blogger lelaki logo

Video Tipografi "Malaysia Best Blog 2015"

26 Komen
Al kisahnya semalam, aku yang di landa kebosanan tiba-tiba terfikir nak buat satu video tipografi. Sebab sudah lama aku teringin nak buat video ini, jadi aku ambil kesempatan buat satu video berkenaan contest "Malaysia Best blog 2015" yang sedang berlangsung sekarang.

Video Tipografi "Malaysia Best Blog 2015"


Idea sudah ada "umpama pucuk dicita, ulam mendatang". Ia cuma video ringkas, aku guna konsep kinectic tifografi. Video berkisar tentang senarai blog yang aku senarai di dalam entri contest sebelum ini. Dan aku tak buat storyboard pun, main belasah je.

Aku teruskan langkah untuk edit video ini. Hampir 90% aku gunakan PowerPoint untuk hasilkan video ini, dan diperingkat akhir barulah kau gunakan Windows Movies Maker, untuk tujuan masukkan lagu latar.

Tapi disebabkan aku cuma guna Power Point, jadi pergerakkan animation sedikit terbatas. Dan kita perlu kreatif untuk gunakan animasi terhad yang tersedia. Jika ada yang nak belajar boleh cuba tengok video di Youtube, taip sahaja 'Kinectic Typograhy' - ada banyak tutorial yang tersedia.

Video Tipografi "Malaysia Best Blog 2015"


Ini adalah video tipography pertama aku, dan ini juga adalah video pertama aku upload ke Youtube. Jadi jangan segan silu untuk subscribe channel aku di Youtube. Jika ada kesempatan mungkin aku akan buat lagi video yang lain.

Selain daripada ini percubaan pertama aku buat video untuk dipublish ke Youtube. Sebenarnya aku juga ingin mencuba teknik SEO untuk naikkan video di Google SERP. Jadi ini adalah TIGA ilmu baru yang aku dapat. Aku nak tengok sejauh mana, video Youtueb mampu bersaingan dengan entri daripada blog.

Berbalik kepada cerita video tadi. Apabila aku lihat semula video itu di Youtube, aku masih rasa kurang berpuas hati. Masih ada banyak yang perlu aku perbaikki. Aku juga sedang mencari software Adobe After Effect -  guna sofware ini lebih gempak buat kinectic tipografi.

Tapi tak mengapa ini baru video pertama aku, jika ada kelapangan lagi aku ingin buat lagi video tipografi. Cuma masalahnya idea belum ada. Jikalau korang ada idea menarik untuk dibuat video macma ini, boleh share dengan aku.

26 Komen untuk "Video Tipografi "Malaysia Best Blog 2015""

avatar

Nice... dengan tulisan bergerak2...

avatar

Biasalah kita tidak puas hati dengan hasil yang pertama. Lebih lagi yang belum biasa kita buat...

avatar

wahh lagu latar memang tak menahan..papepun syabas pada BL yang amik inisiatif buat video begini. buatla lagi..buatla lagi hehehe

avatar

menarik,lagu retro..
gud luck..=)

avatar

lagunya best..klasik bro!

avatar

woww menariknya... sambil nengok sambil goyang kaki!

avatar

Wah kreatifnya. Saya pernah buat video pakai applikasi kat youtube aje, kaku jadinya hehe.
Video memang akan trending untuk 2015. Tahniah BL dah bergerak ke hadapan

avatar

fuh.... maju setapak lagi ni,... tahniah

avatar

pendukung artikel contest mudah-mudahan posisi di google naik lagi

avatar

Tak dapat tonton sekarang ni, firewall menghalang.. Akan kembali nanti ye..:)

avatar

macam-macam cara dan kaedah sekarang kan..nak dengan taknak buat je sebenrnya..

avatar

kemah molek... pelbagaikan medium promosi...

avatar

menarik jugak..saya langsung tak reti nak buat video2 macam ni..kena belajar jugak nih..:)

avatar

Memang kreatif blogger Malaysia. Di samping penulisan, video pun boleh buat. Canggih!

avatar

Affter effect best kalau pandai pakai...,seingat saya,saya pernah download after effect secara percuma, lanun punya..tapi sampai sekarang boleh pakai..tapi size dia beratlah 1 GB,saya download ketika line celcom free tahun 2013,pukul 9 pagi download,pukul 10.00 malam baru habis...,saya guna untuk buat kesan khas yang ada tembak tembak tu,kalau nak tahu boleh check youtube saya, ishakhasimistudios

avatar

Ada yang kata klau ada video dalam entry boleh lonjakkan SEO lagi.. Tapi nak buat video tu bercinta juga..adoiyaa...

avatar

Wah! sangat menarik! Cubaan pertama yang boleh dipuji...maklumlah, saya langsung tak pandai...hu3
Satu strategi yang hebat nih! Mengaku kalah le ambe...

avatar

dasat gile siap buat video lagi..humang aihh

avatar

Tak masuk jugak kt sini. Aduh sentap ha gini.

avatar

Hi BL.., salam kenal.. ni first time saya datang blog ni. Nice video n very creative. Takpe permulaan memang macam tu. at least u dah start. tu yang penting. lama-lama terer la ni. feel dah ada dah tu..hehehee..

avatar

Aku memang malas nak buat video nie. tetapi akan cuba buat jugak sikit masa lagi. Kumpul bahan dulu.

avatar

Waaa bijak bijak ... bagus guna video ni ... boleh dapat trafik dari YouTube .. pastu buat duit dengan Adsense.

avatar

Cool bro... terutama muzik tu, terus aku trase nak google lagu la obe tu, tapi tak jumpa lak version yang cam ko ni... ko pkai version mana ni?

avatar

ok jumpe dah... kugiran D'tepi pantai e? hehehehe

avatar

walla...menarik aper...seperti kembali ke zaman lalu...
tahniah n all the best

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.