blogger lelaki logo

BoBoiBoy: The Movie Official Teaser

13 Komen
Siapa yang minat siri kartun Boboiboy? Sila angkat tangan. Mesti ada yang cakap dah tua-tua pun masih tengok kartun, tetapi inilah lelaki. Kini aku sudah ada anak dan layan kartun dengan anak. Kalau bukan disebabkan anak aku mungkin aku tak tengok siri kartun animasi terbaik dari Malaysia ini.

Boboiboy: The Movie

Aku rasa ramai lagi lelaki yang membesar di zaman 80-an hingga 90-an yang memang peminat tegar siri kartun dan animasi. Kalau siri kartun dari barat aku minat Superman, Spiderman, Batman, X-Men , GI-Joe, Thundercats dan bermacam lagi siri kartun superheros yang lain. Disamping itu bersaing hebat juga siri kartun animasi daripada Jepun pula sperti Doraemon, Shin Chan, Dragon Ball, One Piece, Bleach, Naruto, Rurouni Kenshin, GTO, School Rumble dan banyak lagilah animasi Jepun yang memang syok untuk dilayan.

Namum tidak ketinggalan juga animasi dari Malaysia antara yang aku masih ingat adalah Usop Sontorian, Anak-Anak Sidek, Kampung Boy, Keluang Man dan Yokies. Inilah kartun animasi legend dizaman aku dulu. Memang ada banyak juga animasi yang diterbitkan oleh anak tempatan, dan yang terkini, terhangat dipasaran adalah Upin & Ipin dan Boboiboy.

Tak kurang hebat juga ada animasi Malaysia yang berjaya dibawa ke layar perak seperti Silat Lagenda, Putih, Geng: Pengembaraan Bermula, Bola Kampung The Movie dan Ribbit. Kini Boboiboy pula akan muncul di layar perak. Pastinya menarik kerana kini aku sudah minat dengan siri animasi Boboiboy ini, itupun sejak anak aku selalu ajak aku layan kartun ini, tak cukup di televisyen sambung dekat youtube pula.

Apa-apa pun jom layan teaser terkini untuk filem Boboiboy: The Movie. Jika ingin dapatkan info terkini pasal filem animasi terbaru ini oleh layari www.boboiboymovie.com


13 Komen untuk "BoBoiBoy: The Movie Official Teaser"

avatar

yokies yang mana ek?

avatar

yang kartun berbentuk telur tu..semua anak beranak dia berbentuk telur..hehehe

avatar

Anak-anak saya memang suka dengan kartun Boboboy ni.

avatar

Anak-anak saya baru nak kenal kartun boboiboy ni sebab asyik layan upin ipin ja :-)

avatar

aih boboboy akan ke layar lebar mesti ramai peminat dah nantikan hal ini

avatar

Ambe sangat suka boboiboy. Sama naik ngan anak.

avatar

ooh ada keluar the movie baru pulak sekarang ni..budak-budak ni suka jugak tengok boboiboy ni

avatar

Betul tu, era 80an-90an banyak animasi dari luar yang punya trend tersendiri. Itu belum masuk lagi cerita-cerita super hero (bukan kartun) dari Jepun macam Kamen Rider, Gavan dan sebagainya. Boboi Boy memang kegemaran anak-anak.

avatar

anak anak sedara semua minat... saya? minat minion jer hahahaha

avatar

Tapi macam lama lagi je nak kuar pawagam. Tak sabar dah nak tengok. Upin ipin the movie pun lama sangat nak kuar.

avatar

Wahhh... anak2 mesti nak tengok ni.. :)

avatar

Dah Ada? Tak sabar nak tengok ni. Mak budak pun layan sekali ni

avatar

ha..ha...saya minat bola kampung..muzik dia best

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.