Pemenang Cabaran iPhone 5s

Pemenang Cabaran iPhone 5s

Setelah sekian lama menanti, akhirnya Pemenang contest Cabaran iPhone 5s yang dianjurkan oleh blog DenaiHati.com telah diumumkan. Salam tahniah kepada semua pemenang yang hebat kerana berjaya mengharungi cabaran di dalam contest ini.

iPhone 5s

Ini adalah kali pertama aku sertai contest besar anjuran Denai Hati (DH). Contest ini menuntut kesabaran dan kerajinan diri aku. Iyalah hadiah pun besar, jadi cabaran pun mestilah hebat. Pada awal contest DH hanya menawarkan 3 buh iPhone 5s sebagai hadiah utama, namum penajaan bertambah dan selepas itu hadiah utama menjadi 5 buah iPhones 5s unutk dipertandingkan.

Para peserta diberikan 3 tugasan utama di dalam contest ini bermula dengan entri penyertaan. Setiap pesert perlu menulis satu entri yang bertajuk "iPhone 5s gajet impian setiap blogger". Untuk tugasan pertama ini telah berjaya menarik 148 penyertaan - ada 8 penyertaan telah ditolak.

Sebulan selepas itu tugasan kedua menyusul, kali ini para peserta perlu bersaing dengan gigih untuk tempatkan diri di dalam kelompok Top70 penulis komen di blog DH. Cabaran sebenar mula dirasai, walaupun cuma sekadar menulis komen itu adalah rutin biasa bagi blogger. Tetapi apabila ia melibatkan contest dan ada hadiah, tugasan ini menjadi mencabar apabila setiap peserta berusaha untuk layak ke pusingan seterusnya. Bayangkan ada peserta yang menulis komen selama sebulan itu berjumlah sebanyak 3000 lebih komen.

70 peserta yang layak meneruskan cabaran terakhir, perlu menulis satu artikel lagi yang bertajuk "Blogger Buat Duit Online". Cabaran terakhir ini lebih mencabar sebab, artikel yang ditulis itu akan dinilai untuk menentukan mata. Jadi aku perlu menulis satu entri yang berkualiti dimata juri. Dan sebenarnya entri yang aku tulis untuk tugasan terakhir ini tidak lengkap, aku cuma draf dan mahu publish disaat-saat akhir, sambil-sambil menunggu idea yang lebih bernas. Namum tidak aku menjangkakan, menjelang hari-hari terakhir sebelum tarikh tutup aku terpaksa balik kampung kerana nenek aku meninggal dunia. Jadi terpaksa hantarkan artikel yang tidak lengkap.

Pemenang Cabaran iPhone 5s

  1. Nikkhazami.blogspot.com
  2. Hpmurah2u.com
  3. Jmr23.com
  4. Bloggerlelaki.com
  5. Sensasi2020.com
Untuk keputusan penuh boleh melawat klik Disini.

Dan tanpa diduga, nama blog aku juga terpilih untuk menerima hadiah utama yang berupa iPhone 5s. Ucapan jutaan terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan kepada penganjur contest iaitu DenaiHati.com, dan barisan penaja yang sudi menaja hadiah-hadiah yang cukup menarik ini :-

Semoga blog Denai Hati akan terus maju dan membawa dunia blogging Malaysia maju lebih kehadapan, blog pun baru berubah wajah, makin lawa. Dan kepada semua penaja semoga terus dimurahkan rezeki dan terus maju.

Share this:

Disqus Comments