blogger lelaki logo

Tips Mendidik Anak Lelaki

19 Komen
Jom kita sembang-sembang sikit pasal cara atau tips mendidik anak lelaki. Sebagai ibubapa memang menjadi tanggungjawab kita untuk mendidik dan membentuk anak kita. Tambahan pula dunia zaman sekarang peranan ibubapa mendidik anak lebih mencabar.

Tips Mendidik Anak Lelaki


Jika tersilap langkah, padah menanti. Bak kata perpatah "melentur buluh biarlah dari rebungnya". Sejak dari kecil lagi kita perlu corakkan batik yang indah pada diri anak kita.

Jadi terpulang kepada kita untuk lakarkan corak yang macam mana pada anak kita, samaada yang penuh warna warni dengan corak motif awang larat, supaya sejuk mata memandang, agar sejuk perut ibu mengandung 9 bulan.

Tips Mendidik Anak Lelaki

Di dalam Islam sebenarnya, cara mendidik anak begitu indah dan bukan dengan menggunakan rotan semata-mata. Hukuman rotan itu hanya jalan terakhir, cara Islam ialah dengan unsur melatih, ajar dan nasihat serta penuh kasih sayang. Jadi sila gantung rotan anda di dinding terlebih dahulu.


1. Latih anak lelaki anda untuk menjadi imam solat berjemaah - sebagai permulaan anda perlu selalu solat berjemaah di rumah bersama ahli keluarga, sambil-sambil itu sentiasa berpesan kepada anak lelaki anda supaya dia perlu jadi imam solat berjemaah bersama adik beradik kelak.

2. Selalu bawa anak ke masjid, biar anak kita dekat dengan masjid. Biar dia tidak rasa kekok, malah rasa gembira untuk pergi ke masjid.

3. Ajar anak buat kerja lasak, banyakkan aktiviti luar dan jangan takut unutk berpanas dibawah matahari terik - Disekolah boleh galakkan dia untuk sertai aktiviti sukan, unit beruniform dan sebagainya. Dirumah pula, boleh ajak buat aktiviti bersuakn dihujung minggu, kalau aku semasa kecil selalu kena ikut ayah aku pergi kebun.

Tips Mendidik Anak Lelaki

4. Terapkan sifat kepimpinan di dalam diri anak lelaki. Biar mereka ada rasa tanggungjawab. Sebagai contoh kita boleh suruh anak lelaki kita tengok-tengokkan adik beradik di sekolah.

5. Sebagai ibubapa kita perlu letakkan kepercayaan kepada anak kita, biar mereka mencuba untuk hidup berdikari dan berani membuat keputusan yang tepat.

6. Ajar ilmu kemahiran hidup. Ini perlu sebab seorang lelaki perlu tahu buat kerja-kerja asas seperti membaiki paip, bertukang kayu, mesin rumput atau menebas semak. Jika anda juga mahir boleh diajar membaiki peralatan elektrik atau membaiki basikal / motorsikal.

7. Selalu ajak dan galakkan anak lelaki untuk ikut serta aktiviti gotong royong. Ini bagi mengajar dia erti hidup bermasyarakat.


 Jadi apa pula pendapat dan pandangan anda atau cara yang anda lakukan dalam mendidik anak, terutamanya anak lelaki, boleh kongsikan bersama didalam komen dibawah.

Dan anda juga boleh baca entri saya pasal Tips Mendidik Anak Perempuan.

19 Komen untuk "Tips Mendidik Anak Lelaki"

avatar

Tips yang sangat memerkasakan minda ada tips untuk anak perempuan ada tidak dua anakku perempuan semua

avatar

sembahyang berjamaah tu saya setuju . permulaannya mmg disitu . malangnya tak ramai bapa yg buat begitu ...

avatar

setuju dgn cetusan minda sembahyang berjemaah atau amalan kerohanian perlu dititk beratkan dalam mendidik anak2 semasa kecil hinggalah dewasa..

avatar

didikan awal sangat penting...melentur buluh biar dari rebung.....

avatar

didikan agama sangat penting...solat jemaah itu acik setuju sekali

avatar

solat jemaah..itu memang benar sekali..

avatar

Anak saya semuanya lelaki. Memang mencabar. :)

avatar

anak lelaki saya memang nakal sedikit, jadi wajar diajar dengan tegas.

avatar

Lelaki memang keras banyak..

avatar

Yang pertama tu..nak kena buat dengan ksabaran..anak saya..dulu memang ok jer bila ajak solat, mengaji..tapi sejak dia dah besar sikit ni, dah nampak kemalasannya..nak kena paksa, suruh acap kali...huhhh memang kalau tak sabar, naik tangan la jawabnya..

avatar

Sgt setuju dgn sembahyang jemaah tu. Anak lelaki ni patut kita jadikan kawan agar tiada perkara2 terselindung yg sukar mereka nak minta pendapat nanti..

avatar

menarik ini bro...terima kasih kerana berkongsi

avatar

Yang paling aku terapkan dalam diri mereka ialah sembahyang berjemaah dengan adik beradik yang lain.

avatar

Alhamdulillah seawal 5 tahun saya dah mula melatih anak bersolat. Tidak kira lelaki atau perempuan... Sekarang anak lelaki saya dah banyak juga menghafal bacaan di dalam solat walaupun umur baru 5 tahun... Selalu saya berpesan solat itu harus di utamakan... Semoga Allah memakbulkan doa saya untuk melihat anak lelaki menjadi hafiz... amin2...

avatar

terima kasih for info

avatar

good tips..alhamdulillah byk yg kami dah mula usahakan pada boys berdua tue.mudah2an berhasil...

avatar

Pendekatan mendidik anak lelaki sngt berbeza..kebiasaannya anak lelaki ni amat aktif...sebagai ibu bapa, kita mesti peka dengan suasana dan keadaan anak lelaki tu..

avatar

Tips yang berguna ni, ibu bapa kena ambil perhatian. Kena peka dengan perubahan anak-anak :-)

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.