blogger lelaki logo

Guna Whatsapp di Komputer

21 Komen
Kini semua orang sudah tahu, aplikasi Whatsapp sudah boleh digunakan di web atau komputer anda. Ini sudah pasti lebih memudahkan pengguna tegar Whatsapp, terutamanya peniaga online yang sering berhubung dengan pelanggan melalui aplikasi ini.

Guna Whatsapp di Komputer


Cara untuk menggunakan Whatsapp di PC atau laptop anda cukup senang.

Pergi ke "web.whatsapp.com " > Scan QR code yang dipaparkan pada skrin > Pergi dekat option Whatsapp di telefon tekan Whatsapp Web > Dan anda sudah boleh gunakan Whatsapp di komputer anda.

Melalui Whatsapp Web ini juga, anda boleh menghantar gambar yang terdapat didalam komputer anda, cuma file audio dan video sahaja yang masih belum boleh dihantar. Satu lagi pastikan komputer anda juga ada sambungan internet.

Dalam pada masa itu aku pernah kongsikan pasal Whatsapp share button di blog - nampaknya apabila aku cuba klik button share di blog aku, namum ia tak dapat di share melalui Whatsapp Web. Mungkin akan ada update terbaru nanti untuk button share pula.

Cuma ada berita yang tak sedap aku terbaca di nakedsecurity.sophos.com. Penulis mereka menyatakan gambar yang dihantar melalui aplikasi Whatsapp di telefon kemudian dipadamkan. Namum masih boleh dilihat di Whatsapp Web, tanpa gambar itu dikaburkan. - sumber

Cuma diharap takkan ada loop hole pula nanti nombor telefon kita dengan sewenangnya jatuh ke tangan SPAMMER.

21 Komen untuk "Guna Whatsapp di Komputer"

avatar

Sejauh ini belum pernah guna whatsapp , ternyata banyak fungsinya whatsapp ini

avatar

lebih suka guna whatsapp di smartphone saja...

avatar

belum ada peluang lagi guna whatsapp..

avatar

Lebih selesa dengan telegram kat laptop berbanding whatsaapp kat laptop yang terhad pada browser. Mungkin ada pembaharuan selepas ni.

avatar

Belum dicuba lagi..;)

avatar

tak dapat nak guna..ipong tak support lagi..

avatar

tak faham yg web phone tu cmne huhu..

avatar

dah buat tapi rasanya macam guna di enpon lebih best kot...cuma kat laptop atau komputer ni tak typo la kot..

avatar

Terkadang rasa pelik nak pakai di Wassap ni di laptop.. hehe

avatar

bagus jgk ni. tp web.whatsapp.com hanya bleh dilayari dari google chrome. hmmmm

avatar

Huhu..boleh bukak dengan crome sahaja web wasap tu yer..ngn mozilla tak lepas..terima kasih kongsikan..

avatar

Whatssap ni mmg memudahkan di hp.. cuma tak larat bila terlalu banyak group dari rakan2 sekolah, alumni dan kerja2.. tak larat juga nak melayan kdg2.. Cuma baguslah bila di komputer pun dah ada whatssap ni..

avatar

Penguasaan whatssap sudah nampak semakin luas.
Ada pulak tu ternampak kat pesbuk, sim kad khas untuk whatssap sahaja.
Hebat zaman teknologi skrg kan?

avatar

Rasanya aku lebih selesa menggunakan whatsapp di handphone jer.lebih selamat kot.

avatar

Uishhh benda baru ni .. saya pun tak tahu ... al maklumlah jarang guna whatsapp ni .. hoho

avatar

Benda baru... agak seram jugak aku nak cuba

avatar

Bila Whatsapp nak sediakan untuk iOS pulak.

avatar

Satu kemudahan yang memberikan berita gembira kepada peniaga online. Lebih mudah untuk membalas mengunakan desktop.

avatar

terima kasih for info

avatar

Sangat praktikal sebenarnya bila guna Whatsapp pada laptop. Sebab kadang-kadang kita kena copy teks yang panjang, sebagai contoh jawapan untuk assignment. Haha.

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.