Lelaki Menyerupai Perempuan

Lelaki Menyerupai Perempuan

Lelaki menyerupai perempuan, isu yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini. Isu ini menjadi 'besar' apabila keputusan mahkamah tinggi dilihat sebagai mencabar undang-undang syariah.
Kaum lelaki berpakaian menyerupai perempuan sudah lama wujud di Malaysia. Mungkin dahulu mereka tidak berani seperti hari ini.

Kini mereka dilihat semakin berani dan jumlah juga mungkin sudah bertambah berbanding dulu.

Kaum jenis ini dilihat mengalami kecelaruan indentiti, sudah elok-elok dicipta menjadi lelaki, tetapi ikut kehendak hawa nafsu mereka hendak tukar jantina menjadi perempuan.

Golongan Khunsa terkecuali, sebab mereka ada alasan khas. Tetapi bagi mereka yang sengaja nak tukar jantina ini, memang salah.

Aku tak reti nak jatuhkan hukum hakam, rasanya korang boleh baca di laman e-fatwa.gov.my berkenaan masalah ini.

Lelaki Menyerupai Perempuan

Kenapa Lelaki Tidak Boleh Menyerupai Perempuan?


Aku nak ajukan soalan kepada golongan ini, soalannya tidaklah sukar sangat macam soalan SPM atau pun soalan kuiz DenaiHati.com.

Baiklah ini beberapa soalan aku buat golongan lelaki menyerupai perempuan, yang sering digelar sebagai pondan atau bapok oleh masyarakat.

1. Jika kau sedang berjalan-jalan, tiba terserempak dengan seorang budak kecil. Dia tengok kau berpakaian macam perempuan, dada membulat nasi lemak 5 hengget, pakai skirt dan cukur bulu betis. Tapi haklum tersembur. Budak itu nak panggil kau abang atau kakak?

2. Jika kau sedang berjalan-jalan, tiba perut kau sakit nak buang air besar. Dan kau rasa nak ke tandas, kau akan masuk tandas lelaki atau tandas perempuan?

3. Jika kau sedang berjalan-jalan, tiba masuk waktu solat zohor, kau nak solat di masjid, belah mana yang akan kau masuk, belah lelaki atau belah perempuan? nak pakai kain pelikat atau telekong? (itupun jika kau solat laa.)

4. Jika kau sambut hari raya, apa yang kau pakai? Baju Melayu ka? Baju Kurung ka? Apa anak-anak saudara kau nak panggal kau, pak cik atau mak cik?

5. Jika kau nak buat gambar passport, kau tetap berambut panjang dan make up muka macam perempuan ke? Dalam Passport kau, dia tulis jantina kau apa, lelaki atau perempuan?


Bailah, aku rasa sudah cukup soalan aku ini untuk diajukan kepada transgender semua. AKu bukannya nak marah tapi nasihat.

Aku rasa ada jalan penyelesaian untuk menbendung gejala songsang ini. Agak institusi kekeluargaan tidak kucar kacir.

Perlu adanya satu badan khas yang memantau dan cuba kembali golongan ini kepangkal jalan. Cara menangkap dan dakwa dimahkamah, selepas itu jatuhkan hukuman nampaknya tidak banyak berikan kesan.

Perlu ada pihak yang selalu rapat dengan mereka dan bimbing mereka untuk berubah. Mungkin ia memakan masa yang panjang, sebabnya bukan senang hendak merubah orang, selagi diri sendiri tidak mahu berubah. 

Sebab itu perlu ada pihak yang selalu berikan kesedaran secara langsung kepada golongan ini.

Aku berharap selepas ini semakin berkuranglah golongan lelaki menyerupai perempuan di dalam masyarakat kita. Biar bersih semua lorong-lorong hitam.

Share this:

Disqus Comments