blogger lelaki logo

Kelebihan Menyertai Contest Bagi Blogger Baru

19 Komen
Salah satu kemeriahan dunia blogging adalah contest. Ada banyak contest yang sering dianjurkan oleh blogger. Hadiah yang ditawarkan pula memang cukup lumayan, ada wang tunai, gadget, pakej percutian, t-shirt dan bermacam-macam lagi. Jadi apa kelebihannya menyertai contest bagi blogger baru? Adakah untuk menang hadiah semata-mata?

contest

Dalam banyak-banyak contest, pada kau yang paling mencabar dan mengerunkan adalah contest SEO, seperti yang aku turut serta sekarang ini iaitu contest SEO 'Jom Aktifkan Mykad', 'Malaysia Best Blog 2015' serta 'Contest Review Lynk.my 2015'.

Sebelum-sebelum ini pun aku sudah ada sertai contest SEO yang lain. Malah ada yang aku sertai ketika awal-awal aku buat blog ini. Pada waktu itu aku baru nak belajar tentang SEO dan pasal buat blog. Pada waktu itu aku hanya sertai untuk suka-suka dan mencabar diri sendiri.

Tak lupa juga antara contest SEO terbesar aku sertai adalah contest anjuran AkmaOmar.com - Contest Bonus Akhir Tahun 2014. Aku berjaya menduduki tempat ketiga. Satu contest yang mencabar juga. Aku terpaksa bersaing dengan blogger-blogger hebat dan yang sudah lama buat blog. Ini semua pengalaman buat aku dan juga peluang aku untuk pelajari ilmu yang baru.

Aku ada baca entri yang di tulis di blog CoretanAnuar.com berkenaan '7 Kelebihan Menyertai Contest SEO'. Aku malas nak huraikan panjang-panjang, anda boleh pergi baca sendiri di blog saudara kita ini.

Kelebihan Menyertai Contest Bagi Blogger Baru

Aku cuma ingin berikan point-point penting yang telah dikongsikan oleh beliau, dan aku memang galakkan kepada blogger baru supaya turut serta dan jangan segan untuk sertai contest-contest seperti ini, memang ada manfaatnya.

1. Dapat memperkenalkan blog kita kepada rakan-rakan blogger yang lain.
2. Dapat meningkatkan trafik blog kita melalui entri contest SEO.
3. Dapat menarik minat blogger-blogger otai @ Retis untuk membaca blog kita.
4. Mendapatkan Backlink PERCUMA daripada penganjur dan rakan peserta.
5. Dapat menguji tahap kemampuan SEO Blog anda
6. Dapat mempelajari teknik penulisan entri yang mesra SEO daripada para peserta yang lain
7. Berpeluang memenangi Hadiah yang disediakan


Bukan sahaja contest SEO, blogger baru juga boleh sertai sebarang Giveaway, Segmen dan bermacam contest lain. Ini juga adalah salah satu cara untuk kita blogger baru mempromosikan blog kita kepada rakan blogger yang lain, lebih-lebih lagi jika kita terpilih sebagai pemenang.

Memang semua orang yang sertai contest ingin menang hadiah, tetapi anggap kita bersaing sambil menimba ilmu dan menambahkan lagi kenalan di kalangan blogger.

19 Komen untuk "Kelebihan Menyertai Contest Bagi Blogger Baru"

avatar

memang banyak keuntungan mengikuti kontes seo ini otomatis optimasi blog

avatar

Setuju! Saya join contest tu sebenarnya bukan semata-mata nak menang hadiah contest tu but more to introducing my blog to others! Perkongsian yang cukup baik.

www.pojiegraphy.blogspot.com

avatar

Menarik.. Bukan sekadar hadiah yang dicari, sebenarnya yang lebih penting ilmu SEO yang dapat dikongsi. Sebab dengan ilmu ini lah dapat memperbaiki mutu.

avatar

Hi BL,.hehe saya join contest hanya untuk tahu saya berada di paras mana,untuk saya belajar dan terus belajar lagi sehingga berjaya :)ilmu tu yg betul betul penting dan yang kita perlukan,.betul tak BL hehe

avatar

Salam, Bro anda ada potensi jadi yang best selepas bro HH.

avatar

Mohon tunjuk ajar ya. Terima kasih!

avatar

setakat ni Mj belum lagi menyertai mana-mana contest berunsur dari blog...bila tengok ramai orang menang rasa membuak juga nak sertai, mungkin tak lama lagi..

avatar

mula2 tadi saya jump terus ke point yang diletakkan, nampak macam pernah baca..rupanya memang point dari blog Coretan Anuar ye..he he. Memang berbaloi join kontes ni. Dari tak tahu, orang sedar kewujudan blog kita..kalau menang lagi tu kira satu bonus.. :)

avatar

Huhu...blog pun ramai pelawat kalau selalu join contest ni..

avatar

Bila nak join je kene reject...nanti kita usahakan blog sendiri ye.

avatar

Tak berkesempatan lagi join contest tapi teringin juga. Untuk menpraktikkan ilmu blogging dan menambah kenalan

avatar

Saya jarang join contest sebab susah nak menang..sebab tu lagi suka nak sponsor hadiah kalau ada orang nak buat giveaway.

avatar

Ambe nampak kesan kontes ni. Betul kata bro.
Ambe cuba jer join kontes di samping support sesama blogger.
Lagipun ambe bukan boleh mennag pun. Hhahaahaha...saja suka-suka. At least orang kenal blog.

avatar

nampak kena rajin juga lah sertai contest, dah ada blog. ada masa join . menang ,kalah itu belakang cerita,. yang penting berusaha untuk menang kikikiki

avatar

Best juga bila join contest nie.
Secara tak langsung terbina hubungan dan ukhuwah sesama blogger.
Lagi meriah.
Salah satu faktor meningkatkan semangat untuk berblogwalking dan update artikel selalu.

avatar

Setuju BL.. sayangnya cuma ada waktu2 yg masih tak berkesempatan utk menyertai contest.. tu yg melepas tu...

avatar

betul betul sesekali join contest memang best :)

avatar

Mj ingin nak anjurkan giveaway la..ada yang sudi nak sertai tak agaknya..

avatar

kalau kena dengan cara dan promosi mungkin akan ada ramai yang sertai Mak Jemah...kalau bolah buatlah GA yang tak terlalu leceh untuk disertai..hehehe..kalau Mak jemah buat saya pun nak join dengan syarat saya mesti jadi pemenang

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.