blogger lelaki logo

Kenapa Blogger Kena Belajar Teknik SEO?

39 Komen
Sepertimana yang pernah aku kongsikan di dalam entri aku yang lama iaitu Tips Asas Teknik SEO Blog Baru, aku ingin sekali lagi berkongsi dengan bloger baru tentang SEO.

Belajar Teknik SEO

Kenapa Blogger Kena Belajar Teknik SEO?

Mula-mula kita kena faham apa tujuan teknik SEO dimasukkan kepada blog kita. Tujuannya adalah untuk meletakkan entri blog kita di enjin cari, dalam bahasa blogger "di index oleh enjin carian".

Dalam bahasa lebih susah, entri blog kita dengan keyword tertentu berjaya berada di SERP. Lebih bagus jika kita mampu letakkan entri kita di page satu enjin carian.

Sebabnya entri kita akan lebih terdedah kepada prospek, sebab orang buka enjin carian akan pergi ke page satu dahulu, jika tiada maklumat di page satu barulah mereka beralih ke page dua.

Jadi kita kena bersaing dengan entri lain yang ada keyword yang sama untuk pastikan kita berada di page 1 SERP. Lebih bagus jika kita mampu menewaskan entri lain, dan menempatkan entri kita berada di nombor SATU pada page SATU di SERP.

Dengan teknik SEO yang betul, tak mustahil kita akan menguasai enjin carian dengan meletakkan entri kita berada di kedudukan yang baik di SERP.

Apa Fungsi Teknik SEO?

Ini hanya pendapat aku tentang teknik SEO, aku bahagian kepada 2 fungsi SEO mengikut apa yang aku faham.

Menarik Trafik Daripada Enjin Carian.

Ramai yang anggap ini adalah salah satu cara untuk menarik trafik ke blog. Ia dianggap sebagai organik trafik daripada enjin carian.

Tetapi,

Jika kita hendak trafik yang banyak daripada enjin carian selepas melakukan teknik SEO. Kita perlu bijak mencari keyword. Kena rajin mencari keyword yang menjadi 'trending' serta berita dan gossip hangat.

Pendek kata kena cari keyword yang diminati ramai, bahasa orang bisnes "kita kena cari keyword yang ada banyak permintaan".

Barulah trafik blog kita mencanak naik. Namum jika kita bijak, kita carilah keyword unttuk jangka masa panjang, agar trafik pun sentiasa ada berpanjangan.

Mencari Prospek Sasaran

Dengan mengunakan teknik SEO juga, kita boleh menyasarkan entri kita untuk dibaca oleh prospek kita. Dan ini sudah tentu adalah untuk menjual. Memang sesuai untuk orang yang buat bisnes online.

Mungkin ada keyword produk kita tidak begitu menarik trafik ribu-ribu,

Tetapi,

Apalah guna trafik beribu atau berjuta jika kita tak mampu hasilkan duit atau kita mampu menukarkan trafik kepada duit. Konsep mudah peniagaan online, ada trafik ada jualan.

Jadi kena ada trafik, tak banyak pun tak apa, janji setiap trafik itu berjaya menghasilkan jualan dan duit.

Jadi kena belajar teknik menulis ayat jualan atau ayat power untuk menjual juga.


Belajar Teknik SEO

Itu serba sedikit perkongsian aku tentang teknik SEO, kepada blogger baru rajin-rajinlah belajar teknik ini jika mahukan trafik berterusan ke blog anda.

Nak belajar dengan siapa?

Ni dia aku cadangakn DUA ebook super power yang ditulis oleh blogger yang pakar tentang SEO. Dengan membaca ebook ini akan buatkan anda lebih faham tentang SEO, jom baca eBook ini :-
  1. Buat Duit dengan Affiliate - Kitab Teknik SEO Merah Jambu
  2. Juara SEO Lokal
Aku sendiri pun masih dalam proses pembelajaran, dari semasa ke semasa aku cuba perbaiki kelemahan diri dalam menguasai teknik SEO yang terkini. Salah satu cara aku memantapkan lagi teknik aku adalah dengan menyertai contest SEO.

Seperti contest yang sedang berlangsung, iaitu contest SEO "Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan" dan satu lagi contest SEO "Jom Aktifkan Mykad".

Walaupun aku tahu aku blogger baru agak sukar nak besaingan dengan otai-orai blogger SEO yang lain, tetapi dengan sertai contest SEO barulah aku dapat praktik dan belajar teknik baru. Ini cara aku untuk ketahui au beada ditahap mana.

Sekian dahulu entri aku sampai disini, semoga memberi manfaat kepada semua pembaca.

39 Komen untuk "Kenapa Blogger Kena Belajar Teknik SEO?"

avatar

Masih banyak lagi kene belajar banyak2 seo ni rasanya..

avatar

iyelah tu bro..bila nak kasi diskaun ebook pink tue

avatar

Seo sangat penting bagi sesebuah blog terutama yg mahu menjana wang melalui blog,terima kasih atas perkongsian ini ya :)

avatar

Kewajipan setiap org Islam adalah bersembahyang...manakala setiap blogger pula, wajiblah belajar teknik SEO ni...

avatar

Entri bermanfaat... dari dulu hingga sekarang masih lg belajar tentang SEO... tak habis2 lg. bila la nak pandai ;)

avatar

Saya dah agak lama blogging, tapi sekarang baru nak ambik tau pasal SEO

avatar

Terima kasih atas info
memang sedang belajar2 ni...

avatar

fyna pun on the way nak belajar pasal SEO. memang banyak lagi nak kena belajar.

avatar

Kalau saya tidak cuba untuk join contest seo, pasti sampai selama-selamanya saya tidak akan tahu sedikit teknik seo pun.. hehe Kalau join Contest Seo, barulah ada keinginan untuk mempelajari teknik seo sebab mahu menangkan? hoho

avatar

Ilmu yang bermanpaat menambah wawasan bagi kami dan semoga kita selalu ada dalam lindungan tuhan salam hormat dari pengrajin Jaket kulit Garut Murah thank admin

avatar

BL seo memang penting jika ingin tarik trafik yang berkualiti. Selamat berjaya dalam contest ya!

avatar

penulisan begini membolehkab bro semakin faham tentang SEO..

selepas ini tunjuk ajar ku sifu..

saya blogger baru masih tak pandai pandai lagi.

avatar

kalau ada duit lebih..beli sahaja bro!

avatar

Assalammualaikum...BL,

mselim3 pun dalam proses pembelajaran... minta tunjuk ajar gak... buat suatu entry. Macam mana nak buatkan artikel kita kekal dalam carian google.. moga ada manfaat kita sama2 bincangkan. Bro BL pun dah ok SEO..

mselim3

avatar

Puteri pun masih banyak lagi perlu belajar tentang SEO ni..kena lebih rajin mencari ilmu :)

avatar

Yup betul tu..Kalau nak jadi blogger berjaya, belajarlah SEO. Tak banyak pun sikit mesti kena tau..masih belajar dan belajar..its a never ending process..

avatar

Setuju BL... belajar & terus belajar.. rugi menulis tanpa pengetahuan seo langsung kan. Thanks sharing BL.. :)

avatar

Ada banyak perkara yang kita lakukan masa menulis blog sudah di kira SEO. Selebihnya terserah kepada pakcik Google.:)

avatar

Asalam follow dan ada URL blog lelaki di blog Etuza...tahn iah ya

avatar

Sebenarnya SEO itu terlalu umum untuk didefinasikan sebenarnya. Keyword yang menjadi SEO pun bergantung kepada tajuk dan penggunaan perkataan yang sesuai. SEO akan terhasil dengan artikel yang kemas dan berkesan dihati orang membacanya. Hehehe. Saya pun baru lagi. Yang penting kita hasilkan artikel yang berkualiti.

avatar

SEO sememangnya penting untuk blogger sama ada suka atau tidak..:)

avatar

aaaa... link kat teks "Tips Asas Teknik" broken... sila cek hehehehe

avatar

ko pun dah dasat dah tu..top rank sesaje

avatar

Boleh belajar dengan bro BL juga. SEO blog ni makin mantop...

avatar

Ilmu baru ni, terima kasih atas perkongsian ini

avatar

Banyak yang perlu Asyraf belajar lagi ni.

Bab SEO ni bukan limit, ilmunya sentiasa berubah setiap tahun. Semua diaturkan pihak google.

avatar

juga sedang belajar bab2 SEO ni...rugi jadi blogger tapi tak belajar seo..

avatar

As'salam datang lai sekali membaca tentang SEO..terbaik entry jadi rujukan ni ya BLe

avatar

dlm contest2 ni, bro makin maju ler...errmm... mmg berkesan panduan yg di rekemenkan tuh.

avatar

belajar jangan tak belajar... belajar dan buat duit dengan seo...

avatar

Dengan teknik SEO ini lah saya dapat ramai customer :D

avatar

Sekarang masih sedang belajar dan belajar lagi apa yang betul hehe..
Terima kasih atas perkongsian ini..

avatar

tanpa SEO blogger tak akan ke mana mana. melainkan buat blog hanya utk tujuan peribadi

avatar

Baru nak belajar ttg SEO.. mmg tak tahu sebelum ni.. skg pun masih blur..

avatar

Thx utk ilmu ni.. dengan bahasa yang mudah faham.. banyak lagi yang perlu digali..

avatar

link dah fix, bagus.. hehehe... ilmu seo ni kena sentiasa belajar, tambah2 google asek tukar2 polisi, term dan lain2

avatar

BL...anda semakin dashyatlah...cuba cite ckit teknik belajar blogger SEO anda.

avatar

Sbg newbie...sy seronok baca artikel di blog anda....tahnia pnulis blog, menarik pembaca untuk terus berada diblog kita adlah satu cara seo yg terbaik....semoga blog sy juga sprt blog tuan

This comment has been removed by a blog administrator. - Delete

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.