Kenapa Ranking Alexa Merajuk

Kenapa Ranking Alexa Merajuk

Salam, sudah lama rasanya aku tak bercerita pasal ranking Alexa. Cuma tadi aku ada terbaca entri pasal Alexa di blog HasrulHassan.com dan beberapa lagi rakan yang update rangking terkini di facebook, jadi aku terus pergi periksa ranking Alexa terkini blog aku. Ternyata pak cik Alexa sudah merajuk dengan blog aku.

Kenapa Ranking Alexa Merajuk

Kenapa Ranking Alexa Merajuk

Aku tak pasti apa yang berlaku, rasanya aku sudah buat Cara Meningkatkan Ranking Alexa Blog, sepertimana yang aku kongsikan. Apakah semua itu sudah menjadi sekadar mitos ranking Alexa?

Namum perkara ini tidaklah menganggu fikiran dan emosi aku, bawa bertenang dan bertendang, aku pergi jenguk blog Alexa.com.

Patutlah, rupanya pihak Alexa ada buat pembaharuan untuk Alexa Site Audit. Adakah ini punca ranking aku mulai ke laut? atau ada sebab lain yang berpunca daripada blog aku sendiri, aku sendiri tidak dapat pastikan.

Apabila sebut pasal Alexa Site Audit, ada tak blogger Malaysia yang langgan servis ini daripada Alexa? Manalah tahu ada blogger yang masyuk guna servis ini untuk menpertingkatkan mutu blog mereka, bolehlah kongsi-kongsikan apa yang bagusnya guna servis ini.

alexa site audit


Walaupun ramai yang aku rasa tak kisah sangat pasal ranking Alexa ini. Pada aku ini adalah salah satu kemeriahan dan warna-warni dunia blogging. Ranking Alexa bukanlah satu-satunya penentu atau penanda aras samaada blog itu bagus atau berkualiti.

Biarlah pakcik Alexa nak merajuk atau tidak, aku akan teruskan aktiviti blogging aku seperti biasa sehingga ke suatu masa yang aku sendiri tak pasti.

Share this:

Disqus Comments