blogger lelaki logo

Sumbangan Untuk Pertubuhan Nur Kasih

12 Komen
Menghitung hari tibanya musim persekolahan, ramai ibubapa yang sibuk menpersiapkan kelengkapan sekolah anak-anak.

Namum di satu dunia yang lain Pertubuhan Nur Kasih memerlukan sumbangan daripada anda semua. Dimana pertubuhan ini menguruskan rumah untuk anak-anak yatim dan miskin.

Pertubuhan Nur Kasih

Di dalam Al-Quran juga dengan jelas menekankan bertapa kita perlu berbuat baik kepada anak-anak yatim.
Allah SWT berfirman bermaksud;
“Mereka bertanya kepadamu mengenai anak yatim, katakanlah: Memperbaiki keadaan mereka adalah baik.”
- Surah al Baqarah, ayat 220.
Malah, Nabi Muhammad S.A.W juga begitu menyayangi anak-anak yatim.
Daripada Abu Ummah diceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 
“Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya.” 
(Hadis riwayat Ahmad)

Sumbangan Untuk Pertubuhan Nur Kasih

Sumbangan untuk Pertubuhan Nur Kasih ini adalah bagi menyiapkan keperluan persekolahan anak-anak yatim. Kelengkapan yang diperlukan adalah :-

  • 2 pasang pakaian sek kebangsaan
  • 2 pasang pakaian sek agama
  • Sebuah beg sekolah
  • Sepasang kasut sekolah
  • Peralatan tulis
  • Yuran pibg/ kafa

Setelah mengira kos untuk seorang pelajar secara purata pusat ini memerlukan RM 200.00 untuk seorang pelajar dan RM10,000.00 untuk 50 orang pelajar.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun :
Nama Akaun : Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Nur Kasih
Bank : Maybank
No Akaun : 5121 1003 6832
Sebarang pertanyaan boleh hubungi admin whastapp @ telegram 013 2749573 dan Facebook Pertubuhan Nur Kasih.
Semoga ramai yang akan menghulurkan bantuan meringankan beban anak-anak yatim ini membuat persiapan persekolahan yang bakal bermula tidak kurang 2 minggu dari sekarang.

12 Komen untuk "Sumbangan Untuk Pertubuhan Nur Kasih"

avatar
Mak Jemah Jual Vitamin on
Reply delete

semoga Allah memberkati usaha BL dgn penulisab entry sebegini..

avatar

saya berharap ada insan mulia yang sanggup bersedekah untuk mereka.

avatar

In shaa Alah... t kasih atas perkongsian BL.. semoga beroleh keberkatan bersama... aamiin.

avatar

InsyaAllah..semoga dipermudahkan.terima kasih kongsikan..

avatar

dengan berblog pun boleh menolong ramai orang di luar sana..tahniah BL!

avatar

insyaallah fyna pun nak share entri nih. meringankan bebanan mereka kan.

avatar

InsyaAllah akan disedekahkan yg termampu.. terima kasih berkongsi. Kalau berkesempatan saya nak share jugak perkara ni..

avatar

terima kasih BL berkongsi dengan kami

avatar

Masih ramai insan berhati mulia...

avatar

Alhamdulillah moga kerja amal dan sedekah kita di dunia ini dapat membantu mereka yang memerlukan,juga menambah pahala buat akhirat,sedih dan sayu bila dengar tentang anak yatim piatu kerana saya juga senasib dan alami sendiri perasaan tak berayah..tak beribu,walau bagaimna pun hidup harus di teruskan dan masyarakat lah menjadi keluarga bagi yang bergelar yatim piatu,Doa sy buat adik adik ini dan yang senasib semoga tabah dan kuat mngharungi hidup ini,semoga menjadi insan yang berguna kelak,InshaAllah,.Amin..

avatar

Sama-sama kita membantu mereka yang memerlukan, Amin ~

avatar

marilah membangun rumah di surga dengan membantu anak yatim

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.