Malaysia, Vietnam Dan Hooligans

Malaysia, Vietnam Dan Hooligans

Ramai yang rasa kecewa termasuk aku dengan keputusan perlawanan Malaysia vs Vietnam semalam. Namum saingan semi-final secong leg Piala AFF Suzuki 2014 masih berbaki 90 minit lagi.

Dalam bola sepak ada falsafah "apa sahaja boleh berlaku dalam bolasepak". Dan falsafah aku pula "bola itu bulat, selagi bola itu tak kempis, angin di dalam bola jangan disia-siakan".

Aku tak mahu ulas pasal kekalahan Malaysia semalam, sebab keputusan belum muktamad. Lagipun apa guna FAM lantik Dollah Salleh serta staf yang lain jika aku pula yang kena buat analisis pasal perlawanan semalam.

malaysia vs vietnam
Aku berasa ralat sebenarnya, Gary Steven Robbat lewat dimasukkan.
Pada pendapat aku, dalam perlawan semalam, Skuad Harimau Malaya mendapat kepercayaan 200% daripada seluruh rakyat Malaysia untuk menang dan menpamerkan aksi terbaik mereka.

Bayangkan lebih kurang 70 ribu penyokong Malaysia turun ke Stadium Shah Alam. Jarang sebenarnya penyokong penuh stadium apabila skuad negara beraksi.

Ditambah pula dengan TIFO menarik daripada geng Ultras Malaya, turut memeriahkan lagi atmosfera bolasepak negara. Aku memang respek dekat geng Ultras Malaya, sering sahaja sajikan tifo yang menarik di stadium.

tifo ultras malaya - malaysia vs vietnam

Kehadiran jumlah penonton yang ramai ke stadium menbuktikan bolasepak adalah sukan nombor satu negara kita. Rakyat Malaysia masih sayangkan pasukan bolasepak negara.

Apabila berhimpun ditempat ramai, suasana dan atmosfera akan berubah. Paluan gendang sebenarnya boleh menaikkan semangat secara tak semena-mena.

Walaupun hanya segelintir, namum kehadiran kumpulan yang dilabel sebagai Hooligans telah merosakkan suasana. Ramai yang kaitkan kejadian ini dengan IJF, sehinggakan mereka telah mengumum kumpulan itu dibubarkan.

inter johor firm IJF dibubarkan

Pada dasarnya Inter Johor Firm (IJF) tak salah.

Yang salah apabila budaya Hooligans dibawa masuk kedalam liga Malaysia, apabila budaya negatif ini dibawa ke stadium-stadium di Malaysia.

Di Eropah pun kini, golongan samseng bolasepak tidak lagi diiktiraf, malah ada yang telah menhalang kumpulan Hooligans dari memasuki stadium.

Dengan insiden seperti semalam yang berlaku di stadium, ada penyokong pihak lawan di belasah, itu mencemarkan imej negara. Sepatutnya sukan sebagai alat penyatuan, kalah menang adalah adat pertandingan.

Kita nak tengok bola bukan nak masuk pertandingan boxing. Jadi tak payah gaduh-gaduh, kalau kalah balik rumah tidur lagi bagus.

Semoga Harimau Malaya bangkit di Hanoi nanti, misi penting anak buah Dollah Salleh mencari 2 gol ditempat lawan.

Share this:

Disqus Comments