blogger lelaki logo

Jepun Sebagai Destinasi Pelancongan Utama

37 Komen
Jika ada yang bertanyakan aku lokasi percutian yang teringin sangat aku pergi. Aku pasti akan memilih Jepun sebagai destinasi pelancongan utama untuk aku.

Pakej pelancongan ke Jepun
kredit gambar : http://pathwayenglish.wikidot.com/suzuka0614
Kenapa mesti Jepun? Bagi aku, seorang lelaki yang membesar dengan anime dari jepun. Sedikit sebanyak pengaruh Jepun tertanam dalam jiwa aku. Masakan semasa aku kecil, aku teringin sangat pergi ke Jepun dan berjumpa dengan Ultraman dan menentang raksasa.

Negara yang terkenal dengan jolokan "Negara Matahari Terbit",  negara yang bangkit selepas perang dan kini menjadi salah sebuah negara pengeluar teknologi terkemuka dunia. Sebenarnya aku teringin juga nak merasa naik keretapi yang laju tue.

Disamping itu rakyatnya yang sentiasa bersemangat dan mempunyai budaya yang unik, bersopan santun. Layanan mereka kepada pelanggan mereka lain macam sikit cara dia.

Inilah salah satu sebab mengapa aku teringin melawat negara Jepun, lagipun seringkali aku menatap gambar panorama mukabumi Jepun yang menarik, salah satunya adalah keindahan bunga sakura yang memukau. Memang sesuai kalau nak bawa isteri berbulan madu sekali lagi sekat sini.

Pakej pelancongan ke Jepun

Baiklah, jika ada yang berminat nak bercuti di Jepun pada tahun ini. Aku ada info mernarik yang ingin dikongsikan kepada semua.

Ada 2 pakej pelancongan ke Jepun dengan bajet murah. Boleh melancong dan berjimat beb. Berikut adalah antara pakej yang di tawarkan oleh JBT.

Japan Budget Trip 2015 (Snow & Sakura)

Pakej pelancongan ke Jepun

Kepada mereka yang nak merasa main salji boleh pilih pakej ini. Bolehlah main baling-baling bebola salji kan.

Apa yang menarik dalam trip pakej pelancongan ini?

  • Trip ini akan bermula pada 27 March sehingga 1 April 2015.
  • Anda akan dibawa melawat ke Tokyo Disneyland - boleh jumpa Mickey Mouse.
  • Selepas itu trip ini akan bawa anda ke Gala Yuzawa -  tempat main ski nie, ada bran nak meluncur di atas ais??
  • Dan trip terakhir anda akan dibawa untuk shopping sakan di Karuizawa Shopping Plaza.

Jika anda berminat dengan trip ini, boleh klik [DISINI] untuk maklumat lanjut.

Japan Budget Trip - JBT : Jom ke Kansai 2015 (Osaka / Kyoto / Himeji)

Pakej pelancongan ke Jepun

Dalam trip pakej pelancongan ke Jepun ini, anda akan dibawa untu merasai dan mengenali negara Jepun dengan lebih dekat.

Apa yang menarik dalam trip pakej pelancongan ini?

  • Anda akan dibawa melawat sekitar bandaraya Osaka. Antara tempat menarik adalah Shinsaibashi - pusat perniagaan, Kaiyukan dan Temponzan - ada Ferris Wheel yang besar.
  • Anda juga akan dibawa menikmati pemandangan malam yang di indah di Umeda Sky Building -ada Floating Garden. Trip ini juga akan bawa anda ke Osaka Castle.
  • Selepas itu anda akan dibawa ke kota kebudayaan dan kesenian Jepun, iaitu Kyoto. Disini anda boleh melawat Higashiyama - menikmati suasana bangunan-bangunan lama Jepun.
  • Antara yang menarik juga di Kyoto adalah Arashiyama - yang menarik adalah Bamboo Groove.
  • Seterusnya, trip ini akan bawa anda ke sebuah istana yang tak pernah musnah atau runtuh iaitu Himeji Castle.
  • Dan antara lokasi yang paling menarik adalah Masjid Kobe, salah sebuah masjid yang berdiri dan tidak musnah secara total semasa bom Atom digugurkan.
Jika anda berminat dengan trip ini, boleh klik [DISINI] untuk maklumat lanjut.


Penaja Utama : Japan Budget Trip
Penaja Bulanan/Saguhati :
Hadiah Utama : 1 Package ke Jepun bersama JBT
Hadiah Bulanan :
Tempat pertama : Hadiah saguhati bernilai RM200
Tempat kedua : Hadiah saguhati bernilai RM150
Tempat ketiga : Hadiah saguhati bernilai RM100
Tempat keempat : Hadiah saguhati bernilai RM50
Tempat kelima : Hadiah saguhati bernilai RM30

37 Komen untuk "Jepun Sebagai Destinasi Pelancongan Utama"

avatar

Jepun mmg sangat menarik.. antara destinasi yg sgt2 ingin di tuju, melancong bersama keluarga.. :)

avatar

tngk gambar2 pun da rse tertarik nk ke sana..mudah2an dimudahkan BL ke jepun nanti ;)

avatar

Sejuknya Jepun. Best kalau dapat pergi jalan-jalan dekat negara matahari terbit bersama keluarga.

avatar

tempat idaman mak jemah jugak dari dulu tapi tak berkesempatan lagi ke sana..

avatar

dah lama teringin ke Jepun..tapi masih belum kesampaian...

avatar

jepun memang best..dari dulu lagi memamg biasa tengok banyak gambar2 dijepun yang cantik2..lagipun sekarang ni jepun dah mula menitik beratkan soal halal tentang setiap maknanan mereka..

avatar

Jepun antara negara yang hebat..rakyat yang kuat bekerja dan bersemangat tinggi

avatar

aku tgk gambar pun aku dah suka jepun

avatar

Tengok Sakura berguguran tu mesti best. Semoga dimurahkan rezeki BL ke sana ...

avatar

Tidak dinafikan..Jepun adalah salah satu destinasi pelancongan yang menjadi idaman untuk dikunjungi. Tempat cantik, budaya menarik. Gabungan kemodenan, tradisi dan alam yang sungguh menawan.
Semoga berjaya mencapai cita2 anda melalui contest ini...

avatar

Saya pun memang minat sangat nak ke Jepun ni

avatar

Saya membesar dengan doraemon memang suka tengok tempat kat jepun nie.
Hehe.
Tapi memang sangat cantik.

avatar

dulu pernah sempat berangan nak belajar kat jepun..

avatar

Saya suka bunga sakura... ala-ala romantik gitu....

avatar

Waa..seronoknya dapat melancong ke Jepun kan..

avatar

Seronok juga kalau dapat ke Jepun. Saya berminat tengok cara kerja mereka terutamanya..iaitu yg melibatkan rutin harian mereka.

Goodluck untuk contest ini. Moga impian tercapai... :)

avatar

antara tempat dalam list nak pergi kalau ada rezeki nanti

avatar

Menarik pelancongan ke Jepun ni. Banyak yang kita boleh pelajari dari adat dan disiplin hidup masyarakat mereka.

avatar

Tempat idaman aku jugak kuca... teringin sangat nak jumpa Doraemon and the geng... nak mintak Doraemon mesin masa.... lalalala

avatar

Goodluck bro... jom ke Jepun...

avatar

Teringin sgt nak pi Jepun. Sebuah negara yang unik. Lagipun awek Jepun comel-comel. Ahakz!

avatar

Terima kasih kerana meyertai... :)

avatar

memang teringin nak pi jepun satu hari nanti.

avatar

Dalam wishlist.. inshaaAllah soon..

avatar

Join la giveaway tu, mana tahu rezeki ke Jepun nanti :)

avatar

orang kata disneyland jepun paling best betul ke?

avatar

Jepun memang best...teringin nak pergi Jepun. Tun Mahathir buat Dasar Pandang Ke Timur Dulu sebab dia pernah melawat negara Jepun.

cara buang angin dalam badan

avatar

tengok nie jadi teringin nak ke sana lagi…hehe

avatar

Boleh dpt pakej free kalau menang contest :)

avatar

Terbaik lah BL..Jom ke jepun..BL Semoga dapat ke jepun dan buat review nanti ya..Good Luck BL IM SUPPORT U..

avatar

Salam, kami adalah pelajar Malaysia yang menetap di Jepun. Kami menawarkan perkhidmatan Tour Guide, Penginapan Guest House dan juga Pakej Budget dengan harga yg murah. Misi kami adalah untuk membantu rakyat Malaysia melancong ke Jepun sambil dapat mempelajari budaya masyarakat Jepun.

Sila hubungi melalui :
Website : http://www.melancongkejepun.com/
Facebook : Melancong Ke Jepun
Phone : +818088695448 (Adib, Tokyo)
Email : [email protected]

avatar

Taknak la pergi jepun dah dekat 3 kali rasanya pergi sana. Korea pun saya dh pergi. Mekah pun alhamdulillah dh pergi. Saya pergi mekah buat umrah satu family dlm 8 org tahun lepas

avatar

Memang teringin nak ke Jepun. Dengar kata orang di sana pergi bekerja sambil berlari...

avatar

klu tak mau pi jepun x pe ramai lagi yg org nak le.lol

avatar

murahnya, nakgi gak la macam ni, pakej rm1990 tu termasuk apa tuan?

avatar

nak pergi juga ..teringin nak tengok bunga sakura

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.