blogger lelaki logo

Blogger Lelaki di Review oleh Eizil.com

18 Komen
Beberapa hari yang lepas blog aku telah di'review' oleh blogger yang tak asing lagi, iaitu Eizil.com. Siapa yang tak kenal dengan blogger yang hebat dengan 'coding' ini, kiranya blog aku memang bertuah mendapat review daripada pakar.

Jutaan terima kasih aku ucapkan kepada Bro Eizil yang sudi review blog aku dan memberikan sedikit pandangan untuk menambahbaik lagi prestasi blog ini. Semua cadangan itu akan aku perbaiki dari semasa ke semasa.

Sebenarnya penting juga sesi review macam ini selalu dibuat. Sekali sekali kita mahu juga dengar pendapat yang jujur tentang blog kita, apa yang kurang apa yang terlebih. Mungkin dari sudut pandangan kita terlepas pandangan, dan ianya terlintas di pandangan mata orang lain.

Jadi segala teguran dan cadangan akan aku ambil secara positif. Akan aku gali sehingga ke lubang cacing untuk perbaiki setiap sudut blog aku ini...hehehe

Blogger Lelaki di Review oleh Eizil.com


Blogger Lelaki di Review oleh Eizil.com

Sebenarnya aku pun sudah lupa yang aku ada sertai segmen review percuma blog oleh Eizil.com ini. Kiranya ini bonus akhir tahun buat blog aku. Jadi ini beberapa cadangan daripada Bro Eizil untuk aku perbaiki.

1. Masalah di ruangan Header.

Ya, aku akui sememangnya aku terlepas pandang yang logo itu tidak boleh di klik. Itu bukan sengaja, itu adalah kesilapan aku.

Sebenarnya aku baru sahaja memasukkan logo kecil itu dibahagian header selepas mendapat review ringkas daripada Bro Framestone di Facebook, bro cakap header aku agak hambar, jadi cuba letak logo di tepi "Blogger Lelaki".

Tapi sekarang, bahagian logo "BL" itu sudah aku perbaiki, sudah boleh di klik...tak caya try la klik. Malah aku sudah berikan sedikit sentuhan seni 'tona tak sekata' disitu.

Sekarang apa pula pendapat korang, boleh blah? ke tak boleh blah?..hahahaha


2. About Me yang terlalu ringkas.

Aku pun tak tahu nak tulis apa dekat situ, dan aku masih belum edit pada bahagian itu, mungkin otak aku masih belum stabil selepas terkena banjir.

Mungkin ruangan 'About Me' akan aku edit pada tahun 2015 nanti.


3. Penggunaan Heading

Penggunaan Heading dalam penulisan blog aku rasa seperti 'yoyo'. Ada masanya ada, adakalanya tiada. Sebab aku tulis ikut mood juga, jika enti itu perlu padat dan ada banyak isi, selalunya penggunaan Heading aku jadi lengkap.


4. Penulisan yang bermanfaat.

Aku cuba sedaya upaya untuk mencari bahan yang bermanfaat untuk dikongsikan di dalam penulisan blog aku ini. Terutamanya menyampaikan ilmu yang bermanfaat kepada semua.

Sekali sekala aku suka berkongsi pasal sejarah yang jarang kita ambil tahu. Kadangkala, aku sekadar memberi pesanan di dalam satu entri yang ringkas dan santai.

Blogger Lelaki di Review oleh Eizil.com
Keadaan blog semasa di review.

Rumusan

Aku sendiri rasa blog aku masih banyak perlu diperbaiki, terutama dari segi pengisian. Mungkin ini azam aku ditahun hadapan untuk memantapkan lagi blog aku ini.

Terima kasih sekali lagi kepada Bro Eizil, jika anda semua ada juga cadangan untuk blog aku ini, boleh kemukan di bahagian komen.

Jutaan terima kasih juga buat pembaca yang sudi singgah ke blog aku ini, itulah sumber kekuatan aku meneruskan blog ini. Sekian, terima kasih.

18 Komen untuk "Blogger Lelaki di Review oleh Eizil.com"

avatar

Tahniah dapat review percuma dari sifu! Sesi review blog memang sangat penting bagi seorang blogger untuk menghasilkan blog yang mantap dan di sukai ramai.

avatar

Bertuah dan tahniah kerana dapat review dari seorang pakar dan punya banyak pengalaman. Apa yg jelas...blog ini sebenarnya sudah cukup baik dan kini nampaknya semakin hebat!

avatar

Tahniah kerana mendapat review percuma dari eizil. Dah test , logo boleh klik. hehe

Okay , About Me bro , memang simple. :) Nak tahu lebih lanjut , kena la gi tgk kat profile google plus plak kan.

Merasakan Logo BL yang berulang sebagai background di ruangan bawah header tu , macam kurang menarik... :P

avatar

About me pun aku nak edit gak.. hehe.. harap2 2015 ada blogger buat sesi review.. nak join.. haha..

avatar

nampaknya lepas ni mungkin akan lebih hebat lagi..:D

avatar

Bestnya ada org review blog kita. sekurang2nya kita tahu nanti mana salah dan silap dipandangan mata orang

avatar

Bestnya ada org review blog kita especially daripada blogger yang terkenal pula :-)

avatar

Wah, bestnya dapat review dari eizil,

Sesi review ni memang bagus sebab kita akan tahu pandangan orang lain terhadap blog kita.

Tahniah2!. Dapat revoew dari sifu!.

Sya terlepas pula peluang ni. Huuhu

Takpe, mungkin ada rezeki sya lain kali.

avatar

Menarik ni dpt komen membina sebegini :)

avatar

Alhamdulillah... BL amat bertuah dapat direview oleh blogger berilmu spr Eizil. Semoga ia menjadi pencetus inspirasi utk blog BL terus berjaya dlm berblogging.. Semoga BL terus sukses... aamiin.. :)

avatar

saya suka blog ini..laju,kemas dan tulisan big size

avatar

Di review itu mmg menarik kan dari situ dapat lihat kelebihan dan kekurangan nya ..hehe best dapat review dari teman blogger :)

avatar

good luck, lanjer2. top3 dlm tgn ter.

avatar

komen yang membina seperti inilah yang kita nak dengar kan...nak juga tahu apa pandangan blogger otai tentang blog kita..apa yang perlu diperbaiki..apa yang perlu dan apa yang tidak perlu di dalam blog...

avatar

Bagus kena review macam ni kan..boleh tambah baik..

avatar

patot lah traffic blog naik - kedaionlinemy.com

avatar

penggunaan heading tu kalau boleh kena selalu amalkan, teutama sekali kalau nak melibatkan SEO, tu pengalaman aku la... hehehehe

avatar

Tahniah sebab mempertingkatkan lagi mutu penulisan blogging. Semoga lepas ni bertambah2 la rezeku buat duit dengan blog ni BL

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.