Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Dilarang Melaram Tak Nampak Wajahmu

Melaram biasanya kita akan tujukan kepada kaum wanita, kalau ada kaum lelaki yang melaram pun mungkin ia tak sehebat kaum wanita. 

Melaram kaum lelaki mungkin hanya dengan rambut sikat belah tepi, pakai baju Polo, berseluar Yankee dan berkasut Clark.

Dilarang Melaram Tak Nampak Wajahmu

Tetapi, apabila sesetengah kaum wanita melaram, mereka akan bersolek - tak semua tapi segenlintir je kan..kan..kan...

Memang bagus berhias tapi kalau dah bedak disapu setebal 1 inci, gincu merah menyala dan pembayang mata warna hijau serta tak lupa bulu mata tambahan panjang sedepa.

Muka berubah, jerawat batu pun dah tak kelihatan lagi.

Jangan salah faham, ini bukan entri mengutuk. Aku tak kata salah pun berhias diri. Cuma jangan keterlaluan. Sampai orang lain tengok lain macam, tapi kau rasa kau lawa dengan solekan semacam itu.

Nasihat aku kepada wanita, anda dilarang melaram tak nampak wajahmu, kekalkan kejelitaan semulajadi, sesungguh itu lebih indah dan jelita.


Dilarang Melaram Tak Nampak Wajahmu

Kita selalunya akan menutup kekurangan kita dengan sesuatu yang indah. Kenapa?

Sebab kita nak alih perhatian, kita nak orang lain tengok kita dari sudut yang cantik-cantik sahaja. Jadi jalannya adalah tutup cela itu dan lapiskan dengan kecantikkan.

Betullah caranya itu, sebab kita memang tak disuruh untuk buka keaiban kita sendiri.

Namum apabila kita melaram untuk menperdaya, itu silapnya. Sebab kita cuba menipu orang lain untuk kepentingan diri sendiri.

Depan-depan muka kau lawa dan manis, tapi di sebalik wajah itu tersimpan niat busuk menperdaya untuk kepentingan diri kau semata-mata.

Mungkin orang akan sebut itu sebagai "talam dua muka", jadi aku sarankan kau dilarang melaram tak nampak wajahmu.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail