Kisah Seram Di Lubuk Puaka

Kisah Seram Di Lubuk Puaka

Aku macam biasa dengan aktiviti aku mengadap skrin komputer hingga larut malam. Selepas isteri dan anak aku tidur, inilah masa yang sesuai untuk aku berkarya. Bertemankan secawan kopi cap dua badak yang dibuat oleh isteri aku.

Kalau aku tak menaip entri baru, aku akan blogwalking. Itupun jika pelanggan aku tidak buat tempatan design untuk t-shirt mereka. Tapi malam ini aku kena siapkan satu design yang ditempah sebelum raya cina lagi. Nasiblah kau 'mouse' aku kerjakan.

Selepas pukul 12 tengah malam memang sedikit sunyi, terutama selepas semua orang sudah tidur. Takut? Tak aku tak takut sebenarnya. Lagi takut kalau baca buku Siri Bercakap dengan Jin. Itu semua mainan perasaan semata-mata.

Kisah Seram Di Lubuk Puaka

Jarum jam sudah melepasi angka 12, lebih kurang 40 minit menyusul kemudiannya aku disapa dengan satu teguran yang menyeramkan. Tak pernah aku rasa meremang bulu tengkok aku seperti ini sebelum ini. Rasa dingin sejuk menyegat hingga ke tulang hitam.

"Blog ada malware." Bisik Diana Rashid syahdu dilewat malam, di celahan messages Facebook.

Tak berlengah atau berlenggang kangkung aku segera pergi tengok blog aku, sudah terlambat. Kata amaran daripada bapak polisi Google sudah terpapar. Sesiapa yang masuk blog aku selepas itu pastinya akan rasa seram juga seperti yang aku rasa.


Tak lena tidur, gigih aku cari maklumat dan jalan penyelesaian. Banyak artikel pula dalam bahasi Inggeris, nasib baik aku upah Google Translate.

Rupanya masih ada lagi insan yang belum tidur walaupun sudah pukul 2.14 pagi.

"#Error #ReportAttackPage #Virus Kenapa bila saya buka laman web kucha lana aka blogger lelaki jadi begini. Siapa boleh jelaskan?" Teriakan bro Kamil Salleh memecah kesunyian malam.

Aku dah mengantuk, esok nak kerja lebih baik aku tidur dahulu sementara menunggu fajar terbit.

Aku bangun macma biasa dan tiada apa yang hendak aku fikirkan, selain nak menghadap jalan sejaah 60 km dihadapan hendak ke tempat kerja. Sampai ke tempat kerja aku makan macam biasa, selera dah kurang sikit, cuma sempat menjamah 3 keping roti canai kosong.

Sedang aku sedap menjamah sarapan aku, Aku disapa lagi. Kali ini terdengar satu suara garau membisik di garis masa Facebook aku.

"Bro Kucha lana..ambe ada cuba buka blog Blogger Lelaki tapi dia kuar ini, better check yer." Ujar Mohd Ridzwan aka Abang Misai.

Dikesempatan ini aku ingin ucapkan terima kasih kepada mereka yang prihatin terhadap blog aku yang tak seberapa ini, tak lupa juga kepada saudara Saimi Ramlan yang sudi berkongis sedikit tips. Semoga kalian akan terus maju dalam apa jua perkara yang diusahakan.



Syukur, blog aku sudah sembuh, semoga dijauhkan dan takkan datang lagi puaka yang merasuk blog aku ini. Jangan buat aku meracau tak tidu malam sasau fikiran aku lagi...hehehe

Share this:

Disqus Comments