Selamatkan Telefon Masuk Air

Selamatkan Telefon Masuk Air

Pernah tak telefon korang terkena air atau masuk air? Jangan panik sebab ada cara yang cukup senang untuk selamatkan telefon mahal anda itu.

Aku sendiri pernah lakukan tip ini, selepas telefon aku terjatuh ke dalam baldi ketika berada di bilik air. Memang muka cuak juga aku pada masa tu, tetapi aku masih ingat pertua zaman aku budak-budak dulu.

Jawapannya adalah beras.

Ya, semasa aku kecil, cara ini adalah untuk jam tangan murah yang masuk selepas lupa nak tanggal masa mandi sungai.

Jadi memang selalu sangat jam tangan aku di masukkan dalam tong beras emak aku ... jahanam emak aku nak masak nasi tercedok jam aku.. hahahaha

Tetapi cara ini memang sangat berguna, walaupun nampak macam menbazir beras je.

Selamatkan Telefon Masuk Air

Tips Selamatkan Telefon Masuk Air

Apabila handphone samsung anda tejatuh dalam air atau terkena air yang banyak, jangan panik. Anda masih boleh selamatkan telefon itu dengan langkah-langkah seperti berikut.

1. Mula-mula jangan 'ON' telefon tersebut. Bukan 'casing' dan cabut bateri. Langkah ini penting, agar komponen-komponen telefon anda tidak mengalami kerosakkan.

2. Lap bahagian yang basah itu dengan mengguna tisu atau kain yang meresap. Jangan pula terlalu mengoncang telefon tersebut.

3. Untuk memastikan air benar-benar sudah tiad apada telefon kita, sedut air dengan menggunakan hampagas.

4. Selepas itu cari bekas tupperware pun boleh, isikan beras dan kemudian timbun telefon dalam biat terendam sepenuh di dalam beras itu.

Kenapa beras?

Sebab beras ada sifat menyerap kelembapan. Tetapi akan memakan masa jugalah untuk memastikkan telefon kita benar-benar sudah kering. jadi kena banyak bertabahlah.

Jangan lupa untuk baca pasal smartphone baru daripada TP-Link, iaianya adalah smartphone murah dengan spec yang agak tinggi, TP-Link Neffos C5 Live Fun.

Share this:

Disqus Comments