blogger lelaki logo

Segmen: Ini Entry terbaik 2014

13 Komen
Aku sendiri tak sedar sebenarnya, kita sudah menghampiri penghujung kepada tahun 2014. Sepanjang tahun ini cukup banyak kisah dan cerita yang berlaku. 

Ada manis, masam, pahit dan tawar. Semuanya cukup rasa.


Dalam dunia blogging juga ada pasang surutnya. Sebenarnya pada awal tahun aku agak kurang berkesempatan menjaga blog aku. 

Memang terabai sikit blog aku pada masa itu, ranking alexa jatuh teruk. Update entri pun ala kadar.

Pada bulan Ogos atau September aku kembali bangkit, misi pertama aku adalah cuba memperbaiki kembali ranking alexa blog aku ini. Dan ianya berhasil.

Sepanjang tahun ini, walau ada berbaki beberapa hari, secara peribadi aku rasa DUA entri ini adalah entri penulisan yang terbaik bagi tahun 2014. 

Ia terbaik bukan dari segi trafik, tetapi dari segi semangat aku cuba mendapat bahan mentah untuk aku olah menjadi satu entri.

Ini Entry terbaik 2014

1. Merungkai Misteri Banglo Seksyen 2 Shah Alam

Mungkin ketika aku menulis berkenaan kisah seram yang pernah menjadi viral ini agak terlambat. Ceritanya sudah suam-suam kuku. Dan sudah bergitu banyak blog yang sebarkan cerita ini, tetapi itu semua cerita yang telah di copy & paste.

Jadi, aku tak puas hati.

Aku cuba imbas kembali kisah ini adalah untuk merungkai misteri disebalik kisah seram ini.

Secara tak sengaja aku telah menjadi penyiasat tak bertauliah, menyelongkar almari lama arkib Google. Aku cuba merungkai sendiri kisah disebalik misteri ini. 

Kenapa aku anggap ini entri terbaik aku sebab aku berusaha sendiri membuat sedikit kajian pasal cerita ini, dan aku jumpa apa yang belum pernah diceritakn oleh blogger lain. 

Aku berusaha mencari bahan mentah untuk aku olah semula menjadi entri.

Dari mana kisah ini bermula? siapakah yang mula-mula sekali bercerita pasal kisah ini? Kalau nak tahu pergilah baca entri lama ini.


2. Video Bandaraya Kuala Lumpur 1920-An

Entri ini aku tulis semperna bulan kemerdekaan negara kita. Tapi ini entri kisah sejarah yang berlaku di negara kira sekitar tahun 20-an, ketika negara kita masih dijajah.

Ya, ini adalah entri pasal sejarah. Aku tahu korang semua akan tertidur selepas baca entri ini.

Sebab entri ini terbaik bagi aku adalah ada beberapa fakta sejarah yang selama ini kita tak ambil tahu tak peduli, terutama anak-anak muda generasi kini.

Untuk menulis entri ini aku terpaksa pula menjadi pakar sejarah jadian. Pakai kacamata tebal, mengadap skrin, berborak dengan Prof Google membuat penyelidikan. 

Dah macam nak buat thesis pulak aku rasa masa tu.

Kalau korang hendak tahu berapa jumlah dan nilai hasil bumi negara kita telah dibawa keluar dari negara kita, korang kena baca entri ini.

Segmen:  Ini Entry terbaik 2014
Klik banner diatas ini untuk join segmen.


Sebenarnya ada beberapa lagi entri aku yang aku rasa ia entri yang terbaik seperti entri Biodata Kapten Norudin Abd Majid serta beberapa entri yang lain.

Namum segmen ini hanya mahu aku berikan 2 entri terbaik sahaja. Kepada yang hendak turut serta segmen ini boleh layari blog DianaRashid.com.

13 Komen untuk "Segmen: Ini Entry terbaik 2014"

avatar

assalamualaikum
singgah pagi jumaat

avatar

Assalammualaikum... BL,

selamat berjaya dalam segmen nie.. k.

mselim3

pls: Bulan 12 nie akan berakhir .. tak lama nak masuk tahun baru..

avatar

memang betul kan kalau entry tu kita hasilkan dengan penuh usaha, kita tulis pun dengan penuh ikhlas tak mustahil ia mendapat tempat di hati pembaca..

avatar

ayu dtg dari segmen yang sama.. ada masa singgah la ke blog ayu.. ayu ada buat segmen juga.. nanti boleh la join segmen ayu pula..tq..

http://www.ayuinsyirah.my/2014/12/segmen-ini-entry-terbaik-2014.html

avatar

Semoga sentiasa berkongsi maklumat yg baik kpd semua... Slmt bersegmen BL.. Semoga berjaya.. :)

avatar

bagusnye..usaha keras membuat 1 entry yg berkualiti. belum lg tahu kisah banglo seram tu.nak baca jap

avatar

Kedua-dua entri yang sangat terbaik :)

avatar

Kedua-dua entri yang sangat terbaik :)

avatar

memang terbaik entrinya :D

avatar

entry terbaik selalunya datang dari sharing dari hati:)

avatar

betul bro... kalau kita buat entri berdasarkan kajian, cerita dari pengalaman kita, pengamatan kita, hasilnya memang tiptop, berbanding copy paste mengkhinzir buta hehehe

avatar

Best je bila baca entry-entry ni :-)

avatar

dah mestilah ramai blog ini tulisannya top semua power sangat masalah keyword

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.