blogger lelaki logo

Duit Tak Boleh Beli Masa

31 Komen
Kita diberikan waktu  24 Jam setiap hari. Satu Jam ada 60 minit, dalam SATU minit ada 60 saat. Bagaimana agaknya kita habiskan masa kita seharian.

Aktiviti rutin harian aku, bangun pagi-pagi selepas tunaikan yang wajib. Aku habiskan masa 1 jam untuk sampai ke tempat kerja. Jadi kiranya pergi balik aku habiskan 2 jam aku diatas jalanraya.

24 jam - 2 jam = 22 jam

Aku bekerja waktu normal. 'Punch Card' pukul 8 pagi balik pukul 5 petang. Pusing situ pusing sini, pandang kanan pandang kiri..bla..bla..bla.... Punch Card Out! Aku telah habis masa sebanyak 9 jam di pejabat.

22 jam - 9 jam = 13 jam
Sampai rumah dah jam 6 petang. Memandu kereta jauh-jauh setiap hari kadang kala memang memenatkan. Anak bila tengok ayah dia balik, terus nak ajak main. Sambil-sambil berehat aku melayan kerenah anak aku yang ligat bermain.


Sekarang aku ada masa lebih kurang tolak tambah 13 jam untuk dihabiskan. Ada orang cakap jumlah waktu tidur yang sihat adalah selama 7 jam. Jadinya aku ada 6 jam lagi untuk menjalani kehidupan. Itupun kalau aku boleh tidur awal, tak ada kerja dan memang aku penat sangat barulah aku tidur seawal jam 12.

Duit Tak Boleh Beli Masa

Berkisar 6 jam yang berbaki, aku kena bahagi masa tersebut untuk keluarga, jiran sebelah rumah, blog dan kerja sampingan. Nak bahagi samarata bagi adil memang susah. Memang tak terdaya buat aku. Tapi kebiasaannya ku memang akan habiskan masa melayan kerenah anak aku, sampailah dia tidur.

Selagi anak aku tak tidur memang aku tak boleh buat kerja, ada je dia ajak nak main bola la, nak main gusti la, nak main masak-masak la, naik pening jug aku nak melayan anak perempuan aku nie.

Adakalanya aku terpaksa korbankan waktu tidur untuk sambung buat kerja-kerja sampingan yang lain. Penat itu tolak tepi, fikirkan habuannya. Dalam pada masa yang sama aku tak mahu abaikan anak aku.

Hujung minggu, aku ada cuti 2 hari setiap minggu, itulah aku rasa waktu terbaik untuk habiskan masa berkualiti bersama keluarga. Memang kita ada banyak benda yang hendak dikejar, tapi ada perkara yang tak boleh dibeli dengan duit.

31 Komen untuk "Duit Tak Boleh Beli Masa"

avatar

Wow. Saya setuju dengan majoriti point yang dikemukakan. Bila kira betul-betul, masa tu sebenarnya tak ada la panjang sangat pun. So, kita kenalah hargainya :(

avatar

bro untung dapat masa 2 hari rehat seminggu..

avatar

Memang tepat sebagaimana diterangkan dalam al-Quran surah al-'Asr (membebaskan diri dari kerugian).. "Demi masa sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

avatar

MJ juga dulu macam ni juga rutin, dengan masa terhad tu cuba juga bagi masa berkualiti dengan anak-anak..

avatar

betul tu....disebabkan nak guna masa sebaik mungkin, penat kena tolak tepi...

avatar

duti tak boleh beli masa dan kesehatan jadi harus ingat jangan melalaikan dua hal tersebut waktu luang dan kesehatan

avatar

Aku cuma ada 5 jam je setiap hari untuk jalani kehidupan..

avatar

Huhu...2 hari cuti memang masa yang berkualiti untuk keluarga..klau lah masa boleh dibeli dengan wang ringgit..seronok gak kn..

avatar

terus terang saya kata..saya masih dalam proses find tune / transisi masa bila kimi naik darjah satu. sekarang hari2 rasa ngantuk dan letih di pejabat...hmm..memang kena buat sesuatu.

anyway, artikel ini sangat menarik dan menjana otak berfikir. terima kasih berkongsi...

avatar

saya perhatian lebih penting kedua baru kesihatan dan wang hiii..kalau tiga ok bahagianya kehidupan ini

avatar

Walapun orang kata masa itu emas, tetap tak boleh dibeli macam emas.. hehe..

avatar

Masa bersama keluarga memang sangat penting, tapi masa untuk mencari pendapatan juga penting.

avatar

Memang begitu normal rutin sekarang.
Masa di luar lebih banyak berbanding dengan keluarga.
Tapi cuma balance kan.
Biar pun kurang tapi berkualiti takpe BL.

avatar

Bila balik kerja rasa kasihan pada anak-anak yang hanya sempat bermain bersama hanya 3 jam sehari. Banyak sebenarnya kita bazirka masan.

avatar

jom sama2 dulukan Allah dalam segala hal, insyaAllah masa kita akan jadi lebih berkah, menjadikannya berkualiti, serba cukup serta dipermudahkan segala urusan harian. :)

avatar

masa
pejam celik...
dah bertahun dah berlalu
hasilnya, hanyak kita yang tahu

avatar

duit memang tidak sesekali boleh beli masa, tambah lagi masa dengan keluarga..diharapkan dapat beri masa lebih berkualiti untuk anak-anak dan suami..

avatar

Diakhiri zaman ini masa mmg dirasakan begitu cepat berlalu..sedar tak sedar dah nak dpt gaji..gunakan lah masa sebaik2nya..duit juga tidak blh membeli kebahagiaan..

avatar

memang kena pandai uruskan masa supaya taklah rasa terbazir mcm tu je, ada orang rasa masa 24 jam tu tak cukup..cukup punya..cuma diri sendiri je tak pandai nak uruskan masa yang berkualiti tu

avatar

betul juga tu.... mungkin dah tiba masanya nak kena hitung aktiviti dalam setengah jam dan bukan sejam sejam... dan pembaziran 2 jam pegi dan balik kerja tu perlu dilakukan sesuatu lah... sangat lama tu sebenarnya...

avatar

tak tau la nape..tapi rasa sayu plak hati baca post ni..

avatar

betul tu duit tak boleh beli masa..tp duit boleh diketepikan sementara untuk mendapatkan masa yang berkualiti bersama orang tersayang

avatar

Apa yang kita ada, itu saja la yang ada (in terms of masa).
Kalau kita tak guna sebaik mungkin, hilanglah kita beberapa manfaat darinya.
Jaga keberkatan...Insyaa Allah, masa akan pernah cukup.

avatar

masa agak terhad sekarang nih.. tapi tak boleh bagi alasan untuk tidak solat...

avatar

Tak sedar pun 24 jam tu habis ..dari bangun pagi macam2 benda nak diuruskan..sampai nak tidur ,tengok jam "alahai tinggal 4 jam je untuk tidur.." nak buat cemana ..kan??kita nak sesuatu kita kena la korban kan sesuatu..lumrah kehidupan

avatar

Perlunya kita semua menguruskan serta memanfaatkan masa dgn betul.. hidup di dunia ni sebenarnya sgtlah singkat...

avatar

Sekarang ini memang anda memang terasa spt tidak cukup masa...namun, InsyaAllah... sampai masanya nanti anda akan ada masa yang banyak... Ingatlah, hidup ini adalah satu putaran... Setiap darinya adalah ujian dan punya hikmah...

avatar

Masa...memang kena plan betul-betul sebab masa untuk yang bekerja ni lebih banyak dihabiskan di pejabat. Dengan anak-anak memang kurang. Berapa jam saja sehari. Selebihnya dah masa tidur.

avatar

duit tak boleh beli masa, tapi kita boleh upah orang lain untuk jimatkan masa kita.

avatar

Masa mengajar kita mengenal erti hidup..mana yang patut didahulukan kita lakukan dulu...mana yang patut dikemudiankan, kita kemudiankannye...

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.