Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Respek Ultras Malaya

Kehangatan Piala AFF Suzuki 2014 semakin membara. Selain semangat pemain, aku respek Ultras Malaya yang menjadi pemain ke-12 untuk pasukan Malaysia.

Hari ini aku ada terbaca satu artikel dari Singapura. Di dalam artikel yang bertajuk Kallang Roar Is Dead. And Here Are 8 Reasons Why.

Penulis itu begitu mengagumi semangat yang ditunjukkan oleh Ultras Malaya.

Bergegar Stadium Jalan Besar dengan 'chant' padu daripada Ultras Malaya. Malah penulis itu berani menyatakan pada malam itu Stadium Jalan Besar adalah milik Ultras Malaya.
Call them ultras, fanatics or even crazy die hard fans - but one thing's for sure, they owned the stadium last night. Singapore fans, #AwakKatMane?

Corteo Mega Ultras Malaya

Ultras Malaya

Menjelang perlawanan separuh akhir Piala AFF 2014 ini. Ultras Malaya menyeru kepada semua komrad untuk turut serta menjayakan misi mereka untuk membuat "Corteo Mega". 

Dengan sasaran UM mahu mengumpulkan seramai 10k penyokong Malaysia berarak sebelum masuk ke stadium.

Ayuh Malaysia! Kepada mereka yang berkesempatan ke Stadium Shah Alam 7hb Disember ini. Sertai Ultras Malaya di curva, berikan sorakkan padu buat pasukan Malaysia.

Menjadi tradisi Ultras untuk berkumpul dan 'chant' di bahagian curva stadium.

Jangan salah faham kita hanya mahu berikan sorakkan semangat kepada pemain negara bukan nak jadi hooligans.

Demi Malaysia, kemenangan pasti milik kita.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail