blogger lelaki logo

Apabila Hak Siaran Bola Kembali Kepada Rakyat

35 Komen
Liga Malaysia 2015 sudah bermula. Ramai orang cakap tahun ini adalah antara tahun yang paling meriah dalam liga  bolasepak Malaysia. Tetapi tiba-tiba jadi sedikit hambar dengan isu hak penyiaran siaran langsung.

tengok bola


Tahun ini tiada lagi siaran perlawanan bola sepak Liga M di channel Astro Arena. Hak penyiaran telah diberikan kepada Media Prima (TV3,TV9) dan RTM. Jadi kini siaran Liga M sudah boleh ditonton secara percuma, siaran bola sudah dikembalikan kepada rakyat.

Lesen hak penyiaran pada tahun ini sebenarnya telah dibeli oleh MP & Silva dengan tajaan yang cukup besar. Agensi media antarabangsa ini telah memilih Media Prima dan RTM sebagai penyiar rasmi Liga M 2015.

Rata-rata peminat bolasepak melatah di media sosial pasal isu ini. Kalau nak dilayan kerenah 'pahlawan papan kekunci' memang terlayan aku. Masing-masing ada pendapat sendiri, yang tak boleh ditegur pun ramai, tak reti nak mengaku kalah.

Apabila Hak Siaran Bola Kembali Kepada Rakyat


Mari kita lihat dahulu dari sudut positif apabila hak siaran bola sepak dikembalikan kepada rakyat.

1. Ianya percuma, tak perlu pasang piring Astro kalau nak tengok perlawanan bolasepak Liga M. Cukup sekadar ada antenna tulang ikan dan bosster.

2. Tiada gangguan siaran ketika hujan atau cuaca buruk. Tapi kalau tengok TV3 di channel 103 melalui Astro, tetap tak boleh tengok juga siaran.

3. Tak perlu lagi nak pergi lepak di kedai Mamak semata-mata nak tengok bola.

4. Siaran sudah pastinya lebih meluas, setiap rumah yang ada televisyen dan antenna sudah pasti boleh tengok bola, selagi ada liputan.

5. Andai kata tak ada televisyen. Boleh tengok bola secara online secara halal. Sebab Ada live streaming di laman Tonton.com.my. Adakah ini zaman kejatuhan laman live streaming..hehehe




Baiklah sekarang kita lihat pula dari sudut negatif. Apa yang peminat rugi apabila Astro bukan lagi penyiar rasmi Liga M 2015.

1. Tiada lagi siaran bola sepak HD, gambar berkualiti. Sudah 3 siaran langsung yang disiarkan setakat ini, secara peribadi aku kurang berpuas hati dengan kualiti gambar yang agak suram, tidak 'sharp', malah adakalanya silau dan menyakitkan mata. Memang menganggu tumpuan untuk menonton perlawanan bola.

2. Tiada lagi preview sebelum perlawanan. Jika di Astro Arena sebelum ini ada preview sebelum perlawanan yang bermula jam 8. Tapi jika di Media Prima dan RTM, jam 8 adalah waktu siaran berita.

3. Pengulas dan gaya ulasan yang kurang menarik, sudah 3 kali aku lihat siaran langsung musim ini. Semuanya buat aku rasa nak 'mute' speaker televisyen aku. Aku berharap sangat RTM dan Media Prima pertimbangkan untuk mencari pengulas yang lebih professional dan mampu membawa kemeriahan apabila menonton perlawanan bola.

4. Mungkin agak sukar untuk menonton siaran ulangan perlawanan. Kepada yang terlepas menyaksikan perlawanan nasiblah, kalau ada pun mungkin di siaran RTM.

5. Berkemungkinan ada siaran tertunda atau terpaksa memberi laluan kepada siaran acara rasmi kerajaan, apabila ada ucapan pak menteri dan sebagainya. Ini biasa berlaku di siaran RTM, siaran perlawanan bola terpaksa ditunda dan ditayangkan lewat malam atau dibatalkan.


liga super malaysia


Dalam cita-cita FAM ingin swastakan Liga M, aku rasa isu seperti hak penyiaran juga perlu diambil berat. Sebab kita tahu jika liga professional di luar negara siaran televisyen juga dalah sala satu sumber pendapatan pasukan bertanding.

Bagi pihak yang mendapat hak penyiaran pula, janganlah abaikan kualiti. Kita tahu ini adalah siaran percuma, tetapi rakyat juga berhak mendapat siaran yang berkualiti.

Kepada RTM aku rasa boleh rombak semula saluran TVi supaya menjadi saluran sukan dan hiburan. Sekarang ini pun aku rasa saluran tersebut 'hidup segan mati tak mahu', jika di selitkan siaran perlawanan bola di saluran itu pasti akan menghidupkan rating di saluran TVi.

35 Komen untuk "Apabila Hak Siaran Bola Kembali Kepada Rakyat"

avatar

Hehe, aku akan duduk depan TV atau ambil tahu pasal bila Malaysia vs Indonesia saja. tak tau napa, sbb pesaing tradisi agaknya. hehe...

avatar

Betul..gambar siaran media prima memang teruk..ni sebab kenapa dah lama tak layan siaran media prima..tapi bila bola disiarkan di siaran diaorang terpaksa tengok dan rasa macam makin teruk kualiti gambarnya...

avatar

tak pandai nak komen kalaubab bola, hanya mereka yang arif sahaja yang lebih layak hehehe sebab MJ mmg tak layan bola cuma kenal pemain-pemain glamer je ehehee

avatar

Saya memang tak nengok bola sebab takut sakit jantung. Lagi satu asben bukan kaki bola jadi keadaan agak selamat di situ.. hehe..

avatar

Yeah, lepas ini tunggulah iklan berkoyan-koyan.

avatar

Harap2 hak siaran tu termasuk jugak pada unifi. Sebelum ni, walaupun ada TV1 n TV3 kat unifi tak boleh siar sebab takde hak siaran katanya. Tak pasal2 kena activate astro yg dah tak langgan tu.

avatar

syukurlsh kalau sudah bisa menikmati liga lagi jangan jadi lahan bisnis oleh TV swasta

avatar

patutlah kat astro arena x tayang dah bola ni. sebab ni rupanya. thanks bro.

avatar

satu pandangan yang cukup tajam dan berbisa juga bro..

avatar

Tolak tepi soal kualiti penyiaran RTM dan TV3, pada saya ia sememangnya perlu memandangkan ia adalah satu-satunya cara untuk rakyat Malaysia berkumpul untuk memeriahkan suasana bola sepak Malaysia yang kini senantiasa suram. Ke stadium pun, bukan semua orang mampu dan berkesempatan. Tambahan lagi dengan fenomena hooligan dalam bola sepak Malaysia, membuatkan peminat bola sepak yang sudah berkeluarga dan ada anak-anak kecil berfikir 5-6 kali untuk ke stadium.

avatar

Lor tak tahu pun isu nie sebab kat rumah jarang tengok bola.
Hehe.

avatar

Patutlah siaran bole hari tu ada kat TV1 je ye...before ni mesti suami dan abah tgk Astro....hmmm...saya pun setuju dengan kualiti penyiaran tu...memang memainkan peranan utama untuk menarik orang untuk stay sampai ke akhir perlawanan.

avatar

Tengok keputusan terus jak la lagi senang.. haha..

avatar

Mak aiii...ulasan peminat bola la ni..haha..saya tak tengok dan layan sangat bola..asalkan dapat layan nustan TV2 dan TV3 pun dah kira ok..hahahaha

avatar

<-- antara makhluk hensem yang tak pernah peduli bola tu kat mana sekali pon, tapi kalau internet kena block, dia mula la hangin... hahahaha

avatar

saya jenis tak tengok bola..tapi hari tu terkejut juga bila tgk ada live bola kat tv3 dan tv1. rupanya ini sebabnya. hehe.

avatar

Memang terasa lain juga apabila hak penyiaran ini bertukar tangan.
Tapi ambe tak kisah la apapun.
Yang penting perlawanan perlu best. Soal pengulas tu memang out of servis juga rasanya. Tapi apa boleh buat.
Ni permainan mereka-mereka yang berkepentingan.

avatar

maksudnya bro lebih suka Malaysia main peringkat antarabangsa berbanding acara tempatan..

avatar

Menarik pandangan ni.. Tahun ni belum dpt menikmati betul2 perlawanan bola lagi.. mungkin belum panas lagi ni...
Tapi itulah realiti siaran bola sepak di negara kita.. mcm2 isu terkait yg kadang kala susah nak diperjelaskan.. selagi boleh menonton, kita tonton je lah.. :D

avatar

Hahaha... memang ada betulnya ulasan Bro tuh... byk yg depa kena perbaiki...

http://supernifzvitamin.com/pancit-selepas-travel/

avatar

Mmg bagus sebenarnya...bukan semua rakyat mampu langgan siaran berbayar spt astro & unifi..klu x dpt pergi stadium blh tgk secara live dkt TV dirumah..tak perlu susah lepak dkt mamak..

avatar

Bagus2 juga.. liga perdana tak ada siaran langsung laaa.. di ank tiri kan..haha..

avatar

bukan saja bolasepak kena maju, tapi cara penyiaran termasuk mengulas, pengulas, mesti berkualiti sejajar dgn pembangunan bolasepak negara, nampak gayanya main tankap muat je lah...
Kualti gambar sgt mendukacitakan, macam zaman 70, 80, 90...OLD SCHOOL...
Sepatutnya bagi jugalah Astro hak. Rasanya tak adil juga kepada pelanggan2 Astro.


avatar

media prima dan rtm mungkin perlu wujudkan saluran khas untuk sukan

avatar

Bagi sahaja kepada semua badan penyiar... Barulah mereka berlumba2 memperbaiki dan mempertingkatkan kualiti persembahan untuk memikat penonton.

avatar

Bila astro arena diberi hak penyiaran dulu..macam2 preview sebelum & selepas game...mutu siaran juga amat memuaskan...walau berbayar tetapi berbaloi dengan apa yg dibayar...justeru itu apa rasionalnya ada 2 siaran percuma jika kualiti audio visual sangat teruk...apa alternatif kepada org yang sanggup bayar utk dapat siaran berkualiti....dan PERCAYAlah....mereka tak akan buat apa2 utk perbaiki kualiti walau berjuta orang komplen...alasannya, dah Free apa nak buat lebih2.....mmm...kalau begitu jawabnya Mundurlah Sukan Untuk Negara...

avatar

RTM selalu laungkan 'sukan terbaik hanya di RTM' tapi kualiti ulasan masih lagi gaya 70an. Lepas ni tak boleh lagi tengok Bola @ Mamak, rugi jugak

avatar

Baru tau isu sebenar tentang hak penyiaran bola ni.

avatar

Live Piala FA kat mane.......Hahahaha

avatar

Lepas ni di jamin game sebulan hanya 2kali

avatar

Layan jer...meriahkan lg bola sepak malaysia..itu yg penting

avatar

BODOH! LANGSUNG TAKDA LIVE. KAU SKALI BANGANG GI SUPPORT

avatar

Nantikan perlawanan ini di Kuala Lumpur (Facebook ID): EPL Masters Tour 2015 'Rise of the Legends Tour 2015.

avatar

Asalkan ada live kat mana2 channel TV pun ok... janji hubby I tak gi tengok bola kat kedai mamak.

Setiap kali balik kedai mamak mesti perot dia boroi.....

avatar

puas hati baca hak penyiaran sukan ,kalau boleh saya lebih suka jika tv percuma analong kita beralih ke fasa digital,saya malu tv percuma kita agak ketinggalan dengan thailand,vietnam,singapura.Kalau kita terus menggunakan antena analong amat menyusahkan kerana bukan saja digunakan utk siaran tv dan radio malah turut digunakan untuk operasi menyelamat,polis selain digunakan oleh operator telefon dan internet,malah tv digital adalah platform utk tv free-to-air memperbaiki mutu siaran,audio,visual selain menambah saluran seperti HD.tv digital caranya memang hampir sama ngan astro,unifi,satelit atau internet,jadi kita harap sejajar dengan negara maju,gov perlu cepat melaksanakan tv digital utk kesejahteraan tv percuma, mahu atau tidak, nak jadi penyiar tercanggih di dunia ini caranya tq

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.