Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Dunia Selepas 10 Tahun : 2004-2014

Terowong masa, Sejauh mana teknologi itu memberi kesan kepada kehidupan kita sejak dari 2004 sehingga 2014. Apakah perubahan dalam dunia teknologi? Adakah ia masih relaven setelah 10 tahun berlalu?

Aku yakin semua orang akan bersetuju dengan pendapat aku, teknologi berkembang cukup pantas dalam 10 tahun kebelakangan ini. Dan kini manusia dan teknologi telah menjadi 'kawan baik'. Malah sudah boleh kita gunakan istilah adanya ketagihan teknologi.

Kemajuan Dunia Selepas 10 Tahun (2004-2014)

Ini aku ada beberapa kemajuan dunia yang sempat aku guna dalam tempoh 10 tahun kebelakang ini. Kemajuan yang berubah begitu ketara mengikut peredaran zaman, dan siapa yang sangka kini kita hidup bersama dengan semua teknologi ini.

Tidak disangkal, semua kemajuan kini telah banyak menbantu memudahkan urusan seharian kita semua.

Malah fenomena kemajuan manusia ini juga ada diantaranya telah membawa bahana ketagihan teknologi terkini kepada sesetengah manusia.

1. Kelahiran Facebook


Dunia Teknologi Selepas 10 Tahun 2004-2014


Sebelum kewujudan facebook, sudah ada beberapa laman sosial yang terlebih awal wujud seperti Friendster, Myspace serta LinkedIn.

Namum Facebook mengambil masa hampir 2 tahun untuk memintas Myspace, lalu menjadi laman media sosial yang paling popular sehingga kini.

Lebih kurang 85% daripada penduduk di dunia mempunyai akses kepada Internet, jumlahnya mencecah 7.1 bilion orang. Dan daripada 1.28 bilion itu adalah pengguna Facebook.

Walaupun begitu ada juga beberapa laman sosial lain yang ada penggunanya sendiri seperti Twitter, YouTube, LinkedIn, Instagram, Pinterest, and Google+.

Dan kini setelah 10 tahun, laman sosial ini masih gah dan belum ada tanda ada persaing yang mampu mengugat kedudukan Facebook.


2. Kemunculan Mozilla Firefox

Dunia Teknologi Selepas 10 Tahun 2004-2014


Pada tahun 2004 juga kemunculan Mozilla Firefox sebagai browser pilihan dan menenggelamkan Internet Explorer (IE).

Firefox muncul pada 10 tahun yang lepas, menjadi popular kerana kepantasan web browser ini untuk pengguna melayari internet.

Namum pada tahun 2014, nasib Firefox seakan sudah agak tenggelam sedikit selepas kehadiran Google Chrome yang menjadi pilihan ramai setakat ini. Dan jangan terkejut kini ranking Firefox berada dibawah IE, menurut StatCounter.


3. Bluetooth Teknologi Tanpa Wayar.

Dunia Teknologi Selepas 10 Tahun 2004-2014

Sepuluh tahun yang lalu, penggunaan Bluetooth tidak seperti hati ini. Teknologi tanpa wayar Bluetooth V2.0 muncul pada tahun 2004. Penemuan teknologi Bluetooth sebenarnya sudah bermula sejak dari tahun 1994 lagi.

Pada masa itu yang aku tahu hanyalah untuk transfer gambar/file di telefon bimbit. dengan kelajuan 2.1 Mbit/s lebih laju daripada teknologi Infrared.

Kini teknologi tanpa wayar Bluetooth sudah diaplikasikan di dalam pelbagai barangan, daripada rumah, pejabat hingga ke dalam kereta. Bermacam produk yang menggunakan teknologi Bluetooth seperti headphone, mouse, printer dan banyak lagi.


4. Fenomena Skype Meletus.

Dunia Teknologi Selepas 10 Tahun 2004-2014


Skype lahir pada Ogos 2003, dan tahun 2004 ia mula di gila ramai dan merebak keseluruh dunia. Pada masa itu pengguna internet begitu teruja dengan Video Chat. Dan menjadi salah satu alat perhubungan video yang percuma selagi ada internet yang cukup laju.


5. Revolusi Telefon Bimbit

Dunia Teknologi Selepas 10 Tahun 2004-2014


Pada 10 tahun dahulu, jenama telefon bimbit yang mendominasi pasaran adalah Nokia. Pada masa itu kalau tak silap aku OS yang digunakan pada sesetengah telefon bimbit adalah Symbian.

Dan pada hari ini teknologi sudah jauh berbeza, OS yang top kini adalah Android dan iOS. Malah lebih teruk, nama Nokia kini seakan tenggelam timbul, jenama Samsung dan Apple iPhone pula kini sedang mendominasi dunia.


Secara nyata dunia cepat berubah, apakah yang bakap berlaku untuk 10 tahun yang akan datang. Dan apa pula teknologi yang akan cucu cicit kita nikmati selepas ini.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail