blogger lelaki logo

Erti Kasih Sayang Dengan Rotan

33 Komen
Aku pernah tulis pasal hukuman rotan untuk mendidik anak-anak dalam entri sebelum ini. Samaada ia masih relevan atau tidak, masing-masing ada jawapan sendiri.

Inilah salah satu hukuman kuno dalam masyarakat kita.

Bagi aku yang membesar didalam hukuman rotan dipraktikkan oleh ayah aku. Ketika zaman itu nasi lemak disekolah rendah masih 30 sen sepinggan.

Bukan sahaja ayah aku yang ada rotan, malah cikgu aku dekat sekolah ada rotan, tok guru mengaji aku pun ada rotan.

Jadi aku membesar dengan rotan. Tapi jangan silap bukanlah aku membesar tanpa kasih sayang. Ia adalah hukuman jika aku buat salah, erti kasih sayang yang diluahkan dengan rotan.

Erti Kasih Sayang Dengan Rotan

Pernah aku dirotan sebab pergi mandi sungai dan lupa nak pergi mengaji. Aku kantoi dengan ayah aku, balasannya aku kena rotan 3 das.

Itu sebagai peringatan bahawa tindakan aku adalah salah. Aku dah langgar peraturan yang ayah aku tetapkan. Ia mengajar aku makna tanggungjawab, berani buat berani tanggung.

Aku dirotan didepan adik aku, mereka tengok sambil nak menangis. Tapi itu juga sebagai peringatan buat mereka. Jika mereka degil macam aku, ponteng kelas mengaji, mereka juga akan dirotan macam aku.

Jadi hukuman merotan bagi aku masih efisien dalam mendidik anak. Walaupun ia nampak ganas, tapi jika ia digunakan untuk mendidik dan memberi pengajaran aku tidak mahu hukuman merotan disekat.

Tapi ayah aku tidaklah selalu gunakan rotan apabila menghukum aku. Ada masanya ayah berikan nasihat dan teguran serta marah-marah manja. Jikalau aku sudah terlampau degil barulah hukuman rotan dijalankan.

33 Komen untuk "Erti Kasih Sayang Dengan Rotan"

avatar

Aku kena rotan dengan arwah opah aku... dari kecik kot... walaupun aku sakit, tapi takde tolak ansur... tapi bukan rotan saja2... kalau aku buat something yang buat dia naik angin laa kan... cuma aku terfikir generasi akan datang yang dimanjakan..

avatar

pernah kena rotan hanya kat sekolah sahaja...

avatar

Saya dulu pernah kena rotan dengan getah paip dengan mak. Berbirat woo.. Tapi dengan rotan itu lah saya jadi manusia sekarang dan bukan raksasa..

avatar

Aku dukupun pernah kena rotan atau disebat baik ayah aku atau cikgu disekolah..Barulah sekarang jadi orang yang berguna.. Babi pernah bersabda perintahlah anakmu bersolat sediri umur 7 tahun. Jika 10 tahun mereka tidak bersolat rotanilah mereka...

avatar

Aku dulupun pernah kena rotan atau disebat ayah aku atau cikgu disekolah..Barulah sekarang jadi orang yang berguna.. Nabi pernah bersabda perintahlah anakmu bersolat sedari umur 7 tahun. Jika 10 tahun mereka tidak bersolat rotanilah mereka...

avatar

Sedih teringat zaman dulu-dulu. Rotan mendisiplinkan anak-anak asalkan bukan mendera. Tapi sekarang ni ramai yang menyalahgunakan rotan. Hmmm...

avatar

ada pengajaran di sebalik rotan

avatar

rotan tu utk mendidik tak salah..tapi kalau rotan utk mendera itu salah, cth merotan sampai hancur kulit punggung itu mak jeamh tak setuju..

avatar

Kita dulu dibesarkan dengan 'tough love'. Untuk jangka masa panjang, ianya berguna dalam memberikan kita garis pemisah antara baik dan buruk. Malah, ia juga mengajar kita erti disiplin.

avatar

sekarang ada undang-undang perlindungan anak di negeri kami tak berani pukul rotan atau apapun

avatar

dulu bila nmpk je rotan da rasa takut, ayah mmg x pernah rotan kami..standby je rotan kt rumah

avatar

Saya membesar dengan tengok abang2 dan adik dirotan.
So memang dah takut dah pun.

Dan sekarang memang guna rotan sekali sekala kalau anak-anak tak dengar cakap.
Tapi ikut keadaan dan tempat nak dirotan.

avatar

entri yang baik... nilaian bahawa merotan anak adalah jenayah sama sekali tak boleh diterima oleh rakyat Malaysia seluruhnya khususnya muslim melayu.... seandainya cadangan datang dari seorang yg tak pernah sekalipun dirotan maka ianya tak seharusnya diluluskan... pendapat majoriti harus diutamakan dalam hal ni

avatar

betul.. saya setuju. kalau langsung tak ditegur kang takut jadi macam kes sazali pula.

avatar

rotan untuk mengajar dan menegur ttg kesilapan yang telah dilakukan adalah baik....takkan nak dibiarkan jer...lain pulak jadinya nnt bila dah besar....

avatar

merotan satu tindakan penting untuk mengajar..cakap pakai mulut kadang-kadang tidak berkesan!

avatar

pernah jugak kena rotan oleh guru disiplin sebab tak solat jumaat huhu

avatar

Rotan itu baik untuk mengajar tetapi tidak sehingga mencederakan anak dan rasanya kita lahir dalam zaman kena rotan itu normal sebab nakal dan kita tidak cedera pun samaada dari segi fizikal mahupun emosi.

avatar

setakat ni belum pernah guna rotan untuk ajar anak. lagipun mereka masih kecil, kalau pun nak dirotan bila umur 10 tahun taknak solat. itupun bukan kata kena rotan sampai berdarah, cukup untuk peringatan. biasanya kalau anak-anak dah diajar solat lebih awal, mungkin masa 10 tahunitu tidak perlukan rotan pun, kerana ia sudah pun sebati dalam jiwanya. islam itu indah dan mudah..

avatar

Rotan dan amalan memukul anak dipisah tiada..

avatar

Ibu bapa dan guru sebenarnya perlu di ajar mendidik anak dgn cara yg betul sekarang ni. Ikut cara orang dulu2 barulah anak2 boleh jadi 'orang'

avatar

Saya kecik-kecik dulu tak ada kena rotan. Didikan ke arah yang betul itu perlu, seperti merotan ini pun perlu tapi dalam konteks yang wajar, sebatas untuk memberi peringatan kepada anak agar mwreka disiplin dan bertanggung jawab atas tindakan mereka. Jangan rotan sampai menyakiti anak.

avatar

Saya kecik-kecik dulu tak ada kena rotan. Didikan ke arah yang betul itu perlu, seperti merotan ini pun perlu tapi dalam konteks yang wajar, sebatas untuk memberi peringatan kepada anak agar mwreka disiplin dan bertanggung jawab atas tindakan mereka. Jangan rotan sampai menyakiti anak.

avatar

saya anak tangan-tangankan.

avatar

kasih sayang bukan diukur dengan rotan, sekadar rotan manja orang kata takpela jangan sampai merotan untuk melepaskan kemarahan..

avatar

teringat aku kat gri mengaji dulu2, biasa dia cucuk2 perut dgn rotan.

avatar

Sayang kan anak dirotan - rotankan ehh hehehe

avatar

Rotan tak biasa. Tapi yang selalu hinggap getah air, hanger, cubit, penampo pun pernah. Itulah yang menjadikan saya orang sekarang, bukan gorila. Cuma, tulah macam mana Nabi kata didiklah anak sesuai dengan zamannya

avatar

klau tak rotan tak kan nak lempang..kan?/lagi la bahaya..

avatar

Dalam islam pun nk rotan ada adab2 nya macam tidak berbekas dan mencederakan. tapi sekarang ramai orang ikut perasaan.

avatar

Dulu2 selalu je kena rotan. Rileks je. Sekarang ni terlalu manja. Lehaiiii

avatar

As a teacher kindergarten , hmm no comment . Hahah :) Btw BW sini . Hee

avatar

didikan menggunakan rotan memang berkesan juga tu..

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.