Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Apabila Tips Blogging Tak Menjadi

Aku ada terbaca entri bro Hasrul Hassan membebel tadi di dalam entri beliau yang bertajuk "Tips Blogging Palsu, Cuma Rekaan". Ringkasnya bro HH luahkan rasa, ada orang yang komen tips yang sifu kita kongsikan tak menjadi dan anggap tips tersebut hanya rekaan, atau lebih tepat ia adalah mitos semata-mata. Patutkah kita beranggapan sebegitu?

Apabila Tips Blogging Tak Menjadi

Aku sendiri yang banyak buat 'homework' dan belajar tips blogging di blog HH. Pada pendapat aku apabila kita belajar sesuatu, kita cuba buat dahulu. Jika ia menjadi alhamdulillah. Jika sebaliknya kita cuba kaji dan ubah apa yang tidak kena.

Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. Ada juga tips yang berkesan pada orang itu tidak berkesan kepada kita. Jadi pada kau kita tak boleh tiru 100% apa yang orang buat, kita cuma ambil tips-tips yang dikongsikan dan olah buat cara kita. Mungkin cara kita lebih berkesan lagi. Jadi kita kena berani buat 'try anda error'.

Apabila Tips Blogging Tak Menjadi

Jangan hanya baca dari satu sumber sahaja. Cuba carigali lagi tips-tips yang berkaitan di Google. Cuba padankan apa yang telah dikongsi. Aku selalu buat cara ini, ambil tips yang sama daripada pelbagai sumber. Adakalanya aku jumpa tips-tips yang berbeza dan ada penambahan. Disini kita telah mendapat lebih banyak ilmu baru. Yang penting jangan malas dan harapkan orang suap sahaja.

Kepada blogger baru terutamanya, cubalah belajar dengan sabar. Kadang-kadang hasil yang kita harapkan tidak datang sekelip mata. Blogger-blogger yang sudah berjaya bukannya buat blog semalam, hari ini sudah dikenali ramai dan jadi 'Malaysia Best Blog 2015'. Sebagai contohnya dalam teknik SEO, ia bukan satu teknik untuk masa singkat, memang memakan masa yang lama untuk stabil. Jadi ingat keyword ini, sabar dan konsisten - masukkan fokus sekali.

Lagi satu dunia sentiasa bergerak ke hadapan. Mungkin kita ada baca tips yang ditulis beberapa tahun yang lalu. Jadi kita kena realistik dan fikir, apakah tips tersebut masih relevan untuk tahun ini. jadi nak tahu ia masih berkesan atau tidak, macam aku cakap tadi kita kena berani 'try and error'.

Akhir kata, pada pendapat aku tak patut kita salahkan orang yang berkongsi tips macam bro HH. Padahal semua terletak pada diri kita sendiri. Kita baca dan faham - aku ulang sekali lagi baca dan faham dengan teliti. Dan adakah kita sudah buat 100% seperti tips yang dikongsikan? Adakah tips tersebut masih relevan, pada tahun bila tips itu ditulis?

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail