Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Fungsi Pelbagai Guna Mykad

Mykad adalah Kad Pengenalan rasmi untuk rakyat Malaysia. Cukup sahaja umur 12 tahun, masing-masing sudah ada Mykad. Aku ini generasi yang membesar di tahun 80-an dan 90-an. Pada masa itu kad pengenalan masih guna cara lama. Nak tunggu Kad Pengenalan siap pun makan bulan juga. Sekarang buat satu hari pun dah siap Mykad.

Fungsi Pelbagai Guna Mykad

Generasi zaman kini lebih bertuah, semuanya serba canggih. Kad yang lebih berkualiti, siap ada chip yang berkapasiti 64k. Bagi menepati tujuan Mykad ini sebagai Kad Pintar. Ada pelbagai aplikasi fungsi yang dimuatkan di dalam Mykad.

Mykad lahir dibawah projek Koridor Raya Multimedia (MSC Malaysia). Diperkenalkan sejak September 2001, yang dilengkapi denga ciri-ciri keselamatan serta digabungkan pelbagai aplikasi untuk memudahkan lagi urusan di agensi kerajaan dan swasta.

Aku sendiri pernah gunakan Mykad ini sebagai Kad Pengenalan sudah tentu, sebagai penganti kad Touch N Go - pada masa itu kad Touch N Go aku hilang. Pernah guna untuk semak di mesin. KWSP. Di kaunter ASB kalau aku tak silap. Itu baru sikit, sebenarnya ada banyak lagi fungsi Mykad kita.

Fungsi Aplikasi Mykad

Berikut adalah beberapa aplikasi yang dimuatkan pada Mykad kita :-


  • Kad Pengenalan
  • Lesen Memandu
  • Passport
  • Prasarana Kekunci Awam
  • Touch N Go
  • Dokumen Kesihatan
  • e-Tunai
  • Kad ATM
  • Kad Frequent Travellers Card (FTC)
  • e-Pasartani@FAMA
  • Pendaftaran Nelayan
  • MyPesara
  • Orang Yang Kompeten (OYK)
  • e-Kasih
  • Loyalty Card – Mykad Smart Shopper


Kelebihan Mykad Smart Shopper

Jika ada yang pernah membaca pasal kempen "Jom Aktifkan Mykad" pasti anda sudah tahu berkenaan Mykad Smart Shopper. Dimana ia memberikan anda kelebihan berupa Kad Diskaun dan Kad Ganjaran melalui Mykad yang telah diaktifkan.anda sekarang.

Tujuan utama Program ini tak lain adalah untuk berikan penjimatan ketikan kita berbelanja, disamping itu ada manfaat lain yang kita dapat sebagai pengguna bijak. Maju setapak kehadapan, progrma ini juga telah mempekenalkan Mykad Smart Shopper Apps, aplikasinya di Android dan iOS.

Sumber : Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail