Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan

Pengambilan vitamin Shaklee bagus untuk kesihatan kita, jika diamalkan secara berterusan dan mengikut aturannya. Shaklee ada menyediakan makanan tambahan yang sangat berkhasiat. Ia sesuai untuk diamalkan oleh seisi keluarga yang inginkan kesihatan yang lebih baik.

Artikel ini adalah entri untuk contest pada tahun lepas pada tahun ini pula aku sertai contest review lynk.my 2015. Jom baca artikel penuh artikel kesihatan ini.

Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan

Vitamin Dan Kesihatan

Kita semua juga tahu bahawa vitamin amatlah penting bagi tubuh badan kita agar sentiasa sihat. Vitamin merupakan nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita untuk pertumbuhan dan tubuh kita berfungsi dengan sempurna.

Terdapat beberapa jenis-jenis Vitamin yang perlu kita tahu iaitu Vitamin A, B1, B2, B3, B5, B6, B7, B9, B12, C, D, E & K

Kesan kekurangan vitamin ini akan menyebabkan kesihatan kita terganggu, jenis masalah kesihatan itu bergantung kepada jenis vitamin tersebut.

Sebagai contoh, jika kita kekurang vitamin A akan ada kesan masalah mata, jika kekurangan vitamin D akan akibatkan sakit sendi dan otot, dan ada banyak lagi masalah kesihatan yang berpunca daripada kekurangan vitamin diambil oleh badan.

Vitamin tidak boleh dibina oleh sistem badan kita, antara cara yang berkesan untuk tubuh kita mendapatkan vitamin secukupnya adalah melalui permakanan seimbang. Tetapi sejauh mana kesedaran kita terhadap permakanan seimbang?

Adakah tabiat permakanan seharian kita mengikut piramid makanan? Agak sukar bukan? mungkin kita perlukan seorang pakar nutrisi peribadi.

Lagipun, Vitamin mudah rosak dan berubah bentuk apabila terkena panas dan asid. Dapatkah kita memastikan badna kita mendapat vitamin secukupnya tanpa ia rosak begitu sahaja.

Jadi apa yang kita perlukan adalah  suplement atau makanan tambahan yang dapat mengoptimunkan kandungan vitamin yang masuk ke dalam badan kita. Jika sistem tubuh badan kita mengadungi vitamin yang cukup, insyallah kita sukar untuk ada masalah kesihatan yang teruk.

Dengan adanya produk daripada Shaklee, syarikat terkemuka bertaraf dunia. Kita tidak perlu risau soal pengambilan makanan seimbang yang bagus untuk kesihatan tubuh badan.

Produk kesihatan dan kecantikkan ini sudah diakui bermutu dan berkualiti sejak sekian lamanya, dengan cara pengambilan yang betul dan teratur, insyallah dapat ia dapat memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat.

Kenapa Produk Vitamin Shaklee yang bagus untuk kesihatan kita.

Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan

Shaklee amat mementingkan kawalan mutu di dalam setiap penghasilan produk mereka, dan mengutamakan alam semulajadi. Cara penyembuhan secara semulajadi menjadi prinsip utama syarikat ini.

Shaklee sebenarnya bukan ubat, tetapi ia memulih dan memelihara sistem tubuh badan kita secara semulajadi, melalui sistem dalaman tubuh badan yang menyerap segala zat daripada vitamin yang dimakan.

Sebab itu bagi setiap orang dan setiap penyakit, pengedar akan syorkan produk yang berbeza mengikut keperluan dan berdasarkan masalah kesihatan kita. Malah kena juga ikut aturan permakanan yang betul, agar khasiatnya dapat diserap oleh badan dengan sepenuhnya.

Vitamin Shaklee memang bagus untuk kesihatan kita, jika diamalkan permakanan yang betul. Jadi sila rujuk dengan pengedar yang sah untuk mendapatkan nasihat serta tips agar masalah kesihatan kita dapat diatasi.

Set Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan.

Setelah aku buat banyak pembacaan pasal vitamin Shaklee ini, aku dapati ada banyak set vitamin yang boleh kita semua amalkan mengikut kesesuaian diri masing-masing.

Antara set vitamin yang sering dipromosikan oleh pengedar adalah:
  • Set Berpantang/Bersalin
  • Set Kehamilan
  • Set Penyusuan
  • Set Penjagaan Rambut
  • Set Resdung
  • Set Kurangkan Berat Badan
Namum begitu, kita perlu juga tahu cara mengambil vitamin yang perlu dijaga agar segala usaha kita tidak menjadi sia-sia. Ini penting kerana setiap vitamin yang kita ambil dapat diserap sepenuhnya oleh sistem tubuh badan kita.

Pengambilan Vitamin Perlu Konsisten.

Masalah utama kita dalam menjaga kesihatan adalah disiplin, jika tiada disiplin, ambillah ubat apa atau suplement apa sekalipun, ia agak sukar untuk berkesan. Kita kena ikut jadual dan cara permakanan mengikut apa yang dicadangkan.

Produk Shaklee ini bukan sahaja untuk orang sakit, orang yang rasa diri dia tak ada penyakit pun boleh amalkan untuk kekalkan kesihatan diri berada ditahap yang bagus. Bagi memastikan tubuh badan kita mendapat zat yang cukup.

Ada juga set vitamin shaklee yang boleh digunakan untuk menghilangkan stress. Mungkin ini akan menjadi salah satu cara untuk anda mengatasi stress.

Anda boleh juga cuba untuk kempiskan perut buncit anda dengan pengambilan suplement set kurus. Insyallah vitamin shaklee bagus untuk kesihatan seisi keluarga. Boleh diamalkan oleh isteri, suami, anak-anak dan atuk nenek pun boleh cuba.

Vitamin Shaklee Itu Bukan Ubat

Sebab mencegah itu lebih baik daripada mengubati, jadi dengan mengambil suplemen yang bagus seperti inilah akan buatkan kesihatan kita berada ditahap yang baik. Apabila sudah ditimpa penyakit nak berubat mungkin agak sukar, mungkin ada peluang untuk sembuh tetapi mungkin juga kita terpaksa habiskan lebih banyak duit.

Dan jangan menganggap produk ini hanyalah untuk kaum wanita, padahal kaum lelaki juga memerlukan vitamin. Setiap orang daripada kita memang memerlukan vitamin. Persepsi ini harus dibuang agar setiap orang menjaga kesihatan diri masing-masing.

Shaklee
Shaklee adalah Produk Kesihatan, vitamin dan supplement yang bagus untuk pemakanan semula jadi yang mempunyai rangkaian pengedar jualan terbesar di Malaysia.

Mempunyai pakar-pakar dalam penyelidikan nutrisi yang sentiasa memastikan produk Shaklee Sentiasa Selamat, Sentiasa Bekerja, dan Sentiasa Hijau.

Di Shaklee, mereka percaya alam semulajadi adalah jawapan kepada kehidupan yang lebih panjang, sihat dan produktif.

Anda boleh mendapatkan khidmat nasihat dari pengedar sah Shaklee iaitu:YatiAdam (Perak), WinaWellness (Pulau Pinang), ElnaOmie (Johor Baharu),BondaSihat (Sabah), IzzyAdlina (Selangor), RanauHealthyVitamins (Sabah),ShanaSharafas (Selangor), VitaminSiCilik (Johor Baharu), IreneVitamin (Sabah),SihatVitamin (Seremban).

Jangan lepaskan peluang untuk mencuba produk Shaklee. Sudah ramai yang menggunakan produk Shaklee dan merasai kesannya.

Anda Bila Lagi?

Oh Ya. Contest Bonus Akhir Tahun ini dianjurkan oleh Akma Omar dan ditaja oleh pengedar sah Shaklee serta ditaja oleh Bee Venom Malaysia, Vitamin Kesihatan, Blog Jawatan Kosong Kerja Kerajaan, Jawatan Kosong Kerajaan Terkini,Exam SPA Online, Kongsi Bersama Nora, Dunia Vitamin Resources, dan UmmiMama.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail