blogger lelaki logo

Jom Aktifkan Mykad

62 Komen
Jom Aktifkan Mykad untuk Program Mykad Smart Shopper. Ia adalah merupakan salah satu aplikasi yang terkandung pada chip Mykad kita yang berkapasiti 64kb itu. Yang pasti program ini adalah untuk manfaat rakyat.

Perkataan Mykad adalah gabungan antara 'My' - kod ISO 3166-1 alpha-2 bagi Malaysia. Dan perkataan 'Kad' yang membawa maksud 'kad', juga untuk akronim 'Kad Akuan Diri' atau 'Kad Aplikasi Digital'.

Kita semua tahun kegunaan utama Mykad adalah untuk Kad Pengenalan diri rasmi rakyat Malaysia. Secara umumnya kita tahu Mykad boleh digunakan juga sebagai Lesen Memandu, Kad ATM, Kad Touch N Go. Sebenarnya kegunaan Mykad jauh lebih banyak daripada itu. Ada 50 aplikasi pelbagai fungsi pada mykad kita, untuk lebih memudahkan lagi urusan kita seharian.

Kini ada satu lagi program dimana Mykad digunakan sebagai Kad Diskaun dan Kad Ganjaran apabila berbelanja di premis yang telah berdaftar dibawah program Mykad Smart Shopper. Jadi kita dapat berjimat apabila menggunakan aplikasi ini.

Jom Aktifkan Mykad

Apa itu Mykad Smart Shopper?

Mykad Smart Shopper merupakan satu program affiliate terkini yang bergerak dibawah rangkaian Affiliate Junction. Program ini diuruskan oleh I Synergy Universal Sdn Bhd – Integrated retail marketing solution provider di Malaysia

Program MSS ini mendapat sokongan daripada pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Multimedia Development Corporation (MDeC). Ia juga merupakan aplikasi yang ke-50 yang dimasukkan ke dalam chip Mykad kita.

Matlamat program ini adalah untuk menawarkan program diskaun kepada pengguna dan juga untuk peruncit. Caranya mudah sahaj cuma tunjukkan Mykad anda kepada peiaga yang berdaftar. Anda akan menikmati diskaun harga barangan yang anda beli dan anda juga akan mendapat mata ganjaran berdasarkan nilai yang anda belanja tadi.

Kelebihan Apabila Kita Aktifkan Mykad

Ada banyak kelebihan sebenarnya apabila kita mendaftarkan Mykad kita untuk Program Mykad Smart Shopper, antaranya :-
  • Mykad diaktifkan secara percuma menjadi Kad Diskaun.
  • Tiada yuran tahunan yang dikenakan seumur hidup.
  • Tidak perlu membawa kad tambahan yang lain, hanya perlu tunjuk Mykad sahaja.
  • Apabila berbelanja akan dapat ganjaran dan ia tiada tarkih luput.
  • Ada peluang menebus hadiah daripada pihak syarikat mengikut mata ganjaran.
  • Aplikasi Mykad Smart Shopper yang diinstall pada iPad, iPhone dan Smartphone di lengkapi sistem GPS yang menbantu kita mendapatkan info, lokasi kedai yang sertai program ini.

Cara Nak Aktifkan Mykad

Untuk mengaktifkan Mykad ini sebenarnya percuma sahaja, tiada bayaran yang perlu kita keluarkan semasa pendaftaran. Jika ada pihak atau agen yang minta sebarang bayaran semasa pendaftaran, jangan dilayan.

Jadi kepada rakyat Malaysia yang ada Mykad boleh sertai program ini secara percuma sahaja tanpa ada yuran pendaftaran dan juga yuran tahunan. Malah kita pula mendapat manfaat dengan dapat berjimat dan mengumpul mata.

Cukup mudah untuk anda menikmati segala kemudahan ini sekarang, berbanding dulu pendaftaran hanya melalui agen offline kerana sekarang pendaftaran sudah boleh dibuat secara online.

Jom Aktifkan Mykad Secara Online

Kini pendaftaran tidak lagi memerlukan kita berjumpa ejen dan tak perlu lagi mengisi borang secara offline. Kadang-kadang orang kita memang leceh nak isi borang atau nak pergi jumpa. Jadi kini ia telah dipermudahkan lagi.

Urusan untuk aktifkan Mykad kini boleh dilakukan secara online, ia lebih mudah dan menyenangkan semua orang untuk mendaftar. Boleh dilakukan dimana-mana sahaja.

Jangan Tunggu Lagi

Untuk menyertai dan mendapat keistimewaan program ini teramatlah mudah. Jadi jangan tunggu lama-lama, jom aktifkan Mykad anda sekarang untuk menikmati pelbagai diskaun yang tersedia melalui program MyKad Smart Shopper.

Kini MSSP juga telah melancarkan aplikasi untuk smartphone iaitu Mykad Smart Shopper Discover. Pastinya dengan adanya aplikasi seperti ini akan memberi tambah nilai dan kelebihan kepada semua pengguna.

Cuma satu perkara yang aku perasan pasal MSSP ini adalah kurangnya promosi, walaupun sudah beberapa tahun ia diperkenalkan namum kadar penembusan program ini di hati masyarakat agak kurang. Rangka promosi yang masih kurang mungkin menjadi salah satu faktor, kenapa program ini kurang mendapat sambutan, samaada daripada pengguna dan peniaga. Pada pendapat aku, jika kita mahu program ini berjaya, ia perlu diberikan promosi yang padu dan berikan kesedaran kepada seluruh rakyat.

Contest SEO Jom Aktifkan Mykad

contest SEO Jom Aktifkan Mykad

Satu lagi contest SEO sedang berlangsung, dan aku menyeru kepada rakan-rakan blogger untuk turut serta memeriahkan contest ini.

Contest ini akan berlangsung bermula 2 Disember 2014 sehingga 2 Mac 2015. Dengan tawaran hadiah pun cukup lumayan.
Tempat Pertama : Wang Tunai RM500
Tempat Kedua : Wang Tunai RM300
Tempat Ke Tiga : Wang Tunai RM200
Hadiah Saguhati (Tempat Ke 4-10) : Wang Tunai RM50 bagi setiap pemenang
Contest ini dianjurkan oleh Blog Coretan Anuar ditaja oleh aktifmykad.com


Baca juga:


62 Komen untuk "Jom Aktifkan Mykad"

avatar

Dah dengar tentang ni tapi tak tahu lagi bagaimana sistem berfungsi..

avatar

ada lagi kontest SEO. boleh cuba la nie

avatar

bagus info ini..terima kasih kerana berkongsi

avatar

Assalammualaikum....BL,

wah.. seronoknya , ada contest SEO nie... boleh cuba lah nie..

mselim3

avatar

program ni dah lama bertapak.. cuma kita aje yang masih tak nak aktifkannya.. jom la kita ajak sedara mara..kawan-kawan untuk aktifkan mykad kita... daripada berkulat dalam wallet baik guna untuk kebaikan

avatar

MyKad kita ni sebenarnya ada banyak function. Tapi, banyak features yang kita tak tau dan kadang, agensi yang berkaitan pun tak tau nak implementkan macam mana.

So, bagus jugaklah ada inisiatif macam ni untuk kesedaran orang ramai.

avatar

ooo.. macam kumpul point ke nih..

avatar

lepas ni semakin berharga la mykad ni hehehe

avatar

jom pakat kita ramai-ramai kecoh kat blog pasal aktifkan mykad ni.. huhu..

avatar

wah bestnya....nak cepat2 daftar la mcm ni.Tq atas perkongsian.

avatar

Tak pernah aktifkan lagi. Mungkin nak aktifkan jugak kalau lepas nih kuat sangat bershopping.

avatar

Fitur ini sangat bagus sekali untuk kartu kita. Teknologi ini pun kini sedang marak di negara kami :)

avatar

Program ni dah lama saya rasa, cuma tak ramai yang tahu. Dah tahu tu Jom Aktifkan Mykad sekarang

avatar

Memang ramai yang tak tahu lagi nihh..

avatar

Bagus ni cuma ic kena sentiasa jaga2 jngn sampai hilang pulak... sayang nanti...

avatar

peluang yang ada jangan dilepaskan, nampak banyak juga kelebihan ic ni

avatar

bagusnya mykad ni, boleh buat macam macam rupanya


jom sertai peraduan TONTON DAN MENANG !!!

avatar

first time dengar pasal program nie. awat lah tak diwar2kan kat media, kan? rasanya ramai yg tatau lagi. saya pun baru ganti mykad baru,.nnt nak try aktifkan. terima kasih share info nie ya.

avatar

artikel yang menarik tau awak. semoga berjaya tau :)

avatar

Dengan MyKad pun boleh buat macam2 dah la ni kan...

avatar

Wahhh Dah join dah dia..selamat maju jaya..

avatar

ramai saya tengok buat contest ni, mula-mula ingatkan MLM hehe

avatar

Betul, lagipun nak aktifkan percuma je. Jom aktifkan mykad sekarang

avatar

Mykad dah ada 50 aplikasi, banyak tu kan. Salah satunya program ni. Jom aktifkan mykad

avatar

Dulu saya pernah ditawarkan untuk buat bisnes ni. Kira ala-ala network marketing jugak. Susah nak buat keputusan sebab company masih baru dan vendor yang participate pun semua yang jenis mahal-mahal dan tak dikenali (dulu la)

avatar

Mantap entri. Semoga berjaya bro.

avatar

Syarat kontest tu terlalu longgar lah, boleh manipulate.

avatar

longgar macam mana tu bro..hu3..boleh kemukakan cadangan kepada pihak penganjur

avatar

terima kasih bro...entri bro pun apa kurangnya

avatar

lebih kurang la, kumpul point dan tebus hadiah. Jom aktifkan mykad sekarang

avatar

Longgar macam mana tu, nak tau juga

avatar

selamat berjaya dalam contest ini.

avatar

terperasan ada contest seo ' Jom Aktifkan Mykad' rupanya...
jom pakat2 join

avatar

Entri nhe macam di gam di kedudukan teratas first page saja..Semoga berjaya bro

avatar

sekarang pun dah berharga mak jemah =)

avatar

betul tu CP, langsung tak bergerak kedudukannya

avatar

bagus juga nie, dan boleh daftar terus

avatar

Untuk pengetahuan semua, pengaktifan MyKad juga boleh dibuat secara online dengan mengisi terus borang sendiri pada pautan dari portal ASAL Affiliate Junction di --> SINI

avatar

nice info..baru tahu..terima kasih..

avatar

kalau dah tau jom aktifkan mykad ye sis =)

avatar

best ni.. memang mudah je kalau dah aktifkan.. kaki shopping patut aktifkan.. haha

avatar

betul tu, kaki shopping tak patut lepaskan peluang ini

avatar

semoga berjaya bro dalam contest Jom Aktifkan Mykad ni ye ;)

avatar

haaaaa... aku baru buat mykad baru

avatar

mudah dah senang kalau kita nak membeli belah rupanya

avatar

singgah dari contest yang sama juga.. moga berjaya :)

avatar

Semakin berharga lepas Mykad kan.
Bagus jugak.
All in one sahaja.
Tapi rasa macam nak join je contest nie kan.
Bukan takat SEO je tapi leh bagi informasi kat orang lain jugak kan.

avatar

Semakin ramai yang join kontest ni ye ... well, good luck ...
keyword jom aktifkan mykad ni pun tak banyak sangat saingan .. mesti boleh berjaya punyalah.

www.hasrulhassan.com

avatar

Assalamualaikum... Peluang cerah nih! Good entri dari pakar SEO!
Semoga berjaya dalam contest jom aktifkan mykad ini ya!... :)

avatar

wahh mesti ramai yang akan aktifkan mykad lepas nie kan..gud luck ye Bro

www.bakul2011.com

avatar

Bagus jugak ada kontest jom aktifkan mykad ni. ramai lagi yang tak tahu pasal program MyKad Smart Shopper ni kan.

avatar

goodluck BloggerLelaki . jom singgah entri saya :)

http://www.blogparihh.com/2015/01/jom-aktifkan-mykad.html

avatar

Semakin sengit saingan dr hari ke sehari..semoga berjaya

avatar

Selamat berjaya bro,aku pun baru je join contest ni

avatar

BL mesti mampu tersenarai top 3 untuk contest ni..gud luck ;-)

avatar

bgus btul entri ni..suka...btw, visit and follow me on shukranzahari.blogspot.com ..Happy blogging

avatar

susah nak cakap sebab...persaingan cukup sengit

avatar

Makin ramai yang join contest seo Jom Aktifkan Mykad. Moga entri berada dikedudukan yang baik.

avatar

Terbaik la blog nie....apa pun gud luck ok..

ikhlas

www.bakul2011.com

New comments are not allowed.