blogger lelaki logo

Senior, Junior Dan Buli

23 Komen
Kisah buli kembali dipersada media massa tanahair. Aku tahu isu buli bukan isu yang baru. Sebelum wujudnya telefon Nokia 3310, kes buli sudah wujud di asrama-asrama.
Senior, Junior Dan Buli
Kini ia menjadi kecoh apabila ada tindakan mereka yang merakam aksi buli tersebut dan di muat naik ke internet, lalu tersebar. Dan orang ramai mulai panik, risau takut anak mereka yang tinggal di asrama kena buli dengan pelajar lain. terutamnay pelajar senior.

Zaman aku sekolah dahulu pun ada isu buli ini, setiap tahun pasti ada. Cuma yang menbezakannya adalah samaada ia kes buli yang besar atau sekadar buli kecil-kecilan.

Buli bagi aku ada beberapa kategori.

#Buli Tahap 1 - Ada golongan yang lebih kuat atau lebih tua, suka membuli pelajar baru (junior) dengan menyuruh si junior buat kerja untuk mereka. Seperti basuh baju, basuh kasut, lipat kain dan sebagainya, kiranya si senior tadi jadikan joniur sebagai kuli.

#Buli Tahap 2 - Ada juga kumpulan yang agak ganas sedikit, suka membuli pelajar lain dengan memeras ugut. Samaada mereka akan minta duit, sediakan stock ubat gigi dan sabun, dan juga kena sediakan walkman...hehehe..pendek kata mereka suka buli pelajar lain untuk dapat sesuatu.

#Buli Tahap 3 - Ya ini dikira tahap yang berat. Biasanya dperingkat ini akan melibatkan kes pukul atau bergaduh. Mereka ini apabila tidak puas hati dengan budak-budak junior, terus mereka ajak bertumbuk. Kononnya tak nak bagi budak-budak junior besar kepala.

Adakalanya dalam ketiga-tiga kategori diatas adalah daripda orang atau kumpulan yang sama...hu3..aqku ada sedikit nasihat kepada budak-budak junior yang baru nak masuk asrama.

# Tips 1 - Cepat cari kawan, kalau boleh carilah kawan daripada mereka yang lebih berumur. Sebab selalunya budak joniur yang rapat dengan budak senior  takkan kena buli. Disinilah pentingnya skill menbodek.

#Tips 2 - Orang selalu kena buli ini kebiasaannya adalah golongan mereka yang lemah, jadi kena jadi kuat. Macam mana nak jadi kuat? hantuk kepala ke dinding 40 kali...hahaha

#Tips 3 - Ada juga kumpulan budak-budak junior ini agak nakal, sebab itu sampai boleh tercetusnya provokais daripada budak-budak senior. Pantang budak senior lihat budak junior lebih daripada mereka. Jadilah budak yang baik-baik, tak kacau orang.

#Tips 4 - Baik dengan cikgu disiplin.

#Tips 5 - Jika jadi mangsa buli, jangan berdiam diri. Cuba beritahu kepada orang lain seperti kawan-kawan, ibubapa dan cikgu. Agar diri anda tidak berterusan dijadikan mangsa buli.

Aku dulu pun pernah tinggal diasrama, jadi kes buli ini sudah menjadi asam garam. Aku pernah saksikan depan mata kes buli.

Tapi aku tak pernah kena buli, jadi aku tak tahu perasaan mereka yang kena buli tu macam mana. Diharap budak junior semua bertabahlah.

23 Komen untuk "Senior, Junior Dan Buli"

avatar

Rasa seriau jugak nak bagi anak bersekolah di sekolah berasrama sejak kes2 buli ni semakin hangat...
Anyway..thanks for the tips...masa saya sekolah dulu..cara yang saya gunakan ialah cepat2 cari kawan...jadikan satu group..and kena baik2 jugak dengan senior.

avatar

Risau juga dengan anak-anak zaman sekarang.. buli tahap gangster. Tips ni insyallah boleh diturunkan pada anak-anak.. Thanks for sharing..

avatar

Assalammualaikum... BL,

risau gak anak2 kat sekolah kena buli.. mselim3 selalu pantau gak perkembangan anak2 . Sekarang macam2 gejala... apa yang penting ibu bapa dan guru2 memainkan peranan ..

mselim3

avatar

BL ni dulu buli tahap berapa pula? hehe. Tahap satu tu biasala. Mesti ada. Junior ibarat budak suruhan la. Tahap 2 dan tahap 3 tu dah nama menganiaya. Kesian budak-budak.

avatar

Yang part baik dengan senior tu, sy setuju.. haha.. tapi jgn plak baik dgn senior yg kaki buli..
My Recent Post : CARA RAWAT JERAWAT BATU DARI LUAR DAN DALAM

avatar

Elak jadi mangsa, satu hal. Lebih penting, jangan kita yang jadi pemangsa.

avatar

wah hebat juga bro..boleh elak dari kena buli.

avatar

Semakin menjadi-jadi orang viralkan video kes buli membuli ni..kementerian pendidikan kena cari solusi untuk mendidik anak2 supaya tidak menjadi pembuli dan mangsa buli

avatar

Entri ni buat aku terdetik nak buat satu entri pasal buli ni... sebab nak komen kat sini nanti jadi satu entri pulak, so baik aku buat 1 entri kat blog aku... hahahahaha... jemputlah singgah baca nanti ya...

avatar

kat asrama fyna dulu ade jugak kes buli macam nih. tetapi fyna nih jenis melawan. kesian tgk kwn2 yang kena buli.

avatar

tak suka buli kalau kita buli orang nanti benda akan balik pada kita juga suatu hari nanti

avatar

buli ni isu semasa . budak kena buli blh ambil tindakan undang2 . tapi klu org dewasa kena buli cara psikologi ... lagi sakit hati lah kan !

avatar

Ayat isu buli sudah ada sebelum wujudnya Nokia 3310 memang sungguh betul. Ntah zaman bila lah diorang ni praktikkan senior memang wajib buli junior

http://www.lovehutladyvitamin.com

avatar

pada zaman saya kebetulan kes kes nak ragging junior telah ditamatkan, jadi xda isu sangat

avatar

makin teruk gejala buli sekarang...sampai belasah sana sini...geram pula bila tengok video yang tersebar secara meluas tu di media sosial...haihhh, apa la nak jadi dengan budak-budak zaman sekarang ni..

avatar

betul tu...buli makin menjadi2 kdg2 teringat masa duk kat asrama dulu..memang sy akan mencari kwn yang lebih tua dan bodek mereka dengan maknan..haha..

avatar

edih bula lemah di buli oleh orang kuat kejam mereka ini..

avatar

Buli budak asrama perempuan tidaklah sehebat lelaki, tapi kami di buli dari segi mental. Kalau tak kuat memang boleh jadi sewel. hehehe.. Apappun rasa sangat risau dengan gejala ni. Tambah lagi apabila memikirkan bagaimana pula nasib anak-anak ku nanti. Moga Allah lindungi anak-anak kita dari perkara-perkara yang tidak elok sebegini. Amin...

avatar

Cari abang angkat atau kakak angkat yang ada power selamatlah..tak ada orang berani kacau..tapi dia orang pun memilih juga..he..he

avatar

kes bergaduh, kes buli, kes peras ugut ni
kat sekolah rendah pun ada
walau pun tak tahap parah, tapi masih ada...

avatar

ada betulnya apa yang saudara katakan, cuma kadang kadang kita terlepas pandang. maka didiklah anak anak dengan kasih sayang.

avatar

Kalau bdk2 pompuan kene buli dari segi mental n emosi..Saya sndiri prnah alaminya..Senior2 akn psiko,cemuh,perli n mcm2 lgi smpai ade satu kes sorang kwn saya ni hampir nk bunuh diri sbb x thn kene psiko..Satu yg femes Nye psiko la..Last2 saya pindah skolah harian mcm biase balek..mls nk citer kat mak sbb ape..ayat paling suke digunakan.."Bwt pe repot mak bpk?? Dh besar kannn? "..Haihhh teringat skolah asrama selama 5 bulan dulu :)

avatar

Ape nme blog hg??

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.