blogger lelaki logo

Tips Buat Blogger Baru

40 Komen
Walaupun tajuknya aku tulis 'Tips Buat Blogger Baru'. Tapi sebenarnya aku tulis entri ini saja-saja nak berkongsikan cerita dan pendapat. Jikalau ia berguna mungkin boleh dijadikan teladan buat mereka yang baru nak mengenali dunia blogging.

Tips Buat Blogger Baru


Aku bukanlah pakar sangat dalam dunia blogging ini, masih newbie, kalau diibaratkan lada aku umpama lada yang masih hijau muda, kecil kemetot tue, kalau gigit pun belum rasa pedas lagi.

Sekarang ramai sudah blogger yang menjana duit melalui blog. Jadi rugi rasanya jika kita sudah ada blog tapi masih samar-samar apa yang perlu dilakukan dengan blog kita untuk maju kehadapan.

Jika mahu berjaya kita tak boleh berada ditakuk yang lama, mulakan langkah pertama untuk terus berjaya dan seterusnya mungkin anda bakal menjadi blog hebat setaraf dengan 'Malaysia Best Blog 2015'.

Tampil Dengan Idea Baru

Di Malaysia sahaja, sudah ada beribu blog, memang teruk juga nak bersaingan dengan blog yang sudah lama bertapak. Lebih-lebih lagi blogger lama memang sudah ada pengaruh mereka tersendiri.

Jadi sebagai blogger baru, anda perlu tampil dengan idea baru, idea yang segar dari ladang. Lagipun orang akan lebih suka jika kita hasilkan satu idea baru yang bernas.

Macam lada tadi la, pedas barulah ada 'kick!'.

Cari kelainan berbanding blog lain. Walaupun mungkin anda buat blog 'niche' yang sama, tapi cuba kreatif sikit, pecahkan kepala fikirkan apa kelainan yang ingin anda bawa.

Sebagai contoh anda mahu buat blog pasal sukan bolasepak, dan sudah ada banyak blog yang menulis pasal bolasepak. Anda perlu cari kekurangan yang ada blog persaingan, dan anda tawarkan apa yang tak ada pada blog persaing di dalam blog anda.

Jadi untuk anda bersaing, anda perlu maju kehadapan atau setara dengan blog yang sedia ada. Supaya blog anda boleh pergi jauh.

Tapi ingat pastikan anda cari idea baru yang bernas, jangan cari idea baru yang merosakkan.

Strategi Lautan Biru

Jarang aku dengar blogger guna ayat ini, Strategi Lautan Biru (Blue Ocean Strategy) dalam buat blog. Faham ke tak faham? Blue Ocean Strategy - sebuah buku yang ditulis oleh W. Chan Kim and Renée Mauborgne.

Strategi Lautan Biru ini dalam bahasa ringkasnya adalah mencipta pasaran baru yang tiada pesaing. Lawan kepada Lautan Biru adalah Lautan Merah, yang mana ianya lautan yang telah tepu, padat dan begitu banyak persaingan.

Dalm dunia blogging, lebih kurang juga dengan cari idea baru, tapi melalui strategi ini kita membuat kajian yang lebih mendalam terhadap idea kita.

Baiklah, aku berikan sedikit 'point' konsep Strategi Lautan Biru ini untuk blogging.
1. Cari satu idea yang belum diketahui ramai orang.
2. Cari peluang yang belum ada ramai pesaing.
3. Anda mencipta 'permintaan', bukan anda merebut permintaan.
4. Cuba menaik perhatian pembaca baru.
5. Melakukan inovasi terkini.

Nampak susah kan? abis tue siapa cakap nak berjaya itu senang. Tapi tak mustahil, jika kita ada usaha. Nak buat sesuatu yang gempak dan hebat, kita perlu ada idea yang terlampau hebat.

Tips Buat Blogger Baru

Buru Matlamat Capai Kejayaan

Aku ada satu teka-teki. Dalam hidup kita, apa yang kita pandang dan apa yang orang lain pandang? Cer teka, cer teka.

3...2....1...Masa dah tamat.

Jawapan aku ialah orang lain akan pandang pada kejayaan kita. Manakala kita pula memandang pada matlamat kita. Kalau setuju dengan jawapan aku sila anggukkan kepala.

Aku lihat perkara ini daripada kehidupan aku sendiri. Orang lain tidak tahu apa matlamat hidup kita, apa yang kita ingin capai dalam hidup kita. Tapi mereka akan pandang kita, dengan penilaian setakat mana kejayaan kita.

Jadi jangan dengar cakap orang lain, buru matlamat diri kita sendiri. Jika kita sudah berjaya capai matlamat kita, itu adalah satu kejayaan buat diri kita. Prinsip aku adalah kita tak perlu dengar penilaian orang lain tentang diri kita, jika dia tak kenal rapat atau tahu pasal diri kita.

Kepada blogger baru, sila tetapkan matlamat anda, apa yang ingin anda capai dengan blog anda. Nasihat aku, jangan letakkan matlamat yang terlalu tinggi, sehinggakan diluar kemampuan. Kita yang nak buat jadi kita tahulah sejauh mana kita boleh buat.

Cara aku letakkan matlamat pula, biarlah ia melebihi sedikit kemampuan aku sendiri, biar aku dapat belajar sesuatu yang baru.

Rumusan

Rasanya sudah agak panjang lebar aku membebel. Aku tulis dengan harapan orang yang membaca faham, kalau tak faham jangan segan nak bertanya kepada blogger otai. Ada ramai blogger yang hebat yang tak lokek ilmu.

Yang penting kita kena sentiasa belajar, dan tak mengharapkan ilmu datang dengan sendiri. Nak berjaya buat blog sebenarnya ada banyak aspek yang kita perlu belajar dan mahir, bukan sekadar menulis atau 'copy-paste' semata-mata.

40 Komen untuk "Tips Buat Blogger Baru"

avatar

aku tertarik dgn ayat 'cuba menarik pembaca baru ' - #deep

avatar

ye mak jemah angguk dah ni..setuju. kita mesti tau matlamat apa yg kita mahu. walau tidaklah kita nak canang matlamat kita tu tapi bila berjaya, itulah kejayaan paling berharga buat kita.

avatar

Teknik Blue Ocean Strategy saya biasa guna dalam pertandingan Inovasi.

Contoh Blue Ocean Strategy yang kita boleh lihat sekarang telah dilakukan oleh kerajaan, dengan tertubuhnya UTC dan RTC. Selain kerjasama antara jabatan, contohnya Polis, JPAM, dan Rela. :)

avatar

nak tampil dengan idea baru tu agak mencabar..nak lawan dengan laut merah.mungkin kena buat extra task dgn kaji blog2 sedia ada.

avatar

terbaik penulisannya ...setuju sangat terutama menarik pembaca baru... ^_^

avatar

Blue Ocean Strategy saya masuk laut dulu baru fikir pasal sampan. Haha. Apa-apa pun, perancangan tu memang penting. Main masuk je sembarangan, takut give-up dan tinggal kerja separuh jalan je nanti.

avatar

Aku juga blogger baru.. huhu..

Banyak benda yang perlu dititkberatkan.. terutama penulisan.. hehe

avatar

berfikir dengan cara yang lain, insyallah :D

avatar

Blue ocean strategy? sangat menarik...saya sekarang tgh mengatur BOS saya ni..
sila support blog saya yang masih mentah di http://mmama2754.blogspot.com/

avatar

Matlamat yang jelas kena ada.
Apa yang kita mahukan.
Insyallah itu yang akan mendorong kita kan.

avatar

jadi lain dari yang lain..ada kekuatan sendiri yg orang kenal dan percaya..bina brand diri sendiri dan reputasi diri..insyaAllah boleh maju

avatar

Saya mesti belajar banyak dan coba terapkan tips diatas karena masih blogger baru lagi

avatar

terima kasih atas nasihat berguna di atas... saya masih meletakkan diri sendiri sebagai blogger baru sebab baru mula semula berblogging... terima kasih banyak banyak

avatar

Untuk blogger baru macam saya. Banyak benda teknikal yang kena belajar dan masih belajar. Insyallah akan dipertingkatkan dari masa ke masa. Saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan :-)

avatar

saya juga blogger baru...menulis dalam niche yang khusus amat mencabar kerana kelompok pembaca berbeza-beza

avatar

Try and error dah sebati bagi setiap blogger. Ilmu IT semakin pesat, kadang tak terjangkau untuk mengikutinya.

avatar

jemput singgah :)

http://kanvasdakwat.blogspot.com/2015/01/malaysia-best-blog-2015.html

avatar

perkongsian menarik,.tq =)
salam perkenalan ...

avatar

terima kasih atas info yang berguna..

avatar

think out of the box!

avatar

Tips yang sangat baik untuk blogger baru seperti saya

avatar

cuba untuk berfikir di luar kotak ^_^

avatar

Usaha keras tanpa putus asa jika mahu menjadi seorang blogger yang berjaya..

avatar

terbaik bro.. yer kena lebih kreatif.. buat sesuatu yang lebih melawan arus..

avatar

blogger baru...termasuk sayalah tu. insyaAllah cuba diterapkan dalam blogging saya.... thumbs up..! :)

avatar

Alhamdulillah, aya pun pernah jadi blogger baru pada tahun 2008 dan serius blogger baru pada tahun 2010.. hihi.. Alhamdulillah, after 4 years, trafik blog dah lebih 1 JUTA Pelawat...

Bagi Aya, 2 tips yang aya nak kongsi:

1. Be yourself.. xpayah nak tiru2 orang lain.. contoh nak jadi macam fatin liyana..hehehe
2. Buat artikel yang boleh menyelesaikan masalah orang lain.

In sha Allah

avatar

Mencipta pasaran itu yang menjadi cabaran kan? Tapi apa yang mudah di dunia ini..

avatar

Tu dia! Bila pakar berhujah, semua blogger baru tunduk mengangguk! Hebat hujahan anda! Berkualiti artikel ni...
Semoga berjaya bro!

avatar

Ya bebelan di terima untuk kebaikan bersama :)

avatar

satu je.. kena rajin..
kalau malas. ke laut la blog nya tu kan..
contohnya macam blog DT..
iskh iskh

avatar

suka dengan tajuk entri nih. mohon sikap kemalasan fyna nih lari jauh-jauh.

avatar

bahan bacaan bukan sahaja sesuai untuk blogger baru.. blogger yang dah berkarat pun kena baca ni.. thanks bro

avatar

Terima Kasih Bro... sememangnnya tips-tips yang di berikan amat terbaek.. memang nak kena "telan" semua tips nih... tetambah tuk blogger baru cam ai nih...

http://supernifzvitamin.com/pancit-selepas-travel/

avatar

saya mula mula fikir juga macam mana nak cantumkan dan huraikan perkataan Baru, Biru dan Buru dalam satu entri. Bila baca entri ni baru saya faham. Bro memang kreatif.

avatar

Tips ringkas, santai tapi cukup padat.. Bukan senang sebenarnya nak jadi blogger hebat.. Saya pun masih lagi merangkak mencari idea2 baru juga dalam berblogging..

avatar

Menarik blogger baru tu yang perlukan idea baru dan strategi baru agar mereka akan terus mengunjungi blog kita. Menarik artikel bro padat dengan isinya, baru, biru dan buru.

avatar

Wah....terima ksih...saya newbie..jika salh tlg tunjuk..kn...sya gunakn blog tuan sbgi inspirasi....www.keladionline.com

avatar

Wah....terima ksih...saya newbie..jika salh tlg tunjuk..kn...sya gunakn blog tuan sbgi inspirasi....www.keladionline.com

avatar

Salam singgah. Saya pun blogger baru juga. Hampir setahun dalam dunia blogging ni...hehe...

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.