Shopping RM1212 di Lazada Malaysia [Contest]

Shopping RM1212 di Lazada Malaysia [Contest]

Shopping RM1212 di Lazada Malaysia

Kalaulah aku kaya, aku ada RM1212 di dalam akaun sekarang. Tangan pula gatal nak shopping, tapi malas nak keluar rumah. Apa nak susah-susah, Lazada kan ado.

Sebenarnya tak susah nak habiskan RM1212 dalam masa sehari sekaligus di Lazada, mari tengok cara aku berbelanja 'like a boss', genapkan angka keramat 1212 itu.

Jom Shopping RM1212 di Lazada Malaysia

Mula-mula sekali aku nak beli...

1. SONY BDV-E2100 5.1 3D Bluray Home Theatre System - RM 699

Shopping RM1212 di Lazada Malaysia

Ada harga promosi sebab tu murah, aku dapat rasakan bertapa padunya sistem bunyi daripada set home theatre ini. Kalau layan bola, terasa bagaikan berada di stadium. Apatah lagi jika aku layan DVD Rambo, sound efek bedilan senjata api, bak aku di medan tempur.

Okey sudah langsai RM 699, ada baki lagi RM 513.

Nak cover punya pasal akau terpaksa beli ini untuk bini aku...

2. OEM Home Sauna-06 Pink with Hat + Chair + Wooden Massager - RM 269

Shopping RM1212 di Lazada Malaysia

Ini pun ada harga promosi. Memang sesuai untuk bini aku memanjakan diri dia, bagi dia senyap sikit apabila aku nak tengok bola. Tak ada lah dia nak kacau aku je kan, nak layan DVD Rambo pun tak senang, apatah lagi aku nak menangis layan tengok bola game Liverpool.

Taraaa sudah cukup barang aku nak beli...Hmmm RM 699 + RM 269 = RM968...Alamak ada baki RM 244..apa lagi aku nak beli nie

Selalunya lepas tengok bola aku pasti nak marah, kalau aku nak marah mesti aku kena makan...hmmm..jaid aku terpaksa beli benda alah ni juga.

3. Trio Pressure Cooker 9.0L - RM78


Shopping RM1212 di Lazada Malaysia

Guna Pressure Cooker nie akan buatkan apa yang kita masaka akan cepat masak. Aku nak sangat rasa bini aku masak ansi beriyani guna periuk nie. Sebab bini aku ada resepi nasi beriyani turun temurun atuk dia, original dari Pakistan.

Walaupun sekadar shopping online, sebenarnya boleh buat aku rasa penah juga..lenguh pingging duk hadap PC nie...dah cuku ke blum nie...RM 699 + RM 269 + RM 78 = RM 1046...alaihai...ada lagi baki RM 166...

Sebenarnya pantang aku bukan laman Lazada nie, mata bini aku cukup tajam, tiba-tiba sahaja dia sergah aku dari belakang dan rampas tetikus aku....dan ini barang yang dia nak..

4. TRIO Electric Japanese Takoyaki Pan TSG-2442 - RM83


Shopping RM1212 di Lazada Malaysia

Bagus juga nie, lagipun tak payah dah nak keluar semata-mata nak beli Takoyaki, boleh suruh bini aku buat dekat rumah je, sambil-sambil nak tunggu nasi beriyani masak, boleh makan Takoyaki dulu..hahaha

RM 699 + RM 269 + RM 78 + RM 83 = RM 1129..sekarang masih berbaki RM83..apakan daya, tetiku masih di tangan bini aku..dia punya selongkar sehingga jumpa barang yang dia nak..tak apa lah ini pun bukan betul-betul..hahaha.

5. Glamorous Round Neck Sweat - RM 83

Shopping RM1212 di Lazada Malaysia

Akhirnya, berjaya juga aku habiskan RM 1212 dalam masa sehari, RM 699 + RM 269 + RM 78 + RM 83 +RM 83  = RM 1212. Kalaulah betul-betul dapat duit RM1212 tu kan bagus.

Lazada Malaysia akan mengadakan Online Revolution Lazada pada 12 December 2014 iaitu 12 hari sebelum perayaan Krismas. Lazada akan menawarkan promosi menarik serta tawaran eksklusif untuk pelbagai kategori selama 24 jam. Dapatkan apa yang anda inginkan musim cuti ini, dari telefon bimbit, tablet dan peralatan elektronik hinggalah ke fesyen, barangan rumah, alat permainan dan peralatan sukan.

Entri ini adalah untuk contest Shopping RM1212 At Lazada Malaysia di Blog Saya Iday. Kalaulah.....

Share this:

Disqus Comments