Tips Menulis Tajuk Entri Yang Mesra SEO

Tips Menulis Tajuk Entri Yang Mesra SEO

Salam, sekali lagi kita diberi kesempatan untuk berkongsi ilmu. Kali ini aku ingin bincangkan tips menulis tajuk entri yang mesra SEO. Sebagai blogger rasanya kita kita semua sudah tahu bahawa tajuk entri adalah penting dan dikatakan salah satu elemen penting didalam teknik asas SEO On-Page.
title tag best practice SEO

Pada aku tajuk adalah seumpama wajah. Ia adalah perkara yang pertama orang akan pandang terlebih dahulu. Jadi tajuk itu semestinya perlu menarik, lawa, bergetah dan seksi. Supaya ramai orang yang akan tertarik untuk mendekati. Begitu juga dengan tajuk entri, ia sepatutnya ada daya penarik untuk orang berminat untuk klik dan baca entri yang kita tulis.

Sebagai blogger, aku rasa sudah pasti anda pernah mengalami situasi entri sudah siap tapi tiada tajuk. Sebabnya kita tak ada idea untuk berikan tajuk yang sesuai kepada entri tersebut. Jadi disini aku ada beberapa tips, yang mungkin akan sedikit membantu rakan-rakan blogger semua.

Tips Menulis Tajuk Entri Yang Mesra SEO

1. Tajuk yang memberi penerangan secara ringkas berkaitan isi entri yang ditulis - BUKAN sekadar memasukkan 'keyword' semata-mata.

2. Perlu dimasukkan keywords di dalam tajuk tersebut -  Penting untuk optimasi SEO On-Page.

3. Tajuk ditulis tidak melebihi 7 atau 8 patah perkataan dan tidah melebihi 64 atau 70 karakter huruf. Memang ada banyak pendapat berkenaan jumlah karakter dan patah perkataan ini, tapi aku rasa pedapat ini yang paling menarik untuk dipraktikkan.

4. Berikan nada sensasi pada tajuk. Ini anda boleh perhatikan pada tajuk 'Headline' suratkhabar, bagaimana mereka gunakan ayat-ayat sensasi pada tajuk berita mereka. Inilah salah satu caranya untuk menarik minat orang untuk membaca.

5. Tajuk yang ditulis perlu selari dengan isi kandungan. Jangan cuma tajuk yang gempak tapi pada isi 'habuk pun tarak', atau lebih teruk tajuk lain isinya lain.


Seni menulis tajuk ini sebenarnya menarik untuk kita dalami, sebab dalam jumlah ayat yang terhad kita perlu cari kosa kata yang tepat dan padat untuk mengambarkan dan menarik minat pembaca.

Semoga dengan sedikit perkongsi tips menulis tajuk entri blog ini memberi manfaat kepada semua, pernah tak anda menulis dan ter'publish' entri tanpa tajuk. Apa yang terjadi?

Share this:

Disqus Comments