blogger lelaki logo

Wajah Baru Perodua Myvi Facelift 2015?

23 Komen
Adakah Perodua akan mengeluarkan wajah baru Perodua Myvi facelift pada tahun 2015 nanti? Jika betul apakah ciri-ciri baru yang akan Perodua tambah.

Myvi adalah model kereta nasional yang paling laris di Malaysia ini, boleh dikatakan model ini juga menguasai jalanraya Malaysia. Jom kita lihat gambaran wajah baru Myvi yang dijangka pada tahun depan.

Gambar Wajah Baru Perodua Myvi Facelift 2015

Wajah Baru Perodua Myvi Facelift 2015

Setakat ini hanya gambar bahagian depan sahaja yang telah bocor di internet. Jika diperhatikan gaya rekabentuk lampu depan seakan reka bentuk lampu Perodua Axia. Manakala reka bentuk hexagon pada bahagian grill itu nampak agak garang.

Cuma aku harap Myvi dinaiktaraf, bukan sekadar ubah facelift terbaru tetapi 'fungsi' masih sama dengan model lama.

Update : Gambar Wajah Baru Perodua Myvi Facelift 2015

Wajah Baru Perodua Myvi Facelift 2015

Wajah Baru Perodua Myvi Facelift 2015

Wajah Baru Perodua Myvi Facelift 2015

Wajah Baru Perodua Myvi Facelift 2015


Pada pendapat aku antara yang perlu ditingkatkan adalah ciri-ciri keselamatan, fungsi GPS yang ada pada Myvi Extreme juga aku rasa perlu di tukar kepada sistem yang lebih mesra pengguna, serta senang untuk di kemaskini maps yang terbaru.

Atau mungkin keluasan bonet Myvi boleh ditambah sedikit lagi. Dari segi keupayaan enjin pula, bagi tak ada masalah sangat, cuma kereta aku ada masalah lambat 'pick-up' apabila memandu di kawasan berbukit. Tapi kalau dekat kawasan rata atau highway jangan cakaplah, memang berdesup pecut.


Wajah Baru Perodua Myvi Facelift

Aku rasa sudah tiba masanya Myvi bertukar facelift baru, semenjak ia diperkenalkan pada 2005. Reka bentuk model ini telah bertukar wajah baru pada tahun Jun 2011 dan keluaran model SE dan Extreme menyusul pada September 2011.

Lagipun Perodua Myvi kini sudah ada persaing daripada Proton Iriz. Jadi tiba masanya Myvi di naiktaraf serta dipertingkatkan lagi fungsi yang ada agar seiring mengikut teknologi semasa.

Di Indonesia model Daihatsu Sirion akan tampil dengan wajah baru facelift pada tahun hadapan menuru PT Astra Daihatsi Motor, Indonesia. Untuk pengetahuan semua reka bentuk model Myvi dan Sirion adalah sama.

Mungkin ini gambaran awal bagi wajah baru Perodua Myvi facelift 2015. Malah belum lagi ada kenyataan rasmi daripada pihak Perodua.

Sumber : Paultan.org

23 Komen untuk "Wajah Baru Perodua Myvi Facelift 2015?"

avatar

mantap jugak bodynya. Saya suka tengok kereta myVi

PETUA ATASI BAU KAKI

avatar

kalau takat itu je, macam bosan jek :P

avatar

pendapat mak jemah yg tak seberapa ni, banyak sangat nak facelift macam bosan jugak..tapi mungkin ada orang yang suka,,

avatar

Walaupun ada facelift tetap ada yang sumbat bodykit Daihatsu. :)

avatar

Semakin mantap.. nampak lebih menarik & bertenaga lah... Thanks sharing info BL.. :)

avatar

cantik dan menarik..suka tengok kereta myvi :)

avatar

Myvi antara kereta Malaysia yang paling banyak menguasai jalan.. memang banyak upgrade sudah myvi sekarang ni..

avatar

new facelift ni serius menawan.. tu pun blum mod lain2 lg..

avatar

facelift? bila tgk banyak kali baru paham apa die facelift. hehehe...

avatar

nasib bukan face off hehehe

avatar

Inilah sajalah tahap yg boleh dilakukan Perodua... Ubah bumper depan belakang dan lampu! Malang/kesian sungguh designer dan engineer kat Perodua, tak berpeluang kembangkan bakat dan ilmu.

avatar

Reka bentuk myvi mmg menarik dari yang pertama di keluarkan hinggalah yang sekarang..mata saya suka lihat myvi hehe

avatar

Harap harga tak banyak beza dengan model lama.

avatar

wah.. menarik.. stail jugak bhagian depan tu..tapi hrap makin baik lah..

avatar

Assalamuallaikum sahabat. Jom join segmen di blog saya :)

http://www.jomkenalislam.my/2014/12/segmen-review-blog-oleh-jom-kenal-islam.html

avatar

dah lama bertahan tu ... dari 2005 rupanya . myvi ramai peminatnya .

avatar

Sepupu saya(Tengku Shakirin) pun guna mywi. Tapi yg 2011 punya la

avatar

Itulah company perutdua ni hanya mampu bikin kereta kopi pasta je, x mampu n x pndai buat design kereta keluaran perutdua sendiri... sedih la :'(

avatar

Inilah dia Myvi celup tepung keluaran perutdua dari model daihatsu sirion yang dibangga2kan oleh rakyat malaysia, sepatutnya perutdua mampu untuk mencipta kereta buatan sendiri bukan celup tepung dari daihatsu sirion ORI .. serius cakap perutdua suka buat kereta copy dan paste je.. da muak teman tengok sebab xde feel nk pkai kereta dari hasil keluaran negara sendiri.. :(

avatar

Perutdua copy paste je

avatar

Yea memang cun

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.