blogger lelaki logo

Gambar Banjir Di Kelantan 2014

21 Komen
Pada tahun ini bencana banjir besar melanda negeri Kelantan. Pada tahun 2014 ini ada yang kata lebih teruk berbanding banjir besar pada tahun 2007.

Aku sebagai anak Kelantan menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia mendoakan mangsa banjir.

Cuaca masih tidak menentu di negeri-negeri pantai timur. Aku sendiri masih dalam bersiap sedia kemungkinan banjir yang bakal melanda.

Doa aku semoga banjir pada tahun ini tidak seteruk yang aku hadapi pada tahun lepas.

Kepada mangsa banjir semoga bersabar dengan dugaan ini. Aku faham akan kesusahan mangsa banjit ini, sebab aku sendiri pernah alami pada tahun lepas.

TABUNG BANTUAN MANGSA BANJIR

  1. Setiap satu komen di blog Denaihati dari 25/12/2014 sehingga 31/12/2014 bernilai RM1 jadi komenlah sebanyaknya.
  1. Kepada pembaca yang nak membantu secara tunai sila bank in ke SINI. Tabung bantuan tunai akan ditutup pada 11.59 pm, 31/12/2015.
  1. Sila klik “Info Banjir Terkini” untuk mengetahui status bencana secara online.

Gambar Banjir Di Kelantan 2014










21 Komen untuk "Gambar Banjir Di Kelantan 2014"

avatar

Semoga banjir cepat surut dan keadaan kembali seperti biasa..dan semoga selamat semuanya..

avatar

Semoga cepat surut & semoga tiada yg lebih memburukkan lagi berlaku... aamiin. Dah cukup buruk dah mcm tu...

avatar

Semoga cepat surut air dekat kelantan

avatar

Ui sungguh merbahaya..

avatar

hujung tahun ada sahaja akan landa banjir. moga musibah ini tabah redha hadapinya..

avatar

Memang teruk banjir kali ni. Tapi pelbagai agensi dah cuba yang terbaik untuk mangsa.

avatar

kawan fyna pun ada share kan gambar di kawasan rumah dia. di area pasir mas. memang teruk kan. semoga banjir yang tengah melanda ini akan surut secepat mungkin. admin duk di area mana pula?

avatar

semoga mangsa-mangsa banjir tabah menghadapinya..tengok gambar pun dah dahsyat

avatar

kampung saya di Kemaman. Mengikut cerita grup sekolah lama, air makin naik wpun tak hujan..

moga semua selamat. last year kampung saya memang teruk sekali banjirnya..

avatar

Hujan masih turun di bumi Pantai Timur. Sama-samalah kita doakan agar hujan semakin reda dan banjir cepat-cepat surut.

avatar

subhanallah ... buatlah persiapan awal supaya dpt selamatkan harta yg sgt diperlukan dlm kehidupan ... speechless bila tgk gambar2 di atas ...

avatar

Alahai... kesiannya tgk bencana banjir.... sekelip mata rosak habis harta benda... huhuhu.... semoga smua yg terlibat tabah...

avatar

simpati keatas mereka yang menerima musibah ini

avatar

Nampak kesusahan yang dialami oleh penduduk pantai timur akibat bencana alam.

avatar

Banjir kali ini di Kelantan sungguh teruk. Melihat gambar2 diatas jelas sekali membuktikan kebenarannya. Semoga banjir ini segera berakhir dan berilah kekuatan buat mangsa2 banjir utk terus menjalani kehidupan dgn baik...amiin

avatar

Dah macam kena tsunami dah impaknya... teringat kejadian kereka naik atas kereta kat jalan sungai buloh-kepong, lebih kurang 11 tahun dulu, hujan+air naik sikit je masa tu dah jadi camtu... inikan banjir macam ni

This comment has been removed by the author. - Delete
avatar

allahu akbar
sama-sama lah kita doakn air surut..selamatkan lah umatmu YA ALLAH,di sebalik ke ujianmu ini pasti ada hikmahNya.

avatar

Astaghfirullahaladzim 3x... perbanyakkan istighfar... kmudian mntak pertolongan Allah... hnya Dia plindg yg trbaik...

avatar

YA ALLAH, lindungi semua hamba mu dari segala bencana. Bantulah mereka yang dilanda banjir. Harap pemimpin negeri bantu dan majukan negeri dan Jaga kesejahteraan rakyat sebelum hendak laksanakan hudud.

avatar

Sedih dan hiba melihat kerosakan dan kehilangan kediaman mangsa banjir, namun Allah Maha Penyayang kepada hambaNya.Semoga semua mangsa bertabah dengan ujian yang diberi Allah

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.