blogger lelaki logo

Siap Sedia Menghadapi Banjir

15 Komen
Sekali lagi nampak tahun ini banjir besar melanda negeri-negeri di Pantai Timur. Ada beberapa kawasan penduduk sudah diarahkan berpindah. Kepada mangsa banjir diharap bersabar dan tabah menghadapi musibah ini.

Siap Sedia Menghadapi Banjir
Keadaan Ombak di Kuala Besut.
Tahun ini banjir besar juga melanda di Kelantan, di negeri kelahiran aku. Dan di tempat aku di Terengganu sudah ada yang berpindah cuma kawasna rumah aku masih belum di naiki air lagi.
"Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu". Aamiin.. Surah Hud 44 .
Ya Allah.. redakanlah bencana yang kami alami.. lindungilah kami semua.. elakkanlah dari berlaku bencana2 yangg lebih besar dari biasa.. kasihanilah kami semua Ya Allah.. sesungguhnya Engkaulah penentu segalanya.. bantulah kami mangsa2 bencana alam.. kami bermohon kpdMu.. Engkaulah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. makbulkanlah doa kami Ya Allah.. Aamiin Ya Rabbal Alamiin.. . Aamiin Ya Rabbal Alamiin..
Cuma dikawasan aku masih dalam keadaan berjaga-jaga. Sebenarnya semasa aku sedang menulis ini, air sudah naik tak jauh daripada rumah aku, dalam 500 meter barangkali dari rumah aku sudah ditenggelami air.

Tahun lepas keadaan agak berbeza, aku dan keluarga dalam keadaan tak bersedia, sebab dekat kawasan aku tak pernah banjir sejak berpuluh tahun. Tahun lepas memang kami semua tak menjangkakan kawasan perumahan kami akan tenggelam.

Namum ini banjir bukan kerja kita, kita semua kerja Yang Maha Kuasa.

Jadi sudah seminggu lebih awal aku dan keluarga sudah membuat persiapan, walaupun baru diperingkat amaran awal untuk banjir.

Keadaan Di kawasan Pantai Rusila, Marang.

Siap Sedia Menghadapi Banjir

Antara beberpa langkah awal untuk siap sedia menghadapi banjir, perkara  yang patut anda selamatkan dan simpan di tempat yang selamat adalah :-

1. Dapatkan nombor telefon kecemasan seperti ;

  • nombor telefon balai polis berdekatan
  • nombor balai bomba dan penyelamat 
  • nombor jawatakuasa pusat permindahan banjir 
  • nombor jiran-jiran juga penting 

2. Dokumen-dokumen penting seperti sijil kelahiran, sijil nikah, kad pengenalan, geran tanah, geran rumah, geran kereta, bukua akauan bank/asb/tabung haji dan sebagai. Simpan semuanya di satu tempat di dalam satu beg plastik. Agar semua dokumen selmat daripada terkena air. 

3. Simpan juga barang-barang kemas ditempat yang selamat, gunakan tips yang sama macam diatas. 

4. Alihkan kenderaan ke tempat yang lebih selamat. 

5. Barang keperluan jika ada bayi seperti lampin, susu serta barang kelengkapan lain yang perlu untuk bayi. 

6. Simpan stok air yang bersih, ini aku beli air mineral tong besar, air bersih ni penting juga di musim banjir, risau terputus bekalan nanti. 

7. Barang-barang elektirk diangkat dan diletakkan di tempat yang lebih tinggi. 

Itulah serba sedikit langkah-langkah awal persiapan untuk menghadapi banjir. Untuk info lebih lanjut boleh ke laman web Majlis Keselamatan Negara di portal bencana

Jika ada arahan untuk berpindah, jangan berlengah dan buang masa. Ikut sahaja arahan pihak berkuasa. utamakan keselamatan ahli keluarga kita. 

Mungkin keadaan tidak selesa di pusat pemindahan, tetapi ingatlah bukan kita seorang sahaja yang mengalami kesulitan, ada ramai lagi mangsa banjir yang lain, jadi banyakkan bersabar.

15 Komen untuk "Siap Sedia Menghadapi Banjir"

avatar

harap semuanya selamat nanti bro..
amik tindakan awal :)

avatar

kat dalam rumah pun naik sikit air tp xlah banjir..cma lantai basah2.. doakan mereka semuanya selamat.

avatar

baru call kampung tadi alhamdulillah kampung kami tak naik air..doakan mereka2 mangsa banjir..

avatar

Teringat lagi kisah KC tahun lepas yg terperangkap semasa nak balik rumah. Semoga keadaan banjir ini segera pulih dan dijauhkan dari segala mala petaka...amiin.

avatar

kuak lentang bro jangan luper.

avatar

Banjir gelombang kedua ni boleh dikatakan agak teruk, ramai kawan aku kat UMT terhegeh2 nak balik rumah masing2. Doakan semua selamat :)

avatar

besok nak balik kampung, harapnya jalan boleh diredah..

avatar

Semoga semuanya baik2 hendaknya bro.. amin..

avatar

Harap semuanya selamat, baik-baik serta dipermudahkan oleh Allah SWT...

avatar

Harap semua selamat lah hendaknya, cadangan dari aku, selain dari letak tempat tinggi, barang2 elektrik yang mudah di baraikan macam cpu komputer, cabut sumber power, sebab kalau kena air, tapi tak ada elektrik, dia basah pon tak rosak lagi(ikut nasib gak la), nnt bila banjir dah surut, basuh dengan air bersih, jemur(tapi jgn direct bawah matahari) lepas seminggu dah boleh guna balik, mana yang susah nak barai tu, try la carik plastic wrap, balut semahunya...

avatar

Harap semua rakan-rakan kita di negeri yang dilanda banjir selamat. Memang sedih bila tengok gambar dan baca mesej-mesej tentang banjir.

avatar

sabar dan tabahkan hatimu selalu..setiap datang redha dan doa moga keadaan akan cepat reda hendaknya/amin

avatar

Banyakkan berdoa bro. Semoga semuanya dipermudahkan.

avatar

Semoga Allah sentiasa memberi ketabahan serta perlindungan sebaiknya buat semua mangsa banjir... mudah2an segalanya dpt kembali pulih spt sedia kala dgn segera... aamiin..

avatar

Makin hari makin ramai mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan. Sama-sama kita berdoa. Amin ~

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.