Anak, Gajet dan Smartphone

Anak, Gajet dan Smartphone

Patutkah kita wujudkan rasa fobia atau takut terhadap teknologi yang terus berkembang pesat, seperti gajet dan smartphone serta internet. Adakah sikap ini bermakna kita melawan arus kemodenan dunia.

Seperti dalam artikel "manusia terperangkap dalam dunia siber", kerisauan sebenar kita adalah terhadap bahana yang dibawa oleh dunia maya tanpa sempadan ini.

Anak, Gajet dan Smartphone

Kita sendiri sedar adanya unsur-unsur negatif dalam kemajuan ini, tetapi apakah penawar yang terbaik agar anak kita tidak hanyut dalam arus kuat ini, atau menjadi mangsa ketagihan teknologi.

Aku sebenarnya risaukan anak-anak kita, generasi baru yang lahir, celik mata sahaja sudah tercipta beraneka gajet. Benda ini ada virus 'lalai'.

Zaman Yang Berbeza

Zaman aku dahulu kalau ada televisyen pun besar gedebak, itu pun aku kena pergi tumpang rumah jiran kalau nak tengok kartun. Zaman aku dulu, tak ada siaran kartun 24 jam, waktu siaran kartun cuma waktu pagi dan waktu petang sahaja.

Tapi aku pada masa itu selalu kena 'sound' oleh emak aku supaya jangan leka sangat tengok kartun. Sebab apa? sebab emak aku tak mahu aku lalai asyik tengok kartun dan lupa buat kerja sekolah atau pergi mengaji.

Pada pandangan aku, zaman ini, kerisauan kita sebagai ibubapa adalah terhadap 'GAJET' atau khususnya smartphone. Ya, betul kita berada di zaman moden, dan teknologi dicipta untuk memudahkan urusan manusia.

Kita tidak boleh sekat 100% semua teknologi dan kemajuan, apa yang perlu kita buat adalah kawal dan didik anak kita untuk guna smartphone atau gajet serta internet.

Tips Mendidik Anak Guna Smartphone.

Mungkin tips dibawah ini sedikit membantu, agar menjadi panduan kepada para ibubapa mengawal anak-anak di dalam dunia serba canggih kini.

1. Kurangkan bermain smartphone di depan anak-anak.

Bak kata orang, anak mudah mengikut apa yang ibubapa buat. Apa yang kita buat seharian bersama anak-anak akan membentuk anak kita nanti, itu acuan kita.

Jika setiap masa anak melihat kita asyik mengenggam smartphone, apa yang anak kita fikir?

Ibubapa menjadi contoh kepada anak-anak. Jadi kurangkan menggunakan smartphone atau gajet didepan anak kita, Guna apabila perlu sahaja, bukan tak boleh guna langsung...hehehe

p/s: Kalau nak main COC gi main dalam toilet..hehehehe

2. Tetapkan syarat kepada anak-anak jika mahu guna smartphone atau gajet.

Kita boleh juga anak-anak iktu syarat kita jika mahu gunakan juga gajet atau smartphone, seperti :
  • Buat jadual, seperti boleh main gajet cuma selama 2 jam sahaja sehari - lebih kurang macam emak kita tetapkan waktu tengok televisyen masa budak-budak dulu. 
  • Selagi tak siap kerja sekolah tak boleh main gajet. 
  • Tak boleh main gajet atau smartphone semasa di meja makan 
  • Dilarang main smartphone ketika semua ahli keluarga berkumpul. 
p/s: jika gagal ikut syarat dan undang-undang ini, kenakn denda tak boleh main smartphone untuk beberapa ketika yang ikut pertimbangan ibubapa.

3. Tetapkan aplikasi yang anak kita boleh guna.

Yang ini sangat penting untuk mengawal anak kita menggunakan smartphone. Kita kenal pasti aplikasi yang tidak elok untuk anak kita guna. Jika aplikasi itu selalu melekakan anak kita, mungkin kita boleh 'lock' aplikasi itu agar anak kita sukar untuk guna aplikasi tersebut.

Jika untuk browse pula kita kena buat filter agar anak kita tidak terdedah kepada perkara-perkara negatif.

p/s: aku akan cari lebih info pasal filter dan unutk lock aplikasi ini, mungkin aku akan kongsi di entri yang lain.


Rumusannya, teknologi dicipta untuk memudahkan manusia, kerana setiap benda yang itu ada positif dan negatif. Kita sebagai manusia sentiasa diberikan pilihan, jadi jika salah cara penggunaan kita, maka sesuatu perkara itu akan jadi merosakkan.

Share this:

Disqus Comments