blogger lelaki logo

Rezeki Itu Bukan Sahaja Milik Kita

12 Komen
Aku tahu skop rezeki itu cukup luas, pada aku rezeki itu meliputi apa sahaja nikmat yang dapat aku rasai diatas muka bumi ini. Namum orang kita suka tafsirkan istilah rezeki dalam bentuk tunai, wang ringgit. Jadi hari ini mari kita bersembang pasal rezeki dalam bentuk wang ringgit.

rezeki

Kita turun awal pagi, selepas subuh, seiringan sang burung. Niat untuk mencari rezeki untuk menyara nafkah keluarga. Kita cari rezeki bukan diri kita sahaja, tapi kita cari rezeki untuk insan lain juga. Kita cuma diberikan amanah untuk menguruskan rezeki tersebut untuk diagihkan mengikut keperluan, mungkin ada sedikit bahagian untuk diri kita sendiri juga.


Rezeki Yang Tak Disangka

Sungguh luarbiasa kuasa rezeki, adakalanya ia datang dengan tidak kita sangka. Rezeki itu datang diluar jangkaan fikiran minda kita. Bak kata orang "kalau dah rezeki takkan kemana". Ada juga orang sebut ini "rezeki terpijak".

Jika memang sudah tertulis itu rezeki kita, tiada sebutir halangan sebesar zarah pun mampu menghalang rezeki itu jatuh keribaan kita. Namum terima rezeki itu dengan penuh rasa syukur, dan ingat darimana datangnya rezeki itu.


Rezeki Yang Halal

Sebagai orang Islam, kita dtuntut untuk mengumpul rezeki yang halal. Sumber rezeki itu kita perlu tahu usulnya daripada mana, bukan dari sumber yang meragukan, apaah lagi jika ianya dari sumber yang haram.

Lagipun rezeki yang kita dapat bukan unutk diri kita sahaja, tapi untuk diberi makan kepada anak isteri, jika sudah berkeluarga. Takkanlah kita mahu isi darah daging kita dengan unsur yang haram ini. Apa kesanya kelak?


Rezeki Untuk Dikongsi

Seperti dari awal aku sebut, rezeki yang kita cari dan kumpul, bukan milik kita sepenuhnya. Cuba kira semula setiap bulan kita dapat gaji, berapa peratus duit kita itu menjadi hak milik kita. Kita ken belanja duit itu untuk ditukarkan dalam bentuk barangan, bil, minyak dan pelbagai lagi jenis perbelanjaan.

Jadi rezeki yang kita dapat sudah beralih tangan kepada peniaga tadi. Inilah kitaran rezeki. Jika kita cermat, ada sedikit duit kita yang sempat kita simpan untuk bekal dimasa sesak nanti.


Rezeki Yang Dimiliki Oleh Kita Yang Sebenar

Apabila kita berjaya mencari dan mengumpul rezeki dalam bentuk harta atau wang ringgit. Adakah ia benar-benar sudah menjadi milik kita? Sebab itu ada ayta kasar yang selalu orang sebut "ada duit banyak pun bukan bolah bawa masuk kubur". Jadi sia-sialah hasil usaha kita selama didunia, duit yang banyak, sekian lama mengumpul harta, akhirnya semua harta kita dibelanjakan oleh orang lain.

Masih lagi aku teringat ayat Ustaz Ismail Kamus....

"Sebenarnya duit yang kita derma itulah (bahagian) kita punya, yang simpan dalam poket itu belum tentu lagi...Dalam poket ni boleh jadi pomen punya, boleh jadi klinik punya, yang mestinya waris punya..Kita punya yang mana? Yang kita sedekah itulah kita punya"


12 Komen untuk "Rezeki Itu Bukan Sahaja Milik Kita"

avatar

yang disedekahkan itu yang sebenarnya kita punya
kita akan mendapatkannya kembali di akhirat nanti

avatar

semoga kita selalu ingat akan sedekah dan infaq dan dilakukan dengan ikhlas karena mengharap Ridha Allah Ta'ala semata

avatar

itulah yang selalu kita lupa dan berkira

avatar

ya dengan penuh keikhlasan itu penting

avatar

minta kita semua dimurahkan rezeki..

avatar

Sesungguhnya Bersedekah dengan rasa yang penuh ikhlas akan mendapat keberkatan di dunia dan akhirat,tidaklah luak rezeki jika di kongsi tidak kira walau sebesar dan sekecil mana sekalipin yang penting keikhlasan hati dalam bersedekah dengan niat mahu membantu :)

avatar

Tak rugi bersedekah..... dulu aku kedekut gak bab duit ni... tapi aku sedar apa yang ada pada aku bukan milik aku sepenuhnya.... aduhhh syahdu sendu baca entri kau ni bro...

avatar

ada rezeki lebih atau sikit kita kongsikanlah...itu lebih baik saranan dalam islam kita

avatar

Sebenarnya ramai yg nak keluarkan duit bersedekah..takut berkurangan katanya..tapi percayalah, lagi banyak bersesak lagi banyak rezeki yg kita akan dapat..itulah kuasa sedekah..

avatar

Terima kasih sebab mengingatkan..kadang-kadang bukan kita tak tau tapi mungkin 'terlupa'..

avatar

Saya setuju sangat.... rezeki bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit. Kasih sayang dan Kesihatan juga adalah rezeki yang tidak ternilai

Mereka yang diberikan rezeki wang ringgit memang sangat... sangat... sangat... dikehendaki untuk bersedekah

avatar
Hamba Allah on
Reply delete

salam. sy ada copy paste kata2 Ustaz Ismail Kamus yg saudara taip di atas tu(tentang sedeqah-yg mana duit kita).sy letak di status facebook agar dpt dbaca rakan2.bkongsi ilmu. moga mndpt manfaat.mohon dihalalkn n maaf krn x mintak izin tlebih dahulu.jazakallahu khaira.

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.