blogger lelaki logo

Perihal Orang Melayu Dimata Penjajah

22 Komen
Apabila orang putih datang menjajah kita. Mereka bukannya memerintah kita secara sembrono. Mereka ada buat kajian tentang perihal orang Melayu pada zaman itu.

Perihal Orang Melayu Dimata Penjajah

Antara buku yang menceritakan pasal orang Melayu adalah buku "Malay Sketches" hasil karangan Frank Swettenham. Buku ini ditulis pada tahun 1895, berdasarkan pengalaman Frank Swettenham sendiri yang telah tinggal di Tanah Melayu selama 24 tahun.

Siapa Swettenhem ini?

Swettenham adalah Residen-Jeneral untuk Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Beliau telah datang ke Tanah Melayu sejak 1871. Beliau fasih berbahasa Melayu, malah beliau juga telah berjaya menghasilkan kamus "Vocabulary of the English and Malay language".

Bab pertama buku ini Swettenham memberi tajuk "The Real Malay". Menurut beliau untuk memahami orang Melayu ada beberapa perkara yang perlu orang asing itu lakukan, iaitu:
  1. Tinggal di Tanah Melayu
  2. Bertutur Bahasa Melayu
  3. Belajar menghormati adat dan budaya bangsa Melayu
  4. Minat apa yang diminati oleh orang Melayu
  5. Tahu gurau senda atau seloroh orang Melayu
  6. Sentiasa peka dan sedia menghulurkan bantuan ketika mereka susah.

Bagi Swettenham, jika beberapa perkara ini berjaya dilakukan, maka orang asing itu akan mendapat kepercayaan serta memenangi hati orang Melayu.

Keperibadian Orang Melayu

Perihal Orang Melayu Dimata Penjajah

Antara yang menarik si Swettenham mengupas tentang orang melayu ialah tentang keperibadian orang Melayu.
  1. Orang Melayu sikapnya penuh bersopan-santun, beradab dan peramah.
  2. Orang Melayu tak mudah untuk percaya kepada orang asing. Walaupun begitu, orang Melayu suka berlapik, walau ada rasa sangsi tetapi disembunyikan disebalik keramahan.
  3. Orang Melayu bijak bermain dengan kata-kata, susun ayat cantik dan berkias. Juga suka berseloroh dan berjenaka.
  4. Orang Melayu cepat belajar, 'hati terang' menerima pelajaran. Malah Swettenham berani mengatakan, jika orang Melayu berusaha dengan penuh keazaman, orang Melayu mampu hasilkan sesuatu yang hebat, lebih daripada apa yang mereka pelajari.
  5. Namum, pantang orang Melayu jika diri mereka di fitnah. Malah orang Melayu akan melawan sehingga ke titisan darah yang terakhir bagi menentang fitnah terhadap dirinya.
  6. Orang Melayu taat kepada raja dan pemimpin yang mereka kagumi.
  7. Orang Melayu juga taat beragama, sehingga mubaligh kristian berputus asa dalam meyebarkan ajaran kristian di Tanah Melayu.

Sifat Buruk orang melayu

Ada yang positif pasti ada pula yang negatifnya, mari kita lihat apa pula pandangan orang putih ini tentang sifat buruk orang Melayu. Swettenham juga ada menulis perihal tabiat dan sifat buruk orang Melayu pada masa itu.

  1. Orang Melayu suka meminjam wang, tetapi liat untuk membayar balik
  2. Orang melayu suka mengambil tahu hal ehwal jiran tetangga dan mengumpat.
  3. Suka mempercayai hal yang karut marut
  4. Orang melayu suka berjudi, bersabung ayam dan perkara yang seumpamanya
  5. Tidak mudah menerima sebarang perubahan
  6. Orang melayu adakalanya malas, malah perkara yang rutin juga dilalaikan.
  7. Orang melayu tidak menghargai masa
  8. Rumah Orang melayu pada zaman itu dilihat tidak kemas, malah kotor
  9. Orang melayu zaman itu suka berdendam, dan jika dendam itu tidak dapat dibalas pada orang yang sepatutnya, sesiapa sahaja yang kebetulan berada berhampiran akan menjadi mangsa, tidak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda.
  10. Orang melayu suka mengamok
  11. Walaupun orang melayu suka berbudi, mereka sebenarnya mengharapkan balasan.
  12. Orang melayu suka berpuak-puak
  13. Orang melayu amat menitik beratkan soal darjat serta keturunan, terutama dalam soal
  14. perkahwinan.


Orang selalu cakap jika kita hendak kenal diri kita, kita kena dengar pendapat daripada orang lain. Jadi aku rasa buku ini antara yang perlu kita baca untuk kenal bangsa kita sendiri, walaupun ianya ditulis oleh si bangsa penjajah.

Jangan cepat melatah, baca dan hadam. Ambil yang jernih buang yang keroh. kalau rasa rajin nak baca buku ini, boleh pergi ke laman Archive.org dan cari "Malay Sketches".

Sumber

22 Komen untuk "Perihal Orang Melayu Dimata Penjajah"

avatar

Assalammualaikum... BL,

Perihal yang jarang2 dibincangkan di mana2 blog..

mselim3

pls: pertama kali baca pasal nie...

avatar

Orang Melayu ni bagus sebenarnya.. Punye adat dan sopan.. Lagi2 kalau orang Melayu yang benar2 mengamalkan kehidupan Islam yang sebenar, lagi bertambah sangat bagus..^_^

avatar

Teringat kata2 ustaz...orientalis meresap masuk ke Tanah Melayu dan mulakan misi menjajah fizikal dan minda....kesannya hingga kini..

nice entri bro!

avatar

macam best buku ni...melayu tidak hargai masa..bab ni boleh lihat dengan ujudnya "janji melayu" ehhehee

avatar

biasalah tu.

orang kita.

avatar

Melayu dari perspektif penjajah :D

avatar

Hehe..seronok membaca artikel ni..kadang-kadang terasa macam kena batang hidung sendiri..haha

avatar

betul bro... sampai sekarang pon, perangai tu masih banyak lagi yang kekal... terutama nombor 7

avatar

hm.. kajian yang memang kekal sampai sekarang ni...

avatar

Yang baik kita kekalkan dan mana yang buruk kita perbaiki serta tinggalkan.
Benar...kalau kita nak tahu keburukan kita, kita perlu dapatkannya dari musuh...

avatar

Kalau baca buku The Myth of Lazy Natives karya Syed Hussein Al Attas, ada beberapa perkara yang tidak dipersetujui tentang pandangan Swettenham ni. Maklum aje la, orang Melayu ni dulu agak rebel sikit dengan penjajah British.

avatar

Kajian ini menjadi peringatan buat kita semua. Ambil yg baik dan buang jauh2 sikap yg buruk tu. Mudah2an bangsa kita terus me'layu'... aamiin..

avatar

Pertama kali baca blog yg bincang tentang perkara ni..thumbs up to u..

avatar

Tak sukanya dengan sikap BURUK orang Melayu ni, tapi realitinya memang itu kan!

avatar

walaupun saya bukan Melayu..memang terasa sedih juga dengan nilai-nilai negatif yang ada pada mereka masa itu..

avatar

Tapi sikap melayu dulu dan melayu sekarang tak sama.

avatar

Sekarang ramai orang melayu yang tak mahu menjadi melayu. Kolot katanya.

avatar

Orang melayu nie banyak sangat keistimewaan.
Tapi kadang-kadang sikap yang pemalu tak bertempat la apa la membuat kan kita tertinggal.

avatar

risau kala melayu itu mudah lupa ..sungguh sukar nak dapat kemerdekaan kembali

avatar

Hmm sifat buruk tu kadangkala betul tapi bangsa lain pun banyak juga macam tu. Tapi Alhamdulillah orang Melayu digabung dengan agama Islam memang terbaik!

avatar

Takkan melayu hilang di dunia.

Hehehe

avatar

Salam satu Melayu dari Kepulauan Riau... saya juga ada buat tulisan berkenaan dengan hal ini... sila layari http://keprikita.blogspot.co.id/2016/03/benarkan-melayu-itu-pemalas.html

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.