blogger lelaki logo

Tips Mendidik Anak Perempuan

23 Komen
Rasa tak seronok apabila aku hanya bercerita pasal Tips Mendidik Anak Lelaki, habis tu anak perempuan nak letak mana? Jadi aku paksa diri aku untuk menulis Tips Mendidik Anak Perempuan pula. Lagipun anak sulung aku adalah perempuan.

Pernah kita dengar orang duk cakap "Jaga lembu sekandang lebih senang dari nak jaga anak dara seorang". Bunyinya macam teruk nak jaga anak perempuan, ya memang teruk jika ibubapa salah ajaran diperingkat awal, ketika anak masih kecil.

Memang jelas sifat antara lelaki dan perempuan jauh berbeza, jadi pendekatan untuk mendidik mereka juga berbeza, sesuai dengan jantina mereka. Cuma kasih sayang itu perlu dibahagikan secara adil tak mengira jantina anak kita.

Tips Mendidik Anak Perempuan


Tips Mendidik Anak Perempuan

Anak perempuan selalunya manja, dan seperti anak aku sendiri, dia begitu rapat dengan aku berbanding isteri aku. Sealu dia buat muka comel bila kita nak marah dia, risau juga takut bila dia besar jadi terlampau manja pula.


1. Didik dan ajar anak perempuan kita agar menutup aurat dari sejak kecil, jelas dengan tepat kenapa mereka perlu menutup aurat.

2. Beri galakkan untuk anak perempuan menolong ibu buat kerja rumah, biar mereka tidak rasa kekok untuk buat kerja-kerja rumah. Kalau ada kesempatan selalulah bawa anak perempaun ikut pergi rewang di kenduri untuk menolong orang lain memasak, supaya mereka tidak kekok untuk bercampur dalam masyarakat nanti.

3. Ajar mereka untuk sentiasa bersopan santun dan berlemah lembut.

4. Ajarkan mereka ilmu tentang haids, cara mandi wajib, nifas, pendek kata hal-hal perempuan apabila mereka sudah akil baligh, selalunya biarlah kaum ibu yang galas tugas ini lebih senang.

5. Anak perempuan juga kena berikan galakkan untuk pandai memasak, biarlah mereka tahu mengruskan hal rumahtangga. Memang betul zaman sekarang sudah ramai perempuan yang bekerja, tetapi perlu reti juga untuk memasak atau mengemas rumah.


Mungkin ada yang akan fikir cara mendidik anak yang aku kongsikan ini seperti sedikit konservatif, "cara lama bro". Tapi aku membesar dengan cara begini, jika ada pendapat lain boleh kita kongsi bersama.

23 Komen untuk "Tips Mendidik Anak Perempuan"

avatar

Samalah bro.. anak sulung aku pun perempuan.. hehe.. anyway.. thanx 4 da tips :)

avatar

Alhamdulillah, cara lama berkesan sebenarnya dalam mendidik anak2 ni lagi2 ank perempuan..masa kecik2 dulu umi dgn ayah didik kami sama mcm BL kongsikan ni ;)

avatar

kebetulan anak MJ juga perempuan..memang lain sikit anak perempuan ni hati lebih lembut walaupun manja tu memang terserlahlah..moga dapat didik anak-anak dengan lebih sempurna lagi..

avatar

Pendekatan mak saya dulu tidak terlalu di dapur pun.
Memang dimanjakan maklumla anak perempuan tunggal.
Buat masa sekarang semua anak-anak lelaki, memang jadi ganas pun dan jadi kawan baik ayah mereka.

avatar

saya ada anak perempuan..memang tips ini berguna untuk saya.,

avatar

bukan mudah dan senang nak didik anak tambah lagi masa zaman mencabar ni..moga diberi kekuatan untuk terus didik anak tanpa jemu dan moga Allah pelihara anak-anak kita dari perkara yang tak diingini..

avatar

Emm terima kasih atas info yang diberikan..walaupun tidak pernah merasa pengalaman menjaga anak perempuan,tapi saya rasa tidak susah mana pun jika mengikut cara mendidik yang betul..

avatar

Samalah kita anak sulung perempuan. Anak saya sorang je lelaki yg lagi 3 perempuan. Mmg cabaran juga bila dah meningkat masuk alam remaja ni. Thanks sharing tips BL.. :)

avatar

Nampaknya ambe kena usaha lagi untuk dapatkan anak pempuan lepas ni.
Hehehhe...bukan itu sahaja, duit pun kena kumpul siap-siap sebab aksesori pempuan sangatlah banyak.
Konfem cik puan ambe nak beli.

avatar

terimakasih sangat bermanfaat karena kedua anak aku adalah perempuan

avatar

anak sharie pun perempuan , tapi aktifnyer macam lelaki. insyaallah Sharie akan improve lagi didikan hingga dia mengerti.

avatar

Anak perempuan aku kembar. Baru berumur 3 tahun lebih. Lebih manja ngan ayah daripada maknya.

avatar

Saya pun ada anak perempuan tapi manja dengan ayahnya. Bab didikan memang kena ikut macam orang zaman dulu besarkan anak-anak. Kena kenalkan Islam dulu sebelum kenalkan apa-apa..

avatar

terima kasih tips ni... tapi bab menguruskan rumahtangga tu... mak saya akan ajar sama lelaki dan perempuan... semua kena buat...

avatar

Saya ada 2 orang anak perempuan.. Dari kecil kena tanamkan didikan agama supaya mereka tahu halal haram dan batasan yang mereka perlu jaga..:-)

avatar

si Hani saya tu terserlah ciri2 dia..suka ikut apa yg saya buat, apa yg saya pakai (tudung)..dan saya baru perasan yang anak comel saya tu sangat pemalu budaknya especially dengan orang yg dia tak pernah kenal..hihi. dia tak takut, tak nangis, tapi akan stay setempat.. :D
terima kasih atas perkongsian tips... :)

avatar

Anak sulung SP pun perempuan. Manjanya waah..gembira tapi pening sikit nak jaga..hehe

avatar

teringin pulak anak perempuan sorang.

avatar

Melatih anak perempuan mestilah dimulakan dari awal usia lagi.

http://www.kakyongcun.com

avatar

Artikel yang bagus bro... aku lom ada anak pompuan, tapi wife aku ngah prgnant, manala tau kot2 rezeki dapat pompuan lak... leh la rujuk pada tips2 ko nih...

avatar

tips yang bermanfaat iALlah..wpun kami belum lagi dikurniakan anak perempuan. hehe..

avatar

Anak lelaki atau perempuan, masing2 tetap ada cabarannye...apa yang penting ialah pendekatan yang betul dan tepat digunakan utk menanggani permasalahan anak2 kita ni..

avatar

Sangat membantu, anak saya yg kedua perempuan.semoga dapat mendidik dia jadi anak solehah.

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.