Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Terbaik Dari Langit

Kita sering menadah tangan, mengharapkan yang terbaik dari langit. Doa kita tanda kita hanya bergantung kepada-Nya. Tiada selain-Nya. Berserah dan redha.

Jangan kita sombong, lupa untuk menadah tangan dan meminta. Kerana Dia Maha Pemurah dan Penyayang. Siapalah kita ini, hanya mahkluk yang tak berdaya.

Rezeki yang terbaik dari langit yang pernah aku terima. Tanpa aku duga. Begitu besar kurniaan yang Maha Agong.

Terbaik Dari Langit

Terbaik Dari Langit #1

Aku mendapat pekerjaan, ketika hidup aku sudah putus harapan. Tiba-tiba aku mendapat berita dari langit, aku telah berjaya mendapat kerja tetap.

Sedangkan aku sendiri sudah berputus asa dan redha dengan rezeki yang ada. Rupanya ada rezeki yang datang tak disangka-sangka.

Terbaik Dari Langit #2

Selepas berkerjaya, aku melangkah lebih jauh. Dalam tempoh yang singkat, aku bertemu jodoh pula dengan isteri aku. Kami bercinta tidaklah begitu lama, 6 bulan lebih kurang dan bertunang 3 bulan.

Satu pertemuan jodoh yang bagi aku sungguh mengejutkan, sebeb itu orang cakap, jodoh pertemuaan ditangan tuhan. Jodoh aku datang juga ketika aku sedang berkelana, selepas kecewa dengan cinta pertama aku, awek cun idaman kalbu.

Terbaik Dari Langit #3

Selepas berkahwin, impian utama setiap pasangan adalah untuk menimbang cahaya mata. Kini puteri sulung ak sudah berusia 1 tahun 6 bulan. Walaupun sepatutnya aku mendapat anak kembar, seorang lagi anak aku sudah kembali menemui sang pengcipta lebih awal.

Terbaik Dari langit #4

Selepas kita memiliki rumahtangga. Menjadi idaman juga untuk memiliki rumah sendiri. Syukur Alhamdulillah, urusan permohonan pinjaman perumahan aku telah diluluskan. Jika tiada aral melintang. Pertengahan tahun depan aku akan tinggal di rumah aku sendiri,

Akhir Kata

Setiap pemberian tuhan, datang kepada kita tanpa kita duga. Hebatnya kuasa rezeki terbaik dari langit. Satu anugerah, satu nikmat untuk kita syukuri.

Bukan sekadar bertahmid, tetap syukur kita dengan mengikuti perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.

Kerana Allah tidak pernah mengharap kita membalas dengan emas dan wang ringgit. Cukup hanya dengan ketaatan dan ketakwaan kita persembahkan kelak.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail