blogger lelaki logo

Malaysia Vs Thailand : Final Piala Suzuki AFF 2014

23 Komen
Perlawanan Final Piala Suzuki AFF 2014 yang akan menemukan Malaysia lawan Thailand. Kita akan saksikan pasukan mana yang bakal dinobatkan sebagai jaguh bolasepak di rantau Asia Tenggara.

Malaysia Vs Thailand : Final Piala Suzuki AFF 2014

Jadual Perlawanan Final Piala Suzuki AFF 2014

Seperti edisi yang lalu, pada perlawanan akhir juga akan diadakan perlawanan timbal balik. Perlawanan pertama akan berlangsung di Thailand, dan perlawanan kedua pula akan diadakan di Malaysia.
First-Leg : 17 Dec (Wed) 8:00 PM
Thailand vs. Malaysia
(Rajamangala Stadium)

Second-Leg : 20 Dec (Sat) 8:00 PM
Malaysia vs. Thailand
 (Bukit Jalil National Stadium)

Rekod Pertemuan Malaysia vs Thailand

Rekod diatas kertas tidak memihak kepada Malaysia. Dalam saingan Piala Suzuki, kali terakhir Malaysia menang keatas Thailand adalah pada tahun 2004 (Pada masa itu dikenali sebagai Piala Tiger), kira-kira 10 tahun yang lalu.

Lagipun pada perlawanan di peringkat kumpulan pasukan Malaysia juga tewas kepada Thailand. Kini terserah kepada Dollah Salleh untuk meletakkan buah caturnya untuk.

Berikut merupakan rekod pertemuan kedua-dua pasukan sejak tahun 2010.

4/12/2010
Thailand 0-0 Malaysia

9/12/2012
Malaysia 1-1 Thailand

13/12/2012
Thailand 2-0 Malaysia

26/11/2014
Malaysia 2-3 Thailand


Perbandingan Malaysia vs Thailand

Ini aku sediakan sedikit analisi perbandingan antara kedua-dua pasukan. Statistik ini adalah data sepanjang saingan Piala Suzuki AFF 2014 berlangsung, Mari kita menilai kekuatan pasukan masing-masing diatas kertas. Sumber

Malaysia Vs Thailand : Final Piala Suzuki AFF 2014

Perbandingan Bahagian Serangan / Attack

Malaysia Vs Thailand : Final Piala Suzuki AFF 2014

Perbandingan Bahagian Pertahanan / Defend

Malaysia Vs Thailand : Final Piala Suzuki AFF 2014

Suratan Atau Kebetulan

Suratan atau kebetulan, musim ini seakan ulangan saingan Piala Suzuki 2010, dimana pasukan Malaysia menjadi juara pada tahun tersebut. Kita semua sedia maklum, kedua-dua pasukan berada didalam kumpulan yang sama pada pusingan awal.

Ini beberapa fakta menarik, persamaan Piala Suzuki 2010 dengan Piala Suzuki 2014.

1. Malaysia berjaya ke Final dan bertemu dengan pasukan yang telah menewaskan pasukan negara pada peringkat kumpulan.
2. Malaysia bertemu dan menewaskan Vietnam pada peringkat semi-final.

Aku anggap sebagai warna-warni dunia bolasepak, lagipun rantau ini tidak sebesar mana.

Jika ini suratan, adakah kebetulan ini akan memihak kepada pasukan Harimau Malaya, sekali lagi menjulang kejuaraan pada edisi Piala Suzuki AFF 2014.

23 Komen untuk "Malaysia Vs Thailand : Final Piala Suzuki AFF 2014"

avatar

semoga berjaya pasukan malaysia menentang thailand....aku bukan peminat bole hihi

avatar

semoga kita menang besar esok..

avatar

semoga Malaysia menang lagi..

avatar

insyallah semoga ada rezeki malaysia

avatar

moga urusakn mereka permudahkan..skor yang terbaik jangan bagi mereka peluang pula..

avatar

aku harap PM umumkan harga barang turun kalau malaysia menang hehehehe

avatar

harap Malaysia menang

avatar

Tiada apa yang berubah pun kalau Malaysia menang. Tapi harap2 menanglah...

avatar

Yang penting.. jangan ada kesilapan.. huhu..

avatar

analysis yg menarik... semoga berjaya harimau malaya

avatar

harap2 kita menag la esok..tak menang seri pun tak pe..tapi lagi baik menang la..:)..menang besar..

avatar

aum aum aum MALAYSIA BOLEH...

avatar

Go Harimau Malaya!!!!

avatar

Semoga Harimau Malaya menerkam si Gajah putih di bangkok nanti. Insya Allah... Dollah Salleh pasti ada rahsia dan strategi yang ampuh untuk membenam Thailand nanti pada 17 Disember 2014 dan 20 Disember 2014.

avatar

Bersama kita doakan kejayaan buat Harimau Malaya!!

avatar

Malam ni wehhh..jngan dop tengok pulok..haha

avatar

Dapatlah kiranya malam ni tengok Malaysia menang bergaya

avatar

Malaysia tewas 0-2 namun games Malaysia best. Melawan. Lepas ni kena focus untuk perlawanan timbal balik kat bukit jalil. Buat cam soccer kids tv3. Dok kat kem jer la supaya persefahaman mantap.

avatar

hebak2 pemain bola sepak nih, ada peluang lagi. Setakat 2, boleh lagi tuh

avatar

semoga ade miracle di tempat sendiri nanti Insyaallah..go go harimau malaya!!

avatar

Malaysia dah kalah 2 kali dengan Thailand dalam kejohanan ni. Mampukah kita?

avatar

Kalah yang bermaruah, tapi sedih pun ada sebab Malaysia tak jadi juara.

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.