Bantuan Buat Mangsa Banjir

Bantuan Buat Mangsa Banjir

Alhamdulillah, keadaan banjir di kawasan aku sudah semakin pulih. Walaupun tidak 100% air bah sudah surut, namum beberapa kawasan yang ditenggelami air telah mulai surut perlahan-lahan.

Dikawasan kejiranan aku boleh dikatakan sudah pulih, namum masih di dalam keadaan berjaga-jaga, risau juga kalau ada gelombang banjir seterusnya.

Bantuan Buat Mangsa Banjir

Dikawasan kejiranan aku selama 3 hari ditenggelami air banjir. Syukur, rumah aku air hanya mencecah longkang ditepi pagar. Namum demi langkah keselamatan isteri dan anak aku berpindah menumpang di rumah jiran aku di kawasan yang lebih selamat.

Selama 3 malam aku tak tidur, mata sukar nak tutup sambil merenung air, adakah ia semakin naik, atau semakin surut. Lebih mendebarkan apabila disaat-saat menanti tiba-tibanya waktu air pasang besar.

Pada malam 24 Disember, air pasang besar telah memberi kesan yang teruk, hujan pada malam itu tidak selebat mana.

Air bah naik secara mendadak. Dalam masa 4 jam sahaja, air sudah naik ke kawasan kejiranan aku. Padahal kalau menurut orang lama disini, kawasan kejiranan kami adalah antara tempat yang paling tinggi.

Bantuan Buat Mangsa Banjir

Disebabkan tahun lepas kawasan rumah aku turut ditenggelami air, persiapan menghadapi banjir lebih awal kami lakukan.

Aku pada tahun ini adalah mangsa banjir yang terjejas sedikit sahaja. Tidak seperti banjir yang aku alami pada tahun lepas.

Namum begitu selama 3 hari, keresahan dan kesusahan mangsa banjir turut kami rasai.

Makanan ala kadar, makan apa yang ada. Bekalan eletrik terputus, talian telekomunikasi tak stabil dan segela keresahan risaukan keselamatan anak dan isteri.

Kepada mangsa banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang serta negeri lain yang terjejas teruk, rumah ditenggelami air, rosak harta benda. Semoga kalian semua banyakkan bersabar. Ada hikmahnya semua ini berlaku.

Dan apa kata buat mereka yang mahu meringankan beban semua mangsa banjir ini, anda boleh salurkan sumbangan anda seperti dibawah ini.

TABUNG BANTUAN MANGSA BANJIR
  • Setiap satu komen di blog Denaihati dari 25/12/2014 sehingga 31/12/2014 bernilai RM1 jadi komenlah sebanyaknya.
  • Kepada pembaca yang nak membantu secara tunai sila bank in ke SINI. Tabung bantuan tunai akan ditutup pada 11.59 pm, 31/12/2015.
  • Sila klik “Info Banjir Terkini” untuk mengetahui status bencana secara online.
  • Anda juga boleh dapatkan info banjir terkini di laman facebook JPS, sila kilik [SINI] . Serta di laman web JKR, sila klik [SINI].

Share this:

Disqus Comments