
Dalam entri sebelum ini, aku ada tulis pasal 200 Faktor SEO, Ranking Tinggi di SERP. Aku tahu ramai yang baca atas, selepas itu terus scroll ke bawah. Jadi aku ini dia 40 faktor penting seo ranking tinggi di SERP. Daripada 200 faktor itu kita ambil cuma 40 fakor terpenting sahaja.

40 Faktor Penting SEO Ranking Tinggi di SERP

Aku rasa senarai panjang 40 ini pun masih terlalu panjang dibaca. Aku rasa lebih baik aku bahagikan entri kepada 4 bahagian entri dengan setiap sesi ada 10 faktor. Sebabnya tak semua orang suka baca entri yang panjang-panjang. Jadi selepas entri ini ada sambungan lagi dalam 4 siri.

Semoga entri ini bermanfaat kepada semua, sebab aku tulis entri ini pun sebagai nota rujukan aku jadi kita boleh sama-sama belajar ilmu yang baru. Dengan lafaz Bismillah, mari kita mulakan.

Faktor Penting SEO Ranking Tinggi di SERP

1. Backlinks

Semua webmaster tahu, backlinks adalah "ratu SEO". Ia menjadi salah satu faktor terpenting dalam teknik SEO. Namum sejak pihak Google membuat beberapa kali perubahan pada algorithm, ada mula berpendapat backlinks menjadi kurang penting di mata Google.

Aku sendiri dapat saksikan ketika aku menyertai contest SEO 'Malaysia Best Blog 2015'. Aku nampak faktor backlink ada memainkan peranan, kuantiti backlink tak penting tapi kita perlu cari backlink yang berkualiti. Namum faktor backlink memang memainkan peranan.


2. Kualiti Konten

Kualiti konten atau ada yang suka sebut "Konten adalah raja (content is king)". Tadikan sudah ada ratu, mestilah ada raja. Sepertinya perkara ini subjektif, tetapi kita tahu yang index blog kita adalah robot. Jadi macam mana robot orang putih hendak faham penulisan Bahasa Melayu?

Rasanya faktor ini terlalu besar, jika dihurai boleh jadi satu lagi entri panjang. Namum cukup sekadar kita tahu bahawa bertapa pentingnya juga kita menghasilkan kontent yang berkualiti untuk bersaing di SERP.


3. Panjang Konten (Jumlah Patah Perkataan)

Jumlah patah perkataan atau panjang isi konten entri anda juga boleh jadi faktor penting. Sebab untuk menghuraikan sesuatu topik mungkin memakan jumlah perkataan supaya orang lebih faham tentang sesuatu topik.

Ada yang berpendapat paling minima adalah 300 patah perkataan untuk satu entri bagus untuk SEO, seperti yang aku pernah tulis di entri - tips asas teknik SEO. Jika lebih panjang daripada itu lebih bagus. Mari kita tengok analisi daripada SerpIQ berkaitan panjang konten.

content length ranking factor


4. Backlinks Relevancy and Authority

Seperti point nombor satu yang aku sebut diatas tadi, backlink antara faktor penting. Namum ia bukan sekadar kuantiti backlinks semata-mata. Google akan index dan menganalisa backlink tadi samaada ia datang daripada laman web yang berkaitan dengan blog anda.

Backlink boleh jadi madu atau racun kepada blog anda. Jika blog kita mendapat banyak backlinks yang berkualiti, ia sangat membantu untuk jangka masa panjang.


5. Backlinks Variety

Dari tadi kita berbicara pasal pentingnya backlinks untuk SEO. Antara faktor lain berkaitan backlinks adalah kita kena pelbagaikan sumber backlinks. Biar ia nampak natural oleh Google Bot.

Jangan bina backlinks secara melampau, itu mungkin akan jadi racun kepada blog anda nanti. Jadi jangan langgar peraturan yang ditetapkan oleh pihak Google.


6. Anchor Text Distribution

Salah satu cara dalam membina Backlinks, kita gunakan Anchor Text. Kita bina link dengan menggunakan "keyword" yang kita mahukan. Ia juga perlu diperlbagaikan supaya nampak natural dan supaya kita tidak dilihat over optimized dalam membina anchor text backlink.


7. Kerap Kemaskini Entri Terbaru dan Lama

Jika kita rajin entri entri baru dan sentiasa kemaskini entri lama, ia menghantar signal kepada Google bahawa blog kita aktif. Blog yang sentiasa dikemaskini mendapat kredit yang lebih daripada Google.


8. Ads above the fold

Iklan yang terlampau banyak di "above the fold" blog anda bukanlah sesuatu yang baik di mata Google. Kita sebagai manusia pun tidak suka jika masuka blog yang penuh sarat dengan iklan, apatah lagi robot.

Above the fold adalah paparan blog kita dibahagian atas. Apabila buka blog anda apa yang mula terpapar di browser. Jika ada banyak sangat iklan dibahagian atas ini cuba kurangkan.


9. Backlink Berbayar

Elakkan daripada membeli backlink ke blog anda. Jika hendak gunakan juga pastikan link itu "NoFollow". Google tidak suka jika kita terlampau memanupulasi untuk dapatkan kedudukan terbaik di SERP. Silap haribulan blog kita boleh dikenakan penalti, duit melayang hasil entah kemana.


10. Outbound Links kepada Low Quality atau Penalized Websites

Jangan buat link ke laman blog yang sudah dikenakan penalti oleh Google. pasti link keluar itu terus ke laman yang berkaitan dan berkualiti. Jika ingin buat pautan juga ke laman low quality tadi, pastikan link itu "NoFollow".


Sekian dahulu dengan 10 faktor ini, akan bersambung lagi di entri yang akan datang sebab kita ada lagi 40 Faktor Penting SEO Ranking Tinggi di SERP untuk dibincangkan.



Ikuti siri entri ini yang seterusnya:

21 Komen untuk "40 Faktor Penting SEO Ranking Tinggi di SERP (Part 1)"

avatar

tips yang sangat best! bermanfaat pada MJ

avatar

menarik ni untuk para blogger tahu,.hehe tak sabar nak tunggu next nya,.thanks BL,.

avatar

Nak jadi pemain seo jiwa kena kental hati kena keras...

Kalo cepat putus asa sebab kalah mana2 contest seo atau sebab [email protected] tak rank dalam google...mmg susah aaa..

Agak2 susah nak faham faktor2 seo nie, upah jek BL nie buatkan seo... lagi senang kan...org dah pakar seo pon... :D

avatar

takde advertiser nak iklan link diorang "no follow" maa..

haha..

avatar

Terbaik! Artikel yg jelas tentang seo dan faktor berperanan dlm ranking Google. Nampaknya ambo kena kurangkan iklan Kat blog ambo....tq.

avatar

wah bro BL makin mantap artikelnya....mcm blogger barat gaya penulisannya...hi..hi... bestlah bro.

avatar

Penjelasan SEO agak terperinci....terus maju bro....

avatar

Betul ke Moz.com cakap latest content length untuk lebih mesra SEO ialah 1000-2000 perkataan bagi satu blogpost?

avatar

Berpeluh hendak amal. :)

avatar

Terima kasih! artikel yang sangat membantu..

avatar

penjelasan memang mantap..tahniah bro!

avatar

Ringkas dan padat serta mudah difahami. Terima kasih kerana sudi berkongsi :)

avatar

Ini artikel paling berkualiti yang bto hasilkan. Tak sabar nak baca untuk part 2 pula. Terima kasih....

avatar

Sekarang faktor seo google berlainan sudahkan.. dorang update sistem dorang.. huhu..

avatar

Banyak ilmu best yang dikongsi.....thanks!!!

avatar

tukar link bro.. hi2

avatar

Terima kasih atas tips di atas. Sangat bermanfaat kepada saya ...

avatar

Entri yang berkualiti. Terima kasih atas tips yang diberikan.

avatar

nak tanya, kalau blog yang dah kena panalty, masukkan link blog kita yang clean, adakah benda tu efek tak baik utk seo?

avatar

kalau bagi saya akan elakkan dari link yang bermasalah...risau jadi apa2 kan

avatar

Sangat bermanfaat khusus kepada blogger baru seperti saya sendiri.

Mohon tunjuk ajar...

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.