blogger lelaki logo

Jenis-Jenis Vitamin Untuk Kesihatan

8 Komen
Vitamin ada pelbagai jenis yang diperlukan oleh tubuh kita untuk kekal sihat. Ianya nutrien yang amat-amat diperlukan agar tubuh kita menjalankan fungsinya dengan sempurna.

Walaupun dari segi kuantiti, vitamin hanya diperlukan hanya sedikit sahaja. Namum akibat kekurangannya akan mengakibatkan organ-organ tertentu gagal berfungsi dengan baik. Dan akhirnya membawa kepada kesihatan yang tidak sempurna.

jenis vitamin

Jenis-Jenis Vitamin Untuk Kesihatan

Vitamin A (Retinol)

Fungsi: untuk mengoptimumkan perkembangan janin, peningkatan daya tahan, anti-penuaan, anti-oksidan dan melawan malaria.

Sumber: hati, minyak ikan, daging, susu, lobak merah, oren dan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Kekurangan vitamin A boleh mengakibatkan rabun malam, katarak, jangkitan saluran pernafasan, kekurangan imun dan kulit yang tidak sihat.

Vitamin B1 (Thiamin)

Fungsi: membantu proses pengoksidaan badan untuk mendapatkan tenaga dan mencegah penyakit beriberi

Sumber: kacang hijau, daging, beras kulit, sayur-sayuran dan roti

Kekurangan vitamin B1 menyebabkan kulit kering serta bersisik dan kurang ketahanan badan.

Vitamin B2 (Riboflavin)

Fungsi: pernafasan di dalam sel (respirasi sel), mengekalkan integriti rangkaian neural, dan mempercepatkan pemindahan rangsangan cahaya ke saraf optik.

Sumber: hati, telur, susu dan yis

Kekurangan vitamin B2 boleh menyebabkan kurang ketahanan badan, kulit kering merekah, mulut kering, bibir merekah, ulser mulut.

Vitamin B3 (Niacin)

Fungsi: membantu pembebasan tenaga daripada makanan dan sintesis asid lemak.

Sumber: hati, telur, cendawan dan kacang tanah.

Kekurangan vitamin B3 menyebabkan gangguan sistem pencernaan, kejang otot, insomnia, lemah badan, muntah-muntah dan mudah loya.

Vitamin B5 (asid Pantothenic)

Fungsi: membantu metabolisme karbohidrat, protein dan lemak dalam badan

Sumber: daging, susu, sayur-sayuran hijau, buah pinggang, hati dan kacang hijau

Kekurangan vitamin B5 mudah membawa kepada kekejangan otot, insomnia, gangguan emosi

Vitamin B6 (pridoksin)

Fungsi: membantu mencerna protein dan respirasi sel

Sumber: telur, daging, kentang dan kubis

Kekurangan vitamin B6 menyebabkan pellagra (kulit menjadi pecah-pecah), kekejangan otot dan insomnia (sukar tidur)

Vitamin B7 (Biotin)

Fungsi: Tenaga metabolisme, pertumbuhan rambut dan kuku, mengurangkan berat badan dan mengekalkan tahap gula dalam darah.

Sumber: Swiss Chard, roti gandum, telur, lobak merah, susu, keju, ikan salmon dan kacang.

Kekurangan vitamin B7 boleh menyebabkan penyakit dermatitis, Hyperesthesia dan paresthesia, keratoconjunctivitis, tiada selera makan, anemia dan gangguan fungsi jantung.

Vitamin B9 (Asid Folik)

Fungsi: pembentukan sel-sel darah merah, pembaikan DNA, perkembangan bayi, pembentukan tisu-tisu badan, mengoptimumkan fungsi otak, pertumbuhan rambut.

Sumber: salad, bayam, asparagus, tembikai, tembikai, biji bunga matahari, kacang, hati dan kuning telur.

Kekurangan vitamin B9 boleh mengakibatkan gangguan fungsi otak, pertumbuhan tulang belakang, ulser mulut, cirit-birit dan lain-lain

Vitamin B12 (cobalamin)

Fungsi: pembentukan sel-sel darah merah, sintesis asid nukleik dan pembahagian sel.

Sumber: daging, telur, susu, hati dan yis (makanan diperam)

Kekurangan vitamin B12 boleh menyebabkan anemia (anemia) dan keletihan

Vitamin C (asid askorbik)

Fungsi: mengekalkan ketahanan badan terhadap jangkitan dan toksin, menurunkan kolesterol dan mencegah penyakit jantung (dalam dos yang tinggi), tekanan darah tinggi, kencing manis dan kanser.

Sumber: buah-buahan seperti limau, tomato, betik dan sayur-sayuran hijau yang lain.

Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan mudah terkena jangkitan pada luka, gusi berdarah dan sakit sendi.

Vitamin D (calciferol)

Fungsi: meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk tulang dan gigi yang sihat.

Sumber: susu, minyak ikan dan kuning telur.

Kekurangan vitamin D boleh menyebabkan kerosakan gigi, kekejangan otot, penyakit ricket (kaki berbentuk -O)

penyakit ricket

Vitamin E (tokoferol)

Fungsi: berberan penting dalam sistem pembiakan dan mencegah kanser paru-paru.

Sumber: bijirin, sayur-sayuran, telur, mentega dan susu

Kekurangan vitamin E boleh menyebabkan kemandulan

Vitamin K (pembekuan)

Fungsi: peranan dalam pembekuan darah dan boleh mencegah keguguran

Sumber: bayam, tomato, lobak merah

Kekurangan vitamin K akan mengakibatkan darah lambat membeku apabila luka dan pendarah dalam badan.

Selain daripada kita amalkan permakanan yang sihat serta kaya dengan vitamin. Kita juga boleh mengamalkan memakan suplemen.

Suplemen yang bagus akan membekalkan vitamin secukupnya kepada badan kita. Anda boleh mencuba vitamin shaklee bagus untuk kesihatan, satu jenama makanan tambahan yang sudah terkenal di peringkat antarabangsa.

Bukan sahaja untuk wanita, vitamin shaklee bagus untuk kesihatan lelaki juga. Iya lah, bukan wanita sahaj yang perlu sihat, lelaki pun kena sihat dan kuat juga.

8 Komen untuk "Jenis-Jenis Vitamin Untuk Kesihatan"

avatar

Maklumat yang ringkas tapi lengkap.

avatar

entri ini boleh dijadikan nota untuk pelajar sains..bagus bro!

avatar

sekarang ni supliment ni penting tuk badan. jangan mkn sayur / buahan je.

avatar

kadang rasa macam dah makan seimbang, tapi sebenarnya banyak vitamin dah musnah masa proses penanaman, pengangkutan, penyimpanan dan proses memasak. nak tak nak kena top up juga dengan suplemen supaya boleh maintain kesihatan yg sedia ada. :)

avatar

dulu aku kalau bab bab vitamin ni aku pi ambil multivitamin jer

avatar

simple dan mudah untuk difahami. walaupun macam remeh tetapi informasi yang ini perlu diambilberat.

avatar

Kadang-kadang tak perasan badan mudah sakit sebab kurang vitamin / mineral tertentu. Kalau konpius, amik multivitamin je untuk permulaan

avatar

Betul, lelaki juga perlu menjaga kesihatan mereka.

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.